>

Saturday, September 20, 2014

Resepi : Cheese Tart

Resepi : Cheese Tart
Sumber: SINI

Kulit Tart

Bahan-bahan:

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Trim bahagian atasnya. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum di isi dengan adunan coklat cheese cream.

Nota: Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cheese Cream

Bahan-bahan :

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
25gm mentega - K1 tambah

Filling Strawberry/Blueberry

Cara-cara :

1. Putar cream cheese, mentega dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi hingga rata. Ketepikan 2-3 sudu adunan untuk lorekan.
3. Picit sedikit filing di dalam kulit tart. Buat hingga habis.
4. Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan picit ke atas filling hingga penuh ke dalam kulit tart.
5. Untuk lorekan campurkan adunan putih yang di ketepikan tadi dengan pewarna, masukkan ke dalam piping bag, gunting sedikit muncungnya. picit ke atas permukaan tart kemudian lorek dengan pencungkil gigi.
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment