>

Sunday, September 21, 2014

Resepi Roti Chicken Floss



Resepi Roti Chicken Floss
Sumber: SINI

Bahan-bahan :

160 ml air
250 gm tepung roti
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar lemak sayur
3/4 sudu kecil yis
3 sudu besar susu tepung

Chicken floss secukupnya
Sedikit mayonis dan susu pekat (untuk sapu atas bun nanti)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker (BM). On kan. tunggu siap.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Sapukan sedikit telur + susu segar + sedikit madu atas pemukaan roti.
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.
7. Bila sejuk sapukan sedikit mayonise yang telah di campur rata dengan sedikit susu pekat manis. Tabur dan tekap-tekapkan dengan Chicken Floss. (CT tambah yang ini).

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment