>

Friday, March 21, 2014

Kurus Mudah Dan Berkesan Dengan ESP Shaklee

Sempena Promosi bulanan ESP beli 6 percuma 1. Gunakan ESP untuk diet secara sihat. Diet secara sihat bukan bermaksud anda tidak boleh makan, tapi ambil makanan yang rendah kalori.

shaklee putrajaya


Jika anda tidak dapat mengawal pengambilan sarapan dan makan malam dengan menu tinggi kalori seperti nasi lemak, mee goreng, roti canai, nasi goreng dan sebagainya, bertukarlah kepada ESP. Kerana ESP memberikan rasa kenyang dan tenaga. Sebab ada yang cakap kalau tak makan mana nak dapat tenaga. So, dengan ESP, anda kenyang, rendah kalori, tenaga pon berpanjangan.

Antara tips yang saya nak kongsikan dengan anda, saya rumuskan dari pembacaan artikel '20 Tip Kurus Mudah Dan Berkesan' dari majalah Rapi. Untuk artikel asal, boleh rujuk seperi di bawah entry ini.
  • Kurangkan pengambilan kalori, ganti dengan ESP. ESP mengenyangkan dan memberikan tenaga.
  • Makan sayuran dan buah-buahan. Jika lapar di antara waktu makan, makan buah-buahan sebanyak mana yang anda mahu. 
  • Jika ke majlis makan/kenduri, makan buah atau telur rebus, perut anda akan kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan di majlis makan/kenduri.
  • Makan tengah hari dengan menu sihat.Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Hirup sup supaya cepat kenyang dan rendah kalori. Gunakan pinggan yang kecil. Minimumkan kuantiti nasi.
  • Minum banyak air.
  • Bersenam.
20 Tip Kurus Mudah Dan Berkesan
  1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
  2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan
  3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu.
  4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
  5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
  6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
  7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
  8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
  9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
  11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
  12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
  13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
  14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
  15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
  16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
  17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
  18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
  19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
  20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP ini boleh hubungi saya.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe



Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang  


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment