>

Saturday, October 11, 2014

Rawat Sakit Sendi Dengan Advance Joint Health Tablet Shaklee

Sakit sendi adalah kemerosotan sendi secara semulajadi dan semua orang akan mengalaminya bergantung kepada usia. Peluang anda yang berusia di bawah 45 tahun mendapat sakit sendi adalah kurang 5%. 45 tahun hingga 65 tahun adalah 30% manakala 85 tahun adalah 100%. Dari segi jantina, masalah sendi lazim dihidapi wanita berbanding lelaki.

Kesihatan Sendi
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.


Sakit sendi dan Ketidakselesaan
Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.

Bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda mengidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

Anda boleh mengekalkan sendi-sendi yang kuat, fleksibel, dan mudah bergerak dengan Advanced Joint Health Tablet

Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia : Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak Jagung: Membantu mengekalkan tulang rawan.