>

Friday, October 10, 2014

Mengapa Facebook Memaksa Anda untuk Menggunakan Messenger App?

 

Jika anda seperti saya, anda mungkin tertanya-tanya mengapa Facebook memaksa semua orang untuk menggunakan aplikasi Messenger untuk berbual. (secara teknikalnya ia tidak memaksa orang untuk menggunakan aplikasi tersebut tetapi orang yang ingin menghantar mesej melalui Facebook dipaksa untuk menggunakannya.) Sungguh halus tindakan tersebut. Seperti yang sering berlaku dengan Facebook, jawapannya adalah keuntungan peniagaan atau wang berjuta-juta. Facebook dilaporkan bersiap sedia bagi membolehkan pembayaran mudah alih melalui aplikasi Messenger.

Langkah ini merupakan helah yang berpotensi memberikan keuntungan yang lumayan untuk Facebook. Berperanan sebagai pemudah cara antara seseorang yang ingin untuk memindahkan wang tunai kepada rakan, membayar barangan atau perkhidmatan kepada pihak ketiga yang akan menjadi satu pasaran bernilai berbilion dolar, menurut The Guardian (http://www.theguardian.com/technology/2014/oct/06/facebook-mobile-payments-messenger-app).

“Saya tidak mempunyai masalah dengan Facebook untuk membuat wang, kerana itulah tujuan utama dalam perniagaan. Saya hanya sedikit marah tentang perlu menggunakan aplikasi Messenger secara berasingan daripada aplikasi Facebook. Berdasarkan rekod prestasi hambar Facebook yang kerap menyalahgunakan privasi pengguna, saya fikir anda perlu bertanya: Adakah saya benar-benar mahu mempercayai maklumat perbankan kepada mereka?” kata CIO.com columnist Bill Snyder.

Setakat ini Facebook tidak mengesahkan mahupun menafikan berita itu, tetapi ada sebab untuk mempercayainya. Pada bulan Jun yang lalu, Facebook telah mengupah bekas presiden PayPal David Marcus mengambil alih teraju aplikasi Facebook Messenger. Tindakan ini telah meningkatkan lagi kata-kata spekulasi bahawa ciri-ciri pembayaran paypal akan dibangunkan ke dalam aplikasi ini. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg berkata syarikat itu akan melaksanakan beberapa bentuk skim bayaran ke dalam Messenger tetapi beliau tidak memberi petunjuk bila akan dilaksanakan.

Rangkaian sosial Facebook telah pun mula menyimpan maklumat kad kredit pengguna supaya mereka boleh terus menggunakan akaun Facebook mereka untuk log masuk, kemudia memilih peruncit yang menggunakan laman Facebook dan mempopulasikan pembayaran kepada peruncit tersebut.

Dengan Facebook Messenger, anda menyertakan wang seperti anda melampirkan foto atau lokasi anda. Memandangkan peningkatan bilangan yang besar terhadap pelanggaran data baru-baru ini, meletakkan kepercayaan anda kepada syarikat yang tidak mengambil privasi dengan serius adalah tindakan yang tidak bijak.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment