>

Thursday, October 9, 2014

Teknik Dan Posisi Penyusuan Bayi

Susu ibu adalah sumber makanan lengkap kerana mengandu­ngi semua nutrien diperlukan bayi. Susu ibu mengandungi 400 jenis nutrien, termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak ada dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya berubah mengikut keperluan bayi ketika membesar.

Selain mengurang­kan risiko menghidap kanser payudara dan ovari serta osteoporosis, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara ibu dan anak.

Namun, ramai ibu muda yang tidak mengetahui teknik dan posisi penyusuan yang betul. Cara-cara di bawah dapat membantu bakal ibu atau ibu muda untuk mengamalkan teknik dan posisi penyusuan susu dengan betul.

Teknik Menyusu Badan

1. Kedudukan badan
  • Pastikan ibu selesa, di mana bayi didukung dengan baik. Ibu boleh duduk bersandar di atas katil atau kerusi dengan kepala bayi di atas le­ngan.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga bayi susah mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong ibu dan bayi semasa penyusuan.

2. Cara mendukung bayi
  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
  • Bayi rapat dengan ibu di mana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.

3. Cara memegang payudara
  • Cara betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
  • Cara salah adalah pegangan ‘gunting’ iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.

4. Cara penyusuan

  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas.
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola).
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.

Posisi Penyusuan Bayi


1. Posisi dakapan
  • Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
  • Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
  • Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke depan untuk menyusukannya.

2. Posisi mengepit bola ragbi
  • Ibu duduk memangku bayi de­ngan lengan di mana muka dan kepala bayi menghadap payudara.

3. Posisi beralih payudara
  • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pega­ngan bayi dengan beralih payudara. Ibu juga boleh mengawal kepalanya.

4. Posisi baring
  • Bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu.

Teknik pelekapan

Cara pelekapan yang BETUL

  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagunya mencecah payudara
  • Bibir melekup keluar
  • Pipi gelembung
  • Payudara nampak penuh dan bulat
  • Terdengar nada hisapan

Cara pelekapan yang SALAH

  • Dagu bayi jauh
  • Tidak banyak areola masuk ke dalam mulut bayi
  • Dagu tidak menyentuh payudara
  • Ibu rasa sakit
  • Payudara boleh bengkak dan puting luka 
Sumber : SINI

Untuk menyokong dan meningkatkan penghasilan susu , ibu-ibu boleh mengambil vitamin Shaklee bagi mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi.


Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment