>

Sunday, August 31, 2014

Rahsia Mata Sihat Dengan Vitamin A Shaklee (Carotomax)

 Rahsia Mata Sihat Dengan Vitamin A Shaklee (Carotomax)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang sudi menjengah. Ramai di antara kita yang kurang peka terhadap penjagaan dan kesihatan untuk mata kan? Bagi kita... asal dapat lihat dengan jelas, tiada gatal-gatal kat mata itu sudah cukup. Sebenarnya makanan untuk mata adalah sangat penting diamalkan dari sekarang!!! Bukan dah sakit atau dah rabun baru nak cari rawatan  atau  ubat, ye tak?

Artikel kali saya ini membawa anda semua tentang kebaikan dan kepentingan vitamin A untuk mata yang sihat. Jom baca.

Pengenalan

Vitamin A adalah vitamin larut lemak yang disimpan terutamanya di dalam hati dan umumnya , terdapat dua jenis vitamin A, bergantung kepada jenis sumber makanan yang diambil iaitu:
  • Vitamin A daripada makanan bersumberkan daging yang dipanggil retinol . Ianya vitamin A “pra- terbentuk” (pre-formed) boleh digunakan secara terus oleh badan. Sumber makanan yang baik untuk vitamin A retinol termasuk daging lembu, susu dan keju.
  • Vitamin A yang diperolehi daripada buah-buahan yang berwarna-warni dan sayur-sayuran adalah dalam bentuk karotenoid " provitamin A ", yang akan ditukar kepada retinol oleh badan selepas makanan diproses di hati. Sumber makanan yang baik provitamin A karotenoid termasuk lobak merah , ubi keledek dan bayam

Peranan Vitamin A

Vitamin A adalah penting untuk pembentukan visual ungu, pigmen yang membolehkan anda untuk melihat dalam cahaya malap. Ini adalah kerana retina di dalam mata kita mengandungi pigmen visual ungu terdiri daripada vitamin A dan protein.

Vitamin A amat diperlukan oleh retina dalam mata untuk membentuk dan membina retinal yang akan menggabungkan protein dengan opsin untuk membentuk rhodopsin , molekul cahaya menyerap (visual ungu) yang diperlukan mata untuk melihat di dalam kedua-dua cahaya rendah (penglihatan scotopic ) dan penglihatan warna .

Kesan Kekurangan Vitamin A

Kekurangan Vitamin A ini akan menyebabkan mata menjadi cepat letih, kering dan pandagan menjadi kabur. Petanda kekurangan Vitamin A adalah apabila kita mengalami kesukaran melihat pada waktu malam atau apabila kita masuk di dalam bilik yang gelap seperti panggung wayang. Selain itu kita akan barasa pedih mata dengan silauan cahaya matahari pada waktu siang dan juga silauan dari lampu kereta ketika memandu di waktu malam.

Bonus Pengambilan Vitamin A

Selain itu, Vitamin A adalah penting untuk pembentukkan kulit yang sihat, pertumbuhan dan system pembiakan. Ia melaksanakan pelbagai fungsi yang penting iaitu
  • Beta karotena adalah antioksidan yang kuat yang meneutralkan radikal bebas - molekul yang merosakkan sel-sel sihat dan meningkatkan risiko mempercepatkan proses penuaan
  • Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.
  • Lemak digunakan untuk membina sel-sel baru dan adalah penting untuk perkembangan otak yang normal dan fungsi saraf.

Vitamin A Shaklee (Carotomax)

Carotomax mengandungi 6 variati Karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dgn sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. 

Carotomax membekalkan lebih 13mg (21,500 IU) karotenoid berfaedah ini. 
 
5,000 IU  adalah dos harian yang disyorkan untuk lelaki dewasa dan bagi perempuan  pula, 4000 IU disyorkan untuk mengelakkan kekurangan. Sebiji kapsul Carotomax Shaklee mengandungi 5000 IU. Sebiji Carotomax Shaklee sehari dapat menampung bekalan vitamin A untuk lelaki dewasa dan perempuan dewasa.

shaklee putrajaya

Satu hidangan Shaklee Carotomax bersamaan:
  • 89 hidangan raspberries (Alpha-carotene)
  • 102 hidangan pisang (carotene)
  • 714 hidangan apricot (lycopene)
  • 113g salmon (astaxanthin)
  • 285 hidangan grapefruite (lutein & zeaxanthin)

Rujukan
1. http://www.allaboutvision.com/nutrition/vitamin_a.htm
2. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-a/
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin_A
4. http://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/lifestyle-guide-11/supplement-guide-vitamin-a

Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Faedah Minyak Biji Matahari Di Dalam GLA Complex Shaklee

Faedah Minyak Biji Matahari Di Dalam GLA Complex Shaklee

shaklee putrajaya

Tahukah anda biji matahari(kuaci) sangat bermanfaat untuk kita dari hujung rambut sehingga hujung kaki? Biji bunga matahari  merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik dan merupakan antioksidan.

Berikut adalah kebaikan biji matahari:
  • Mengawal kerosakan sel, dengan itu ia memainkan peranan dalam mencegah kanser. Ini kerana biji bunga matahari adalah sumber selenium yang baik , yang merupakan musuh kanser.
  • Ia mengandungi minerak untuk tulang yang sihat. Selain kalsium, tulang juga memerlukan magnesium dan cooper untuk kekal sihat dan kuat. Biji matahari mengandungi kedua-dua mineral ini. Sebagai bonus ia juga mengandungi vitamin E yang dapat membantu melegakan sakit artritis(radang sendi).
  • Mengurangkan tekanan/ stress. Magnesium dalam biji matahari membantu dalam menenangkan saraf, dengan itu ia membantu mengurangkan stress, migrain dan membantu anda berehat.
  • Menyinarkan kulit.. dengan kata lain kulit muka glowing.. Vitamin E melindungi kulit dar sinar uv. Ia bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi.
  • Mengurangkan sakit sendi, ulser gastrik, sakit kulit, asma dan sebagainya. Ini kerana biji matahari kaya dengan antioksidan.
  • Ia juga tidak membenarkan kolestrol 'tidak baik' daripada melekat pada dinding ateri dan seterusnya menghalang serangan jantung.
Rujukan: http://www.care2.com/greenliving/5-super-health-benefits-of-sunflower-seeds.html

GLA Complex Shaklee

shaklee putrajaya


GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primerose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA,dalam EPO. Borage juga mempunyai 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditaman secara organic di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA di mana ianya adalah sumber terbaik omega 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailability nya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu diserap dan di adun kedalam sel dan tisu.

Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, August 30, 2014

Cegah Alzheimer dan Tingkatkan Kecerdasan Otak Anak-anak dengan Omega Guard Shaklee

Cegah Alzheimer dan Tingkatkan Kecerdasan Otak Anak-anak dengan Omega Guard 
shaklee putrajaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang sudi menjengah blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsikan artikel daripada Thestar ruangan kesihatan yang telah diterbitkan pada 27 Julai 2014 hari Ahad bertajuk “Memory of a fish: Omega-3 fatty acid in fish oil is brain food”.

Untuk makluman rakan-rakan saya suka membaca artikel daripada Thestar ruangkan kesihatan kerana ianya banyak menceritakan tentang kesihatan tubuh badan serta pemakanan/vitamin yang dapat membantu untuk kita terus sihat selalu.

Berdasarkan artikel ini, apa yang ingin disampaikan adalah peranan dos biasa minyak ikan (Omega-3 Fatty Acid) dalam pencegahan dan rawatan penyakit Alzheimer (Alzheimer’s disease - AD). Melalui kajian yang telah dijalankan oleh para saintis mendapati dos biasa minyak ikan ini dapat membantu mengurangkan masalah atrofi otak (brain atrophy) dan membantu warga tua mengekalkan fungsi kognitif. Kajian ini telah dijalankan kepada 819 orang dewasa kategori veteran dengan menjalani imbasan MRI dan ujian neuropsikologi setiap enam bulan dengan dos minyak ikan diambil mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Omega-3 Fatty Acid yang ditemui dalam minyak ikan terkenal dengan manfaat kesihatan yang baik dimana sering dikaitkan dengan dermatologi, artikular dan kesihatan kardiovaskular. Dari segi kognisi, omega-3 suplemen sesuai untuk semua peringkat umur, berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan melibatkan orang dewasa muda yang sihat.

Ini dapat dibuktikan melalui penyelidikan yang melibatkan 228 individu yang sihat berumur antara 18 dan 45 tahun, dalam ujikaji secara rawak terkawal selama enam bulan. Penyelidik menyimpulkan bahawa 1.16g asid docosahexaenoic (DHA) tambahan setiap hari terdapat peningkatan yang ketara ke semasa tindak balas, dan masa tindak balas memori yang bekerja.

Dalam masa yang sama pada tahun lalu, penyelidik dari Universiti Oxford di United Kingdom mendapati kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca berkemungkinan mempunyai tahap rendah omega-3 asid lemak dalam darah mereka.

Oleh yang demikian, dengan mengamalkan pemakanan Omega-3 Fatty Acid dapat membantu kita mengurangkan gejala penyakit AD. Bagi kanak-kanak pula ianya dapat membantu untuk terus cergas di sekolah dan membantu dalam cepat membaca .

Rujukan : http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Health/2014/07/27/Fish-oil-is-brain-food/

Apa itu Penyakit Alzheimer?

Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian. Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

Bagaimana Omega Guard dihasilkan?

Omega Guard Shaklee  diekstrak dari ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukannya dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan HDA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semualjadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) merupakan bahan kimia industri yang sanagt bertoksik.
pengedar shaklee putrajaya

Khasiat Omega Guard Shaklee

Sebiji kapsul Omega Guard membekalkan 120mg DHA. DHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. 

Sebenarnya banyak lagi manfaat Omega Guard Shaklee selain mencegah alzheimer untuk dewasa dan meningkatkan kecerdasan otak anak-anak, antaranya:
  • mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • membantu perkembangan memori
  • meningkatkan sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE, penyakit buah pinggang
  • menyihatkan paru-paru
  • mencegah kanser seperti kanser paru-paru, payudara, prostat, kolon
  • memelihara fungsi sendi
  • mencegah insomnia
  • membantu mengurangkan tekanan

Diharap dengan penulisan kali ini dapat memberikan anda sedikit info tentang kebaikan Omega Guard Shaklee dalam mencegah penyakit alzheimer dan meningkatkan kecerdasan otak anak-anak.

Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, August 29, 2014

Cuci Muka Dengan Sempurna Untuk Kulit Cantik


Cuci Muka Dengan Sempurna Untuk Kulit Cantik

shaklee putrajaya
Sumber: Majalah Rapi

Pencuci Muka

Sebelum memilih pencuci muka yang sesuai, kenali jenis kulit wajah anda terlebih dahulu. Bahan-bahan yang terdapat di dalam produk pencuci muka telah dipilih khas mengikut keperluan kulit wajah seseorang. Andainya anda memiliki kulit muka berminyak, menggunakan pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif adalah tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai.

Kini tidak susah kerana lambakan produk pembersih wajah. Ada yang murah, mahal, berbau harum, tanpa pewarna, dan banyak lagi. Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam  tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan mulai ditumbuhi dengan ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dalam kadar segera.

Tip-tip memcuci muka :
  1. Sebelum mencuci muka, bersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ia bagi menanggalkan kotoran  yang ada pada  wajah, berkemungkinan pencuci muka tidak dapat membersihkannya secara menyeluruh. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka . 
  2. Buihkan pencuci muka sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk  putaran. Kemudian dibilas dengan air bersih. Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua. 
  3. Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah selepas itu.

Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee 

    set penjagaan nutriwhite
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan






Penyegar Wajah

Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka seseorang. Pilihlah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi untuk hasil yang lebih baik. Seeloknya pemilihan pencuci muka dan penyegar biarlah jenama yang sama. Jika dilihat  di pasaran, setiap produk didatangkan dalam set penjagaan wajah yang sama.

Tip-tip menggunakan penyegar wajah :
  1. Gunakan kapas muka yang lembut. Basahkan dengan sedikit penyegar. 
  2. Sapukan toner ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan.
  3. Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, bermakna ia sudah benar-benar segar.

Penyegar Wajah Nutriwhite Shaklee
    set penjagaan nutriwhite
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan








Pelembap Muka

Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap muka biasanya didatangkan dengan kebaikan seperti di dalam krim tabir suria bagi melindungi anda yang tidak bersolek. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan natural seperti teh hijau dan aloe vera. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya.

Tip-tip menggunakan pelembap muka :

  1. Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda.
  2. Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu.
  3. Hati-hati dengan amaun pelembap muka yang anda pakai kerana berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak.
  4. Sekiranya kulit anda terasalicin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi. 

Pelembab Muka Nutriwhite Shaklee

    set penjagaan nutriwhite
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit



Berikut adalah asas pembersihan wajah yang mudah, tetapi mengambil inisiatif untuk memelihara kesihatan kulit dan sentiasa tampak cantik:-
  1. Menggunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih yang mempunyai butiran halus berbanding yang kasar kerana ia lebih sesuai dengan tekstur  kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas.
  2. Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub.
  3. Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak  berbahaya buat sesiapa. 

Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, August 23, 2014

Kesihatan Mata dengan Shaklee

Kesihatan Mata dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan semua. Hari ini saya ingin berkongsikan lagi satu artikel yang sangat menarik yang telah diterbitkan di TheStar ruangan Health dengan tajuk “Eye health: I can see clearly now...” rujukan: http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Health/2014/08/10/Taking-care-of-your-eyesight/. Artikel ini membincangkan kepentingan mata kepada kita dan juga keadah pemakanan yang sesuai untuk menjaga kesihatan mata.

Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan 5 deria iaitu mata untuk melihat, lidah untuk rasa, hidung untuk menghidu, telinga untuk mendengar, dan kulit untuk sentuhan. Alhamdulilla saya bersyukur dengan kurniaan ini daripada Allah. Secara umumnya, penglihatan merupakan salah satu deria yang paling penting, kerana 80% daripada apa yang kita terima datang melalui pancaindera penglihatan kita. 

Apabila kita semakin meningkat tua, apa yang pasti penglihatan mula menjadi kabur dan ditambah pula dengan pendedahan yang berpanjangan kepada ultraungu (UV) dan cahaya biru berbahaya boleh menyebabkan kerosakan radikal bebas yang berlebihan kepada mata kita, yang boleh membawa kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia makular (age-related macular degeneration - AMD) dan katarak.

Berdasarkan artikel ini terdapat cara untuk melindungi penglihatan anda dan menjaga mata anda sihat bersama dengan peningkatan usia kita. Terdapat pemakanan tambahan yang boleh membantu untuk kesihatan mata. Dua daripada suplemen kesihatan yang terbaik untuk mata ialah lutein dan zeaxanthin. Banyak kajian oleh pakar telah menunjukkan bahawa antioksidan karotenoid ini dapat membantu mengurangkan risiko katarak dan AMD.

Kedua-dua karotenoid melindungi mata daripada cahaya UV yang merosakkan dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kanta, retina dan makula daripada kerosakan radikal bebas. Seperti kebanyakan nutrien penting yang lain, lutein dan zeaxanthin tidak dihasilkan di dalam badan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan ia di dalam makanan kita atau dengan menambahkan dengan lutein dan zeaxanthin.

Sumber makanan lutein dan zeaxanthin termasuk bayam, brokoli, tomato, mangga dan kuning telur. Pengambilan jumlah yang cukup lutein dan zeaxanthin melalui makanan boleh menjadi sukar. Pilihan lain adalah untuk mengambil supplement ini melalui kapsul yang telah diproses seperti shaklee sebagai contohnya. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Penyiasatan Peperiksaan Negara Ketiga (NHANES III) telah mencadangkan sekurang-kurangnya 6-10mg sehari Lutein dan Zeaxanthin untuk mengurangkan risiko AMD.

Selain itu penjagaan kesihatan mata juga berkait rapat dengan penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi kerana penyakit ini akan menyebabkan retinopati diabetik, glaukoma dan kebutaan. Terdapat juga statistik yang signifikan antara merokok dan AMD, dengan risiko tiga kali ganda peningkatan AMD di kalangan perokok semasa, berbanding dengan tidak merokok. Jadi berhentilah merokok kawan-kawan. Anda perlu sentiasa memakai cermin mata hitam dengan perlindungan UV yang betul untuk melindungi mata anda dari sinaran matahari yang memudaratkan. Oleh yang demikian belilah cermin mata yang original kerana dijamin dilengkapi dengan perlindungan UV berbanding dengan yang tiruan.

Di sini, untuk menjaga kesihatan mata, shaklee mempunyai vitamin khas untuk kesihatan mata iaitu CarotoMax. CarotoMax Shaklee mengandungi 6 variati karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.

Mengapa CarotoMax terbaik untuk kesihatan mata? Kerana ia mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.

Alpha Carotene : untuk penglihatan malam (elak rabun malam), mata yang sihat
Lutein : membantu menyekat katarak, glaukoma
Zeaxanthin : melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. 


pengedar shaklee putrajaya


Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza & Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, August 13, 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MENINGKATKAN TENAGA

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MENINGKATKAN TENAGA 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Terima kasih diucapkan kerana anda sudi singgah di blog saya hari ini. Saya ingin berkongsikan kebaikan vitamin B Complex ini sebagai vitamin Shakelee untuk meningkatkan tenaga. Selamat membaca...!!!

b complex shaklee


Adakah anda pernah terasa penat dan tidak bermaya walapun anda sudah makan secukupnya? Kalau ya mari kita lihat apakah vitamin yang boleh membantu kita untuk menuai tenaga yang amat diperlukan selepas kita makan.

Untuk makluman anda semua terdapat vitamin yang dapat membantu meningkatkan metabolisme badan anda seterusnya membantu apabila kita menghadapi keletihan. Selain itu vitamin ini juga dapat membantu dalam kesukaran menurunkan berat badan  anda atau dalam bahasa saintis “hypothyroidism”. Apa itu nak sebut pun susah, haaa ini penerangan dengan lebih terperinci - hypothyroidism adalah keadaan di mana badan kekurangan hormon tiroid yang diperlukan oleh badan. Tujuan utama hormon tiroid adalah untuk "menjalankan metabolisme badan" bagi menjana tenaga yang diperlukan. Metabolisme yang perlahan sebenarnya boleh menghalang keupayaan anda untuk mengurangkan berat badan, berasa bertenaga dan berehat sama ada anda makan dengan betul atau tidak. 

Dah panjang lebar saya terangkan jadi apakah nama vitamin tersebut? Jawapanya ialah Vitamin B Complex. Kenapa complex sangat ya? Ini adalah kerana ianya mengandungi semua vitamin B serta vitamin lain yang juga amat penting kepada tubuh badan kita. Kandungan Vitamin B Complex Shaklee ini ialah 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.  

Vitamin B Complex Membantu Metabolisme anda

Anda harus mengimbangi vitamin tambahan anda untuk memenuhi keperluan anda. Vitamin seperti multi-vitamin sangat bagus untuk anda, tetapi jika anda selalu penat sepanjang masa dan tidak mendapat cukup vitamin B dalam diet anda, maka dengan mengambil vitamin B Complex ini dapat membantu anda menjana tenaga yang diperlukan insyallah... Vitamin B Complex ini  memberikan anda:

  • Metabolisme dirangsang 
  •  Kulit yang sihat 
  • Otot yang lebih kuat 
  • Sistem imun yang lebih kuat 
  •  Menggalakkan pertumbuhan dan fungsi sel

Vitamin B adalah penting untuk pengeluaran dan penggunaan tenaga dalam badan kita. Kumpulan 8 vitamin - vitamin B Complex - adalah kritikal untuk mengelakkan keletihan dan vitamin ini bekerja dengan amat baik sebagai kumpulan yang terselaras untuk memberi tenaga kepada badan. Vitamin B boleh membantu penurunan berat badan juga, kerana mereka akan memberi anda lebih banyak tenaga untuk menjadi aktif dan senaman.  

Keperluan untuk menjana tenaga di dalam badan memerlukan vitamin B1, B7 dan B6 yang bertindak sebagai faktor bersama untuk membantu enzim metabolik yang terlibat dalam penjanaan tenaga oleh metabolisme makanan. Kekurangan mana-mana vitamin ini memberi kesan kepada jentera metabolik sel-sel yang membawa kepada keletihan, kelemahan dan kerengsaan.

Saya berharap penulisan artikel ini dapat membantu rakan-rakan semua untuk meningatkan tenaga, terus sihat, bekerja dengan semangat dan sentiasa bergembira. Jumpa lagi!!!

Rujukan:

  1. http://vitamins.lovetoknow.com/Vitamins_that_Boost_Your_Metabolism diakses pada 13 Ogos 2014
  2. http://altmedicine.about.com/od/herbsupplementguide/a/B-Complex.htm diakses pada 13 Ogos 2014
  3. http://www.med-health.net/B-Complex-Benefits.html diakses pada 13 Ogos 2014
  4. http://www.webmd.com/drugs/2/drug-3387/vitamin-b-complex-oral/details diakses pada 13 Ogos 2014 

Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:
Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza & Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, August 11, 2014

Lindungi Badan Dan Otak Menjelang Hari Tua Dengan Shaklee

Lindungi Badan Dan Otak Menjelang Hari Tua Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya nk kongsikan satu artikel yang amat menarik sekali pada pandangan saya. Artikel ini diterbitkan oleh surat khabar TheStar bahagian Health pada 8 Ogos 2014 Jumaat bertajuk “Protect Body and Brain”. Artikel ini boleh dibaca di http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Family/Features/2014/08/08/Protect-your-body-and-brain/. Sangat menarik penulisannya.

Apa yang menarik tentang artikel ini ialah penerangan tentang persediaan menghadapi hari tua bagi menjaga kesihatan badan dan otak kita. Tidak dinafikan semua orang akan menjadi tua dari sehari ke sehari namun terpulang kepada individu apakah persediaan untuk menghadapi hari tersebut dari sudut kesihatan. Sebenarnya macam-macam kena bersedia seperti sumber kewangan, ibadat, hutang dah selesai? Dan sebagainya. 

Jadi apakah intipati artikel tersebut? Ianya berkisar tentang bagaimana vitamin dapat membantu mengurangkan masalah berkaitan kesihatan badan dan otak. Menjelang hari tua, masalah utama yang akan berlaku ialah kehilangan selera makan disebabkan oleh deria rasa yang berkurangan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan golongan ini kurang makan (baru saya faham kenapa orang tua kita makan sedikit sahaja) dan seterusnya badan akan kekurangan nutrisi yang diperlukan dan kekuatan badan. Golongan ini akan sentiasa berasa lemah dan cepat letih. Selain itu, golongan ini juga akan mula merasai kesukaran untuk tidur dan biasanya hanya dapat tidur 2-3 jam sehari dimana badan memerlukan minimum 6 jam waktu tidur. Kekurangan waktu tidur akan mempengaruhi kesihatan otak dan golongan ini akan mula menghadapi masalah ingatan, mudah marah dan stress (tertekan dan cepat terasa).

Penyelesaian yang dicadangkan di dalam artikel ini ialah mengamalkan pengambilan vitamin B12 untuk mengurangkan masalah kesihatan berkaitan anemia pernisiosa, dengan tanda-tanda perlahan, kekeliruan dan kerengsaan. Pada masa yang sama, beberapa kajian perubatan baru menunjukkan golongan berusia 30 ke atas dengan tahap vitamin D rendah boleh meningkat gejala kelambatan mental, kekeliruan dan kerengsaan apabila usia semakin meningkat. Agak sukar untuk mendapatkan vitamin D menerusi dari cahaya matahari selepas 50, kerana kulit yang menjadi kurang mampu untuk menyerap. Mereka yang kekurangan vitamin D mungkin mengalami masalah pemikiran. Menyesuaikan dengan mengambil makanan tambahan dan makan makanan vitamin D yang kaya boleh menjauhkkan dari gejala yang dinyatakan di atas.

Bagaimana Shaklee boleh membantu dalam mengurangkan masalah seperti yang dinyatakan di atas?

Daripada artikel di atas, pengambilan vitamin B12 amat penting bagi masalah kesihatan golongan tua iaitu 50 tahun ke atas.

Manakala vitamin D pula perlu di ambil secara berkala dan teratur (konsisten) apabila usia mejejak 30 tahun. Ini kerana kekurangan vitamin D boleh meningkat gejala kelambatan mental, kekeliruan dan kerengsaan apabila usia semakin meningkat.

Untuk itu Shaklee menyediakan Vitamin B Complex yang lengkap dengan pelbagai jenis vitamin B.

Ostematrix daripada Shaklee pula lengkap dengan vitamin D, kalsium, magnesium, zinc dan lain-lain. B Complex dan Ostematrix amatlah sesuai diamalkan untuk persediaan mengjadapi hari tua.

Seeloknya di ambil dari usia muda bagi mengekalkan nutrisi dalam badan.



Untuk penjimatan berganda daftar ahli Shaklee bersama saya untuk harga yang lebih murah. Yuran pendaftaran hanya RM65 + RM10 untuk postage.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 
 
Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:
Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang



Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza & Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER