>

Thursday, September 18, 2014

Resepi : Roti Sarang Lebah

Diari Resepi - Rujukan untuk masak-masak

Sumber : SINI

Resepi Roti Sarang Lebah

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula halus.
1/4 cawan plain yogurt - suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

Sapuan : 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
Bahan Tabur : Badam Hiris dan kuaci serta bijan

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
2. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
3. Tumbuk doh buang anginnya. Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
4. Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
5. Sapukan dengan kuning telur. Taburkan di atasnya dengan badam, kuaci dan bijan.
6. Bakar sehingga masak.

Sos Butterscotch

Bahan-bahan


1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp essen vanila
25 gm mentega

Cara-cara:

1. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
3. Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.
4. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.

Nanti kalau dah buat saya update gambar kay...

Ini hasilnya:



Klik DISINI untuk ORDER

2 comments:

  1. sedap roti ni..tap nk membuat sendiri tu alahaiiii

    ReplyDelete
  2. ni resepi campak2 n tinggal, pastu bentuk2 dan tinggal lg dalam oven, senang jer

    ReplyDelete