>

Thursday, September 4, 2014

Khasiat Bawang Putih dan Kelebihan Garlic Shaklee

Khasiat Bawang Putih dan Kelebihan Garlic Shaklee

khasiat bawang putih

Bawang putih atau nama saintifiknya: Allium sativum,L. telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini juga telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia terutamanya di dalam masakan sebagai pelengkap rasa (seasoning atau condiment). Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan.

Contohnya dalam masyarakat Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada meninggalkan aroma yang tersendiri.

Sejarah Bawang putih ini juga ada disebut didalam Alkitab dan Talmud. Hippocrates, Galen, Penatua Pliny, dan Dioscorides menyebut penggunaan bawang putih untuk pelbagai keadaan, termasuk parasit, masalah pernafasan, pencernaan dan tenaga rendah. Penggunaan di China mula-mula disebut pada AD 510 sebagai penahan sakit (palliative) dari haba matahari untuk pekerja ladang.

Allicin Di dalam Bawang Putih

Allicin ialah fitokimia yang dijumpai di dalam bawang putih. Allicin tidak hadir dalam ulas bawang putih yang sempurna. Ianya terbentuk apabila bawang putih dihancurkan atau dicincang, asas kompaun alliin sulfur bercampur dengan enzim membentuk allicin. Allicin berwarna kekuningan dan berminyak, dan ia menyebabkan bawang putih memiliki sifat bauan yang kuat dan pedas. Walau bagaimanapun, ia terurai sebaik sahaja ia terbentuk iaitu hanya dalam masa beberapa minit. Oleh itu, bawang putih terpotong yang telah dibiarkan untuk masa yang lama tidak mengandugi sebarang Allicin.

Allicin tidak dapat diekstrak, dipaketkan atau distabilkan sehingga kemajuan saintifik baru-baru ini. Oleh itu, kebanyakan suplemen bawang putih dalam pasaran tidak mengandungi sebarang Allicin. Mereka hanya berpura-pura tentang "potensi Allicin" yang tidak sama dengan Allicin sebenar.

Hanya satu-satunya cara lain untuk mendapatkan kebaikan bawang putih adalah dengan mengunyah bawang putih yang telah dipotong atau dihancurkan dengan serta-merta sebelum Allicin hilang. Untuk itu, anda perlu makan sebanyak 40 bebawang untuk memperolehi kebaikan sebenar bawang putih untuk kesihatan. Ini sudah pasti merengsakan mulut, tekak dan perut anda. Malah bukan itu sahaja, baunya...... Anda akan perasan tidak lama kemudian orang ramai akan mengelak daripada anda.

Kebaikan Allicin

Keajaiban Allicin yang sangat mujarab seperti yang diceritakan di dalam buku "The Heart of Garlic" oleh Peter Josling, seorang penyelidik yang disanjungi. Beliau juga merupakan pengarah kepada The Garlic Centre di Sussex, England. Menurut Peter Josling Allicin dapat :

  • Meningkatkan daya ketahanan badan dan mempercepatkan penyembuhan daripada batuk atau selsema
  • Memberikan alternatif yang semulajadi untuk melawan jangkitan yang disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat
  • Melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit termasuk jangkitan yang disebabkan oleh bakteria kebal antibiotik
  • Mengekalkan kesihatan jantung dan peredaran
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu mencegah pelbagai jenis barah dan bermanfaat kepada mereka yang menjalani rawatan barah

Garlic Shaklee

shaklee putrajaya



Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex daripada Shaklee adalah ianya diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak (penanaman secara organic)

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada makmal yang terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba bagi untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif). Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

  1. Pengekalan 100% Allicin aktif
  2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau daripada garlic
  3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan Spearmint.
  4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh.
  5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

shaklee putrajaya

Rujukan
http://sumberdigital.blogspot.com/2011/11/khasiat-bawang-putih.html
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/03/manafaat-dan-khasiat-bawang-putih-pada.html



Jika anda berminat untuk menjadi ahli boleh hubungi saya. Untuk menjana pendapatan melalui Shaklee saya akan terangkan secara detail nanti. Hubungi saya Salbiah 012.2929.306 .

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe
 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment