>

Tuesday, October 14, 2014

JJCM: Ikan Celup Tepung, Sotong Celup Tepung

Tiap kali balik ganu mesti nak pekena celup tepung ni, ICT (Ikan Celup Tepung), SCT (Sotong Celup Tepung). Pekena plak dengan air kelapa. Masyukk...

Kat Terenganu ni banyak je kedai yang jual ICT ni, cuma nk pilih yang sedap dan murah tu je yang tak tau sangat tu. Biasa kami makan kat Pantai Batu Buruk dengan yang belakang airport Terengganu. Bagi saya sama sedap je kedua-dua tempat ni. Cuma kat belakang airport tu lagi murah. 

Pernah makan kat Pantai Batu Buruk kena 120++ untuk 5 orang dewasa makan, campur2 la ngan ikan, sotong, keropok, air. Yang ni sotong sekor2, kalo nak baru dia potong. Kalo yang belakang airport tu dia letak siap2 yang dah potong dalam pinggan, Harga tetap RM6 sepinggan. 5 orang dewasa makan macam2. Harga cuma RM70++. 

Ada lagi satu tempat yang best, sedap dan murah, tapi lupa kat mana, masa tu kitaorg sesat nak cari kedai ICT ni la. Tapi nak pergi lagi confirm x jumpa dah. Harga SCT dia kira harga seekor. Harga pon tak mahal, sotong yang besar dalam RM10 hingga RM12. Kalo yang sederhana tu dalam RM7 hingga RM9 jer untuk seekor. Tapi tu la nak cari balik kedai tu confirm x jumpa. 

Meh layan gambar. kot kot terliur boleh la p cari.

Yang ni yang belakang airport terengganu


Yang ni plak kat Pantai Batu Buruk


Makan-makan jugak, jom tingkatkan kesihatan dengan vitamin Shaklee

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment