>

Thursday, September 4, 2014

Cara Mengendalikan Anak Tantrum

Cara Mengendalikan Anak Tantrum

shaklee putrajaya

Anak kerap mengamuk – apa yang perlu anda tahu?

Tantrum atau perilaku kemarahan yang ditunjukkan oleh anak-anak prasekolah. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka. Tantrum yang terjadi pada anak-anak yang belum mampu menggunakan kata-kata untuk mengekspresikan rasa kekecewaan mereka, kerana tidak keinginan tidak dipenuhi. Ianya adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia di antara 18 – 48 bulan.

Kebiasaannya pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan kerap menguji had kesabaran ibu-bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka tanpa sebarang sempadan dari ibu-bapa. Pada masa yang sama, ibu-bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana atas keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka mengalami kekecewaan kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Lazimnya, kanak-kanak akan menghentikan tantrum apabila mereka mendapat apa yang mereka mahu. Sudah tentu anda sedar akan perkara ini. Tingkah laku dan reaksi ibu-bapa juga menyumbang kepada beberapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibu-bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu-bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.

Ibu-bapa perlu melihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

Mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum

Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.

Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu-bapa  melakukan perkara ini, ibu-bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.

Apa yang perlu ibu-bapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibu-bapa perlu tenang, ini adalah kunci utama penyelesaiannya. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?

Bawa anak anda keluar dari kawasan awam tersebut sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

Ibu-bapa perlu sedaya upaya untuk mengabaikan tantrum, ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka. Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan

Sempena Double Promotion bulan ini, dapatkan Meal Shakes Shaklee dengan penjimatan berganda. Beli 3 Percuma 1.


Jika anda berminat untuk menjadi ahli boleh hubungi saya. Untuk menjana pendapatan melalui Shaklee saya akan terangkan secara detail nanti. Hubungi saya Salbiah 012.2929.306 .

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe
 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment