>

Monday, October 20, 2014

Ubat Tahan Sakit Dan Kesannya Kepada Tubuh Badan

Ubat Tahan Sakit Dan Kesannya Kepada Tubuh Badan

Kehidupan pada zaman moden ini memerlukan kita sentiasa cergas dan pantas. Oleh yang demikian, ubat tahan sakit adalah sinonim kepada kita sebagai penyembuh dengan pantas sekiranya kita demam atau sakit kepala. Apa yang anda tahu tentang ubat tahan sakit ini?

Untuk makluman anda semua, ubat tahan sakit juga dikenali sebagai analgesik. Secara umumnya terdapat dua jenis analgesik iaitu narkotik seperti kodein dan morfin, manakala ubat bukan narkotik seperti paracetamol dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID).

Analgesik boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tablet, sirup, suntikan, salap, jel dan tampalan. Penggunaan analgesik bergantung kepada tahap kesakitan, umur, status kesihatan dan cara kehidupan pesakit.

Paracetamol seperti Panadol dan Uphamol adalah analgesik paling popular dalam kalangan umum. Selain sebagai ubat tahan sakit, ia boleh digunakan untuk merawat demam. Paracetamol dan sesetengah NSAID merupakan ubat tahan sakit yang boleh didapati di kaunter farmasi tanpa preskripsi, manakala ubat tahan sakit selain itu hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor sahaja.

Walaupun paracetamol dianggap ubat yang selamat digunakan,namun ia boleh meningkatkan risiko kerosakan hati jika diguna dalam jangka panjang dan berterusan. Antara gejala yang dapat dikenal pasti seperti mata dan kulit kekuningan, kerap merasa loya dan muntah, sakit perut, urin berwarna gelap dan kepenatan melampau.

NSAID pula digunakan dalam rawatan keradangan akibat terseliuh dan sakit sendi (arthritis), kesakitan ketika haid dan merawat demam. Contoh ubat NSAID ialah mefenamic acid, ibuprofen, aspirin dan diclofenac.

Kesan jangka panjang pengambilan ubat NSAID seperti peningkatan risiko kerosakan buah pinggang, pendarahan, terutama jika diambil bersama ubat cair darah warfarin dan ulser perut.

Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk tidak terlalu bergantung pada ubat tahan sakit ini kerana kesan sampingannya sangatlah berbahaya kepada kesihatan kita. Antara cara mengurangkan kesan jangka panjang ubat analgesik ialah seperti berikut:

  • Mengambil analgesik pada masa betul dan dengan dos betul.
  • Tidak mengambil analgesik secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat-ubatan lain bersama analgesik kerana sesetengah analgesik boleh berinteraksi de­ngan ubat-ubatan yang diambil.
  • Tidak mengambil NSAID bersama alkohol kerana dapat meningkatkan risiko ulser perut. Paracetamol juga boleh meningkatkan risiko kerosakan hati jika diambil oleh pengguna alkohol kronik.
  • Mengambil ubat-ubatan analgesik selepas makan untuk mengurangkan risiko ulser perut.

Sesetengah ubat tahan sakit memberikan kesan negetive kepada tubuh badan kita. Jika mengalami sakit kepala, atau migrain atau senggugut, kita boleh cuba alternatif dengan mencuba vitamin Shaklee.

Jika sakit kepala/migrain/stress, cuba ambil  B Complex atau B Complex dan Ostematrik




Jika sakit senggugut boleh amalkan Gla Complex atau Gla Complex dan Ostematrik. Tetapi kena makan secara konsisten supaya bila sampai tarikh haid, rahim kita dah bersedia untuk menggelakkan senggugut. Bukan maksud jika sakit baru makan untuk kes senggugut ni yer.



Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment