>

Tuesday, October 14, 2014

Makanan Membentuk Minda

Pengambilan makanan yang lengkap dan berkhasiat serta seimbang dapat membantu mencegah pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan kanser dan juga turut dapat merangsang otak untuk kekal cerdas. Ramai Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kecerdasan otak.

Seorang pensyarah dari University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla (Neurosurgeri), amat menyokong kenyataan di atas melalui kajian selama bertahun-tahun tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau mendapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi.

Kita sebagai ibu bapa kerap terlepas pandang akan perkara ini di mana pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Ini telah dibuktikan oleh oleh Dr. Hemamali Perera dari Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka melalui penyelidikannya dengan memberikan kanak-kanak sekolah yang mempunyai masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD), rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.

Kemudian kanak-kanak ini ditukarkan keadah rawatan dengan memberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil terdapat peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.

Hasil kajian daripada universiti yang tersohor ini jelas sekali menunjukkan bahawa pemakanan yang lengkap dengan nutrisi penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang. Ini turut disokong oleh pakar motivasi, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang.

Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat.

Oleh itu adalah amat penting kita sebagai ibu bapa untuk memberikan makanan yang terbaik untuk perkembangan minda anak-anak. 2 produk Shaklee yang bagus untuk membentuk minda anak-anak adalah Omega Guard dan Mealshake

Omega Guard 

pengedar shaklee putrajaya
Ia mengandungi asid lemak omega 3 yang berkaitan dengan fungsi kognitif dan menurunkan tekanan. DHA pula membantu menyokong perkembangan minda, mata dan sistem saraf tunjang badan
 
Meal Shakes 

pengedar shaklee putrajaya
Mealshake adalah multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak.

Protein, Lemak dan Karbohidrat : Untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan dan tenaga
 
Vitamin A, C, E : Anti oksida untuk mengekalkan kulit yang cantik dan memperbaiki tisu
Serat pemakanan : Membantu sistem pencernaan dan mengatasi sembelit
Vitamin B : Penghasilan tenaga, fokus dan daya tumpuan
Sodium : Keseimbangan bendalir
Vitamin C : Gigi, gusi dan kulit yang sihat
Vitamin C, E, B : Melawan jangkitan, membaiki tisu
Vitamin A, C, E : Untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan dan tenaga
Vitamin A : Penglihatan yang baik
Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik : Membantu dalam sistem saraf
Kalsium dan Vitamin D : Tulang yang sihat

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment