>

Friday, October 24, 2014

Tips Selamat Menggunakan WIFI Percuma

Tips Selamat Menggunakan WIFI Percuma
 

Tips Selamat Menggunakan WIFI Percuma Siapa yang tidak suka barang dan perkhidmatan percuma? Sudah pasti semua orang suka kepada item “PERCUMA” ini. Antara item percuma ini adalah perkhidmatan Wifi. Kebiasaanya wifi percuma ini disediakakan oleh restoran-restoran yang menyediakan internet secara percuma sebagai tarikan kepada pelanggan untuk singgah dan memesan minuman/makanan. Tapi, dalam kelebihan yang disediakan ini, kita semua perlu sedar bahawa tidak semua benda percuma itu membawa kebaikan. Jadi untuk ini, saya inign berkongsi sedikit cara yang agak selamat untuk menggunakan wifi di tempat umum ni.

1. Mod Kongsi (Network And Printer Sharing)

Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda menggunakan notebook anda di tempat Hotspot, matikan services perkongsian fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and printer sharing - Save changes.

2. Sambungan Wifi Automatik

Sambungan automatik ini lebih kepada handphone di mana sekiranya services ini tidak dimatikan, handphone anda akan terus membuat sambungan kepada mana-mana wifi yang yang tersedia (sengaja disediakan oleh penggodam). Wifi tersebut telah dikonfigurasi sebagai sambugan terbuka dan tidak mempunyai kata laluan. Secara automatik handphone akan terus membuat sambungan dan penggodam boleh terus menggodam masuk ke handphone anda. Jadi pastikan anda tutup fungsi wifi jika tidak menggunakannya.

3. Nama Jaringan Yang Seakan Sama (Ssid)

Kadangkala, penggodam dengan sengaja mencipta jaringan wifi palsu dia tempat awam tanpa kita sedari. Contohnya seperti " Free Starbucks Wi-Fi ", untuk pengetahuan anda semua, starbucks tidak akan menggunakan nama untuk Wifi mereka seperti di atas. Sekiraya anda  membuat sambungan kepada jaringan palsu ini, ia boleh mengakibatkan bahaya kepada handphone dan komputer anda. Jangan terpedaya kepada perkataan “FREE” tersebut. Sekiraya kurang pasti boleh bertanyakan kepada pekerja di restoran yang menyediakan sambungan wifi.

4. Kata Laluan

Gunakan kata laluan yang unik untuk beberapa akaun. Cara ini dapat membantu apabila salah satu akaun anda mengalami masalah. Jika anda semua rasa mudah sangat terlupa kata laluan tersebut, anda boleh gunakan aplikasi seperti KeePass atau LastPass untuk mengurus, menyelenggara, dan menjaga keselamatan kata laluan anda.

5. Pemasangan Firewall

Ini untuk pengguna komputer. Windows 7 dibangunakan dengan ciri-ciri fungsi firewall. Anda disarankan mengaktifkan fungsi ini pada komputer anda. Firewall membantu melindungi komputer dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.Firewall ini boleh diakses melalui Control Panel System and Security dan hidupkan fungsi firewall di situ.

6. Windows Dan Aplikasi ‘Up To Date’

Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.

7. Privasi Folder Anda

Apabila folder pada komputer mudah alih anda tukar mode kepada privasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.

*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings (sebelah kiri) - Klik pada butang seperti V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) - Save changes.

8. Gunakan Antivirus

Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.

Diharapkan tip-tip di atas dapat dijadikan panduan untuk anda semua semasa menggunakan Wi-Fi terbuka ini. Sentiasa berhati-hati ketika membuat sambungan kepada wifi terbuka. Banya mata-mata yang ingin mendapatkan maklumat peribadi anda.


Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment