>

Tuesday, November 11, 2014

Cegah Bau Badan Dengan Vitamin Shaklee

Pernah tak anda mengalami situasi yang tiba-tiba datang seseorang duduk di sebelah kemudian tiba-tiba muncul bau yang tidak menyenangkan? Dalam hati mesti terdetik "eeee...busuk nya". Lantas cepat2 anda berlalu pergi.

Bayangkan kalau yang berbau tu adalah kita plak.. Mesti rasa MALU kan?

vitamin cegah bau badan  pengedar shaklee putrajaya


Ok hari ni saya nak kongsikan vitamin untuk elakkan bau badan. Sebenarnya vitamin-vitamin ni ade fungsi tersendiri untuk menghalang bau badan. Jadi untuk cegah bau badan dengan vitamin Shaklee adalah pilihan yang terbaik.

Secara umumnya vitamin diperlukan untuk menjaga fungsi tubuh dengan sempurna dan untuk menyeimbangkan semua fungsi tubuh. Dan dengan mengambil vitamin yang betul boleh mencegah bau badan.

Bau Badan

Semua orang mempunyai bau badan semulajadi yang dipengaruhi oleh umur, jantina, tahap hormon, diet, kesihatan dan kebersihan diri. Bau badan adalah disebabkan oleh bahan-bahan buangan yang dihasilkan oleh bakteria anaerob yang ada di dalam badan. Apabila bahan buangan daripada bakteria ini bercampur dengan keringat/peluh, bau yang kuat akan dihasilkan. Diet yang sihat yang kaya dengan vitamin dan mineral yang tepat dapat membantu mengurangkan bau badan.


Vitamin Shaklee Yang Tepat Untuk Cegah Bau Badan

Beberapa vitamin dan mineral boleh mempengaruhi kepekatan dan aroma bau badan.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex berfungsi untuk membantu tubuh mengekalkan metabolisma, yang mana membantu membuang penyebab bau badan. Pengambilan 50mg hingga 150mg vitamin B setiap hari dapat membantu mengurangkan bau badan yang tidak diingini.

Vitamin E

Vitamin E baik untuk kulit dan dapat membantu memperbaiki kerosakan sel-sel kulit. Apabila sel kulit rosak, bakteria mudah melekat dan inilah punca bau badan boleh terjadi.

Vitamin A

Satu lagi vitamin untuk mengekalkan kulit yang sihat iaitu Vitamin A. Vitamin A boleh membantu mengurangkan bau badan dengan menjaga kulit agar tidak rosak oleh bakteria.

Vitamin C

Vitamin C penting untuk kesihatan gigi dan gusi. Mulut yang sihat adalah mulut yang tidak berbau. Vitamin C dapat mengurangkan kecenderungan untuk menghasilkan nafas yang berbau kuat.

vitamin cegah bau badan  pengedar shaklee putrajaya 
Beberapa mineral juga membantu apabila berurusan dengan bau badan yang berlebihan. Magnesium dan zink, khususnya, boleh membantu mengurangkan bau badan jika diambil secara teratur. Dos yang disyorkan untuk magnesium adalah antara 200mg hingga 500mg sehari. Manakala zink perlu diambil dalam dos dari 30mg hingga 50mg sehari.

Pengambilan vitamin yang sesuai untuk mengawal dan mencegah bau badan boleh membantu untuk menguruskan bau badan secara semula jadi dengan mudah.

Cara Lain Untuk Membantu Mengurangkan Bau Badan

Bagi individu yang mengalami keadaan bau badan yang agak teruk, menambahkan vitamin dalam diet mereka mungkin tidak cukup. Terdapat beberapa penyelesaian yang lain yang dapat membantu mengurangkan bau badan, termasuk:

1. Kebersihan Diri

Guna sabun penghilang bau badan atau sabun anti-bakteria. Mandi dengan kerap jika perlu.

 2. Pakaian

Pakai pakaian yang longgar. Pakaian juga perlu dibasuh dengan kerap.

3. Diet
 
Elakkan makanan yang mempunyai bau yang kuat, seperti bawang putih, jintan putih, kari, ikan, dan rempah ratus. Makan banyak sayuran hijau gelap seperti sawi, bayam, dan brokoli. Klorofil dalam sayur-sayuran hijau adalah pewangi yang sangat baik.

4. Air
 
Minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membantu tubuh membuang toksin bakteria.

5. Deodoran

Pilih deodoran yang lebih kuat atau antiperspirant. Pilih deodoran yang diformula dengan antibakteria.

Jika badan anda masih lagi berbau setelah mengamalkan apa yang disarankan seperti di atas, dapatkan nasihat daripada doktor. Bau badan yang kuat dapat menjadi indikator keadaan kesihatan yang lebih serius.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

3 comments: