>

Monday, November 10, 2014

Kaki Kejang Disebabkan Kekurangan Vitamin?

Pernahkah anda mengalami kaki kejang? 
Bagaimana sakitnya apabila kaki kejang? 
Walaupon kesakitan yang sementara tapi ramai yang takot kena kaki kejang kan?

Jika kita mengalami kaki kejang yang kerap atau berterusan, ia mungkin berkait rapat dengan kekurangan vitamin dan mineral. Ini kerana vitamin, mineral dan nutrien diperlukan untuk mengedaran yang tepat dan kontraksi otot.

Kaki kejang adalah kekejangan otot yang paling biasa dialami akibat dari kekurangan pemakanan walaupun kekejangan mungkin berlaku di kawasan lain juga. 



Vitamin B


Penyebab utama kaki kejang adalah kurang Vitamin B terutamanya Biotin (B7) dan Tiamin (B1). Ini kerana kedua-dua Biotin (B7) dan tiamin (B1) ini menggalakkan peredaran darah.  Jika kekurangan vitamin B, darah tidak dapat mengalir dengan efisyen. Darah yang tidak dapat mengalir secara efisyen inilah yang menyebabkan kaki kejang boleh berlaku.

Vitamin E

Vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan yang menghilangkan radikal bebas daripada badan. Apabila radikal bebas terkumpul di dalam aliran darah, ia boleh merengsakan salur darah dan menyebabkan kaki kejang.

Vitamin C

Vitamin C membantu dalam penyerapan elektrolit dan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan kalium. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kekurangan elektrolit, yang seterusnya boleh menyebabkan kaki kejang.

Kalsium

Kaki kejang boleh menjadi tanda-tanda kekurangan kalsium. Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan darah. Masalah kaki kejang boleh diatasi dengan meningkatkan atau menambahkan nutrien kalsium dalam diet harian.

Magnesium

Di datangkan bersama kalsium, kekurangan mangnesium juga berkaitan dengan kaki kejang. Magnesium diperlukan untuk mengekalkan cas elektrik dalam sel-sel, terutama dalam sel-sel otot. Apabila magnesium kurang, kaki kejang dan masalah berkait dengan pengecutan otot boleh berlaku.

Vitamin D

Vitamin D bekerja bersama dengan kalsium dan magnesium untuk mengawal pengecutan otot. Ketidakseimbangan antara ketiga-tiga nutrien boleh menyebabkan kekejangan otot. Untuk mendapatkan bekalan vitamin D kita boleh berjemur beberapa minit setiap hari di bawah sinar matahari, minum cukup susu atau produk soya atau mengambil suplemen yang berkualiti.

Kurang Minum Air/Dehidrasi

Dehidrasi boleh menyebabkan ketidakseimbangan mineral natrium, kalium, dan klorida yang boleh menyebabkan kaki kejang. Jadi penting untuk kita minum air yang banyak dan cukup setiap hari. Untuk setiap 25kg minum 1 liter air. Jadi jika berat 50kg minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

Elektrolit

Elektrolit juga nutrisi penting yang memberi kesan yang berkaitan dengan kaki kejang.  Ketidakseimbangan elektrolit berlaku dalam kes kekurangan nutrisi atau apabila kita berpeluh dengan banyak dan kehilangan elektrolit penting melalui kelenjar peluh.

Cara Mengelakkan Kaki Kejang


 
Cara terbaik untuk mengelakkan kaki kejang adalah dengan makan makanan yang sihat dengan pelbagai jenis makanan semulajadi yang penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh badan. Jika sukar untuk mendapatkan makanan sihat yang penuh dengan nutrien, kita boleh gantikan dengan suplemen atau vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan.

Untuk mengelakkan kejang kaki, boleh amalkan beberapa perkara di bawah:
 
  1. Mengisi cecair dan elektrolit yang hilang dengan minum banyak air atau minum minuman isotonik. Minuman isotonik tanpa gula adalah yang terbaik, anda boleh dapatkan produk Shaklee iaitu Performance Drink bagi menggantikan minuman isotonik yang bergula.
  2. Melengkapkan nutrisi dengan pengambilan suplemen Shaklee iaitu vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix (Kalsium, Magnesium dan Vitamin D).
  3. Banyakkan bersenam.
  4. Dapatkan sinaran matahari beberapa minit setiap hari terutama di waktu pagi.
vitamin elakkan kaki kejang pengedar shaklee putrajaya

Diharap dengan penulisan kali ini dapat membantu masalah kerap kejang kaki di kalangan kita.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

1 comments:

  1. Info menarik...alhamdulillah dengan pengambilan produk shaklee, sy tidak mengalami kejang kaki semasa hamil ank kedua...

    Rahsia Pulih Dengan Cepat Selepas Bersalin

    ReplyDelete