>

Sunday, March 16, 2014

Collagen Dan Vitamin Shaklee Rahsia Kulit Cantik

Collagen Dan Vitamin Shaklee Rahsia Kulit Cantik

Semua wanita sukakan kulit cantik kan? Untuk mempunyai kulit yang di impikan tidaklah sukar sebenarnya. Dahulu saya pon mempunyai masalah kulit sensitif. Kulit muka saya penuh dengan jerawat besar yang bernanah, parut serta pori-pori yang terbuka. Semakin lama semakin teruk. Dan saya sedar jika dibiarkan makin menjadi masalah kulit tu. Berbagai2 produk kecantikan yang saya ambil. Alhamdulillah ada yang menjadi. Tapi untuk dapatkan produk yang betul-betul menjadi, saya mencuba beberapa produk sebelumnya. Konsep 'try and error' sahaja. Biasanya saya akan beli set percubaan yang tahan dalam masa sebulan. Jika tidak menjadi saya akan beralih kepada produk lain pula sehingga lah jumpa yang betul-betul sesuai dengan kulit muka saya.

Sebenarnya belum sampai setahun saya konsisten makan vitamin shaklee. Saya tidak mempunyai masalah kesihatan. Mengambil vitamin Shaklee adalah untuk menambah baik tahap kesihatan dengan mencegah penyakit. Di samping itu saya juga mengambil vitamin Shaklee untuk memiliki kulit yang cantik. Alhamdulillah, vitamin Shaklee banyak membantu saya untuk kecantikan kulit. Tapi kita kena faham bahawa konsep vitamin ni sebenarnya bukan lah terus menjadi. Ia mengambil masa untuk kita lihat keputusan yang kita inginkan. Paling awal 2 minggu. Tetapi bergantung kepada individu, ada customer saya yang ambil 5 hari sudah nampak kesan yang amat positif pada kulit wajah beliau. 

Untuk menjual produk ni bukan mudah, sebagai pengedar shaklee, saya sendiri kena study dan paham fungsi setiap jenis vitamin. Untuk kulit, saya telah mencuba sendiri vitamin seperti vitamin C, Vitamin E, Gla Complex, Collagen Shaklee, Vivix. Alhamdulillah semuanya berkesan tapi mengambil masa sedikit dalam sebulan baru nampak hasil. Dan yang penting pengambilan air kosong mestilah 3 liter sehari bagi penyerapan vitamin yang lebih baik.

Saya suka membaca  majalah iSihat dan majalah Rapi. Banyak ilmu tentang kesihatan dan pemakanan yang diperolehi dari pembacaan kedua-dua majalah ini. Dan kalau boleh saya nak kongsikan artikel-artikel yang menarik untuk dibaca bersama. Kali ini saya nak kongsikan artikel dari majalah rapi yang bertajuk 'Kolagen, Plasenta dan Vitamin, Rahsia Kulit Cantik'. 

Sumber: Majalah Rapi

================== *****==================
Perbezaan antara rawatan kolagen, plasenta dan vitamin
 
Kolagen
Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen  membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan  tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh. 
 
Jenis-jenis kolagen:
Ada bermacam-macam jenis kolagen suplemen. Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit. Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi. 
 
Plasenta 
Plasenta merupakan uri. Kebanyakan rawatan plasenta diambil dari kambing biri-biri yang dipelihara khas untuk urinya. Ada juga yang diambil dari uri manusia. Sel-sel diambil daripada uri dan dijadikan pil atau dalam bentuk suntikan. Tujuannya ialah untuk memperbaharui sel-sel tua di dalam badan. Namun demikian sijil halal tidak diperolehi. Ada juga plasenta yang  diambil dari pokok soya yang baru bercambah dikenali sebagai vegeplasenta.
 
Vitamin
Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak  kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Beza rawatan kolagen secara oral dan suntikan Kolagen sentiasa dibina di dalam badan dan  enzim kolagenase sentiasa mengekalkan tahap kolagen di dalam badan. Rawatan kolagen oral atau glucosamine biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami osteoartritis di mana pelincir di dalam sendi sudah berkurangan. Suntikan hyaluronik asid juga boleh disuntik ke dalam sendi tersebut. Bagi rawatan estetik pula, suntikan hyaluronik asid disuntik di bawah kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan mengembalikan ketegangan kulit. Hyaluronik asid disuntik dalam bentuk fillers untuk meratakan parut, mengubah hidung yang senget atau pipi yang jatuh akibat proses penuaan. Rawatan ini perlu diulang kerana hyaluronik asid ini akan dibinasakan oleh enzim di dalam badan kita. Suntikan kolagen juga boleh dilakukan untuk mengubah paras rupa seperti pipi yang jatuh, bibir kecil atau hidung yang senget. Suntikan kolagen kini kurang popular keranaboleh menyebabkan alahan. 
 
Beza rawatan plasenta secara oral dan suntikan
 
Rawatan plasenta sekiranya disuntik, ia lebih efektif dan cepat berbanding oral. Harga suntikan plasenta juga jauh lebih mahal berbanding oral. Di Malaysia, suntikan plasenta tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rawatan oral dan suntikan juga tiada sijil halal daripada Jakim. 
 
Beza rawatan vitamin secara oral dan suntikan
 
Vitamin boleh diambil secara oral tetapi penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus. Sekiranya perlu, vitamin seperti B12 boleh disuntik pada otot. Suntikan Vitamin C tidak  diluluskan di negara kita. Namun demikian ia merupakan rawatan untuk pesakit yang demam panas atau kanser di sesetengah negara lain. 

Fahami tentang sesuatu rawatan kecantikan sebelum mencuba

Menurut Dr. Nurhalina, ketiga-tiga rawatan kecantikan ini memang amat berbeza fungsi dan kesesuaiannya dengan wanita. Ada rawatan yang hanya sesuai untuk kelompok umur tertentu. Maka sebab itulah amat penting untuk seorang wanita mendapatkan info tentang sesuatu rawatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Ini bagi memastikan ia memberikan manfaat kepada mereka. “Sebagai contoh, rawatan yang kini menjadi kegilaan kaum wanita iaitu rawatan menggunakan ibu kolagen. Sebenarnya ia merupakan kolagen dari rumpai laut. Walau pun ia hangat diperkatakan namun tiada kajian medikal yang dilakukan tentang keberkesanan bahan ini untuk rawatan kulit. Rawatan oral kolagen biasanya berasaskan protein dari haiwan. Sekiranya seseorang itu ada alergi, ia boleh mengakibatkan rangsangan negatif serta alahan. Setiap rawatan sekiranya berlebihan akan memberi kesan sampingan jangka pendek atau panjang. Ikutlah peraturan untuk pengambilan sesuatu suplemen. Jika tiada kesan sampingan pun, ia adalah satu  pembaziran sekiranya badan tidak memerlukan. Sekiranya anda ingin mencuba oral kolagen, ketahuilah bahawa industri suplemen ini tidak dipantau. Oleh sebab itu kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui. Sekiranya anda ingin mendapatkan suntikan kolagen, perlu anda ketahui bahawa risikonya mungkin sama seperti risiko suntikan lain seperti botox dan filler. Apa yang penting ialah pemakanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin. Kolagen membekalkan protein pada kulit. Sarang burung dan Caviar juga adalah sumber kolagen yang berfungsi sebagai anti penuaan. Dari sudut perubatan, rawatan kolagen sebenarnya adalah dalam bentuk  suntikan tetapi bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” terang Dr. Nurhalina lagi.
 
Rawatan plasenta memerlukan kos yang tinggi
 
“Rawatan menggunakan plasenta atau uri agak mahal harganya dan individu sama ada lelaki mahu pun wanita sesuai menggunakannya. Namun ia lebih kepada rawatan anti penuaan. Antara golongan yang sesuai mengambil rawatan jenis ini ialah wanita yang sudah menopaus dan perlu mengikut dos yang tertentu. Semakin tinggi dos yang digunakan  semakin mahal kos rawatan yang perlu dibiayai  oleh pengguna.Kebanyakan plasenta diambil dari biri-biri baka yang baik. Selalunya  kambing biri-biri ini adalah dari New Zealand dan Switzerland. Plasenta kambing biri-biri menjadi pilihan kerana dikatakan haiwan ini tidak menyebarkan penyakit seperti lembu (mad cow disease) selain lebih kurang sama dengan plasenta manusia. Plasenta perlu diambil dengan teknik yang betul dan disimpan dalam suhu yang sesuai. Walau bagaimana pun ada juga plasenta yang diambil dari rusa namun ia kurang popular. Selain memperbaharui sel-sel yang telah tua di dalam badan, kebanyakan individu yang mengambil plasenta akan berasa lebih bertenaga. Contohnya kucing yang baru melahirkan akan makan urinya sendiri supaya badannya bertenaga semula. Ada juga rawatan menggunakan plasenta manusia yang dianggap terbaik tetapi ia punya risiko perubatan yang tertentu. Sebenarnya walau pun ramai yang menyebutnya sebagai rawatan menggunakan plasenta tetapi sebenarnya ia lebih kepada Stem Cell atau sel setem. Hingga ke hari ini kesemua medium rawatan plasenta sama ada plasenta biri-biri, manusia dan rusa semuanya tidak mendapat status halal selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM,” ujar Dr. Nurhalina. 
 

Jenis vitamin dan fungsinya kepada kecantikan. 

 

Menyentuh tentang rawatan menggunakan vitamin pula yang suatu ketika dahulu amat popular di kalangan kaum wanita, menurut Dr. Nurhalina sebenarnya vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. “Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C dan vitamin E biasanya diambil secara oral. Vitamin A pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan  mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A. Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM. Perlu diingatkan bahawa rawatan menggunakan vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapatkan hasil yang berpanjangan kerana vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit. Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral dan suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan vitamin punya fungsi dan kelebihan tertentu,” akhiri Dr. Nurhalina.
================== *****==================

Daripada artikel di atas, kita ketahui bahawa collagen dan vitamin A, C dan E memang berkesan untuk kulit yang cantik. 

Antara perkataan yang dapat di highlightkan:
  • Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak  kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang. 
  • Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan
  • Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. 
  • Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. 
  • Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C
  • Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal
Saya sendiri telah mencuba Collagen Shaklee, 3 sachet sahaja sudah menampakkan hasil yang berkesan untuk kulit saya. Vitamin C memang saya ambil setiap hari. Vitamin A dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah kita.


shaklee putrajaya

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kulit yang cantik, boleh hubungi saya.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe


Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang 
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment