>

Wednesday, March 26, 2014

Suplemen Untuk Mudah Mengandung

Suplemen Untuk Mudah Mengandung

Bagi pasangan yang belum mendapat zuriat, supplement memang boleh membantu untuk memudahkan kehamilan. Kita perlu berusaha lebih untuk mendapat apa yang di ingini. Tidak salah kalau cuba untuk hamil dengan mengambil supplement daripada shaklee.

Antara supplement Shaklee yang membantu anda untuk hamil adalah:
  • Vita-E Complex
  • Zinc Complex
  • Sustained Release Vita C
  • Vita Lea with iron formula

shaklee putrajaya


Sumber : Majalah Pama
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, March 25, 2014

Tip Beku & Cair Susu

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, March 21, 2014

Kurus Mudah Dan Berkesan Dengan ESP Shaklee

Sempena Promosi bulanan ESP beli 6 percuma 1. Gunakan ESP untuk diet secara sihat. Diet secara sihat bukan bermaksud anda tidak boleh makan, tapi ambil makanan yang rendah kalori.

shaklee putrajaya


Jika anda tidak dapat mengawal pengambilan sarapan dan makan malam dengan menu tinggi kalori seperti nasi lemak, mee goreng, roti canai, nasi goreng dan sebagainya, bertukarlah kepada ESP. Kerana ESP memberikan rasa kenyang dan tenaga. Sebab ada yang cakap kalau tak makan mana nak dapat tenaga. So, dengan ESP, anda kenyang, rendah kalori, tenaga pon berpanjangan.

Antara tips yang saya nak kongsikan dengan anda, saya rumuskan dari pembacaan artikel '20 Tip Kurus Mudah Dan Berkesan' dari majalah Rapi. Untuk artikel asal, boleh rujuk seperi di bawah entry ini.
  • Kurangkan pengambilan kalori, ganti dengan ESP. ESP mengenyangkan dan memberikan tenaga.
  • Makan sayuran dan buah-buahan. Jika lapar di antara waktu makan, makan buah-buahan sebanyak mana yang anda mahu. 
  • Jika ke majlis makan/kenduri, makan buah atau telur rebus, perut anda akan kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan di majlis makan/kenduri.
  • Makan tengah hari dengan menu sihat.Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Hirup sup supaya cepat kenyang dan rendah kalori. Gunakan pinggan yang kecil. Minimumkan kuantiti nasi.
  • Minum banyak air.
  • Bersenam.
20 Tip Kurus Mudah Dan Berkesan
  1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
  2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan
  3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu.
  4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
  5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
  6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
  7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
  8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
  9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
  11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
  12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
  13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
  14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
  15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
  16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
  17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
  18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
  19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
  20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP ini boleh hubungi saya.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe



Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang  


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Set Puasa untuk Puasa Ganti, Sunat, Rejab dan Ramdhan

Assalamualaikum semua.

Lagi 98 hari nak menyambut Ramadhan. Tapi nak tanya puasa ganti dah abis blum? Hehe mesti ada yang belum kan? Apa kata kali ni cuba Set Puasa ni atau lebih dikenali dengan nama Shaklee Mighty 3 Gems oleh pengedar-pengedar Shaklee. Boleh guna untuk puasa ganti, puasa sunat, puasa di bulan Rejab dan sambung puasa Ramadhan.

shaklee putrajaya
background picture credit to spreadsalam.com

Anda boleh ambil semasa sahur untuk kekal cergas di siang hari. Set ini sesuai untuk semua jantina, ibu mengandung dan juga ibu menyusu.

Set ini terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink. Selain untuk sahur, set ini juga boleh diamalkan sebagai saparan. Kalori pon rendah jer bagus untuk mereka yang ingin diet. Juga sesuai untuk mereka yang sangat aktif di siang hari dan juga yang rajin bersukan. Boleh diambil untuk bersukan juga.

ESP
Protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino. Rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar

Mealshakes
Sumber protein dengan pelbagai vitamin dan mineral tambahan. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga. Berperisa vanila.

Performance Drink
Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi. Memberikan tenaga.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set puasa ini boleh hubungi saya.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe



Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang  


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, March 17, 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Sebagai Pengguna Vitamin Shaklee

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada para pembaca.

shaklee putrajaya


Kali ini saya nak kongsikan kelebihan menjadi ahli Shaklee sebagai pengguna vitamin Shaklee. Sebelum itu saya nak kongsikan bagaimana saya terjebak dengan Shaklee ini. Saya pun bermula dari pengguna biasa sebelum menjadi ahli/pengedar Shaklee yang sah.

Pada awalnya saya menggunakan vitamin shaklee Lecithin dan Herb Lax untuk kurus. Saya beli dengan rakan saya dengan harga retail. Setelah habis menggunakannnya memang didapati vitamin ini selamat dan berkesan. Setelah habis saya tidak sambung, stop di situ sahaja.

Sehinggalah beberapa bulan yang lepas saya menjadi ahli Shaklee yang sah untuk makan sendiri dan juga berniaga secara sambil-sambil (part time). Faedah dan kebaikan vitamin saya kongsikan bersama rakan-rakan saya, rakan-rakan di facebok dan juga pembaca blog saya. Alhamdulillah sehingga kini saya dapat luaskan kebaikan dan faedah Shaklee kepada pengguna di luar sana.

Bila saya ajak customer jadi ahli ada yang kata macam-macam. Antaranya :

"Kenapa nak kena jadi ahli?"
"Saya beli ngan akak aje la"
"Tak minat la nak jual-jual ni, saya nak makan sendiir jer"

Yer...betul, beli untuk makan sendiri. Tapi tahukah anda apa kelebihan menjadi ahli Shaklee untuk makan sendiri?
  1. Automatik anda akan dapat harga ahli yang jimat sehingga 22%. Berbeza mengikut setiap jenis vitamin.
  2. Anda tak perlu lagi nak 'survey' harga kat luar sana untuk dapat harga paling murah. Anda akan diberikan senarai harga ahli untuk rujukan anda.
  3. Anda layak untuk dapatkan promosi Shaklee pada setiap bulan. Shaklee akan adakan promosi untuk vitamin yang berlainan setiap bulan. Anda jimat lebih banyak untuk promosi bulanan.
  4. Anda boleh share pembelian dan kongsi kebaikan dengan adik-beradik, saudara mara,rakan-rakan, jiran-jiran dan masyarakat. Pada masa yang sama anda boleh dapat keuntungan di situ.
  5. Anda dapat kumpul point untuk setiap bulan. Setiap vitamin/barang mempunyai point tertentu dan sekiranya cukup 150 point anda layak untuk dapatkan 'cash rebate' pada setiap 15 hb. Dengan syarat cukup 150 point dan mestilah point yang terkumpul dalam satu bulan sahaja iaitu mulai 1hb pada setiap bulan hingga ke hujung bulan tersebut SAHAJA.
  6. Anda layak untuk mendapatkan konsultasi mengenai vitamin Shaklee dan cara pengambilan  dengan menghubungi saya pada bila-bila masa.
  7. Anda layak untuk menghadiri kursus/training/seminar/bengkel/Health & Wellness Talk yang dianjurkan oleh pihak Shaklee.
  8. Pembelian Shaklee boleh dibuat melalui online dan juga di HQ serta branch. Senarai branch boleh rujuk SINI. Sekiranya anda tidak tahu atau tidak dapat beli sendiri, tiada masalah, hanya inform kepada saya vitamin apa yang anda mahu dan saya akan hantar terus kepada anda sekiranya dekat dan Pos Laju sekiranya jauh. 
  9. Pendaftaran sekali sahaja dan tiada renewal. Sekali seumur hidup dengan syarat paling kurang setahun sekali membuat pembelian.

Kebaikan menjadi ahli di atas adalah untuk yang makan sendiri sahaja. Untuk faedah menjana pendapatan dengan Shaklee saya akan kongsikan di lain waktu.


Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe



Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang 

 



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, March 16, 2014

Collagen Dan Vitamin Shaklee Rahsia Kulit Cantik

Collagen Dan Vitamin Shaklee Rahsia Kulit Cantik

Semua wanita sukakan kulit cantik kan? Untuk mempunyai kulit yang di impikan tidaklah sukar sebenarnya. Dahulu saya pon mempunyai masalah kulit sensitif. Kulit muka saya penuh dengan jerawat besar yang bernanah, parut serta pori-pori yang terbuka. Semakin lama semakin teruk. Dan saya sedar jika dibiarkan makin menjadi masalah kulit tu. Berbagai2 produk kecantikan yang saya ambil. Alhamdulillah ada yang menjadi. Tapi untuk dapatkan produk yang betul-betul menjadi, saya mencuba beberapa produk sebelumnya. Konsep 'try and error' sahaja. Biasanya saya akan beli set percubaan yang tahan dalam masa sebulan. Jika tidak menjadi saya akan beralih kepada produk lain pula sehingga lah jumpa yang betul-betul sesuai dengan kulit muka saya.

Sebenarnya belum sampai setahun saya konsisten makan vitamin shaklee. Saya tidak mempunyai masalah kesihatan. Mengambil vitamin Shaklee adalah untuk menambah baik tahap kesihatan dengan mencegah penyakit. Di samping itu saya juga mengambil vitamin Shaklee untuk memiliki kulit yang cantik. Alhamdulillah, vitamin Shaklee banyak membantu saya untuk kecantikan kulit. Tapi kita kena faham bahawa konsep vitamin ni sebenarnya bukan lah terus menjadi. Ia mengambil masa untuk kita lihat keputusan yang kita inginkan. Paling awal 2 minggu. Tetapi bergantung kepada individu, ada customer saya yang ambil 5 hari sudah nampak kesan yang amat positif pada kulit wajah beliau. 

Untuk menjual produk ni bukan mudah, sebagai pengedar shaklee, saya sendiri kena study dan paham fungsi setiap jenis vitamin. Untuk kulit, saya telah mencuba sendiri vitamin seperti vitamin C, Vitamin E, Gla Complex, Collagen Shaklee, Vivix. Alhamdulillah semuanya berkesan tapi mengambil masa sedikit dalam sebulan baru nampak hasil. Dan yang penting pengambilan air kosong mestilah 3 liter sehari bagi penyerapan vitamin yang lebih baik.

Saya suka membaca  majalah iSihat dan majalah Rapi. Banyak ilmu tentang kesihatan dan pemakanan yang diperolehi dari pembacaan kedua-dua majalah ini. Dan kalau boleh saya nak kongsikan artikel-artikel yang menarik untuk dibaca bersama. Kali ini saya nak kongsikan artikel dari majalah rapi yang bertajuk 'Kolagen, Plasenta dan Vitamin, Rahsia Kulit Cantik'. 

Sumber: Majalah Rapi

================== *****==================
Perbezaan antara rawatan kolagen, plasenta dan vitamin
 
Kolagen
Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen  membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan  tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh. 
 
Jenis-jenis kolagen:
Ada bermacam-macam jenis kolagen suplemen. Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit. Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi. 
 
Plasenta 
Plasenta merupakan uri. Kebanyakan rawatan plasenta diambil dari kambing biri-biri yang dipelihara khas untuk urinya. Ada juga yang diambil dari uri manusia. Sel-sel diambil daripada uri dan dijadikan pil atau dalam bentuk suntikan. Tujuannya ialah untuk memperbaharui sel-sel tua di dalam badan. Namun demikian sijil halal tidak diperolehi. Ada juga plasenta yang  diambil dari pokok soya yang baru bercambah dikenali sebagai vegeplasenta.
 
Vitamin
Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak  kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Beza rawatan kolagen secara oral dan suntikan Kolagen sentiasa dibina di dalam badan dan  enzim kolagenase sentiasa mengekalkan tahap kolagen di dalam badan. Rawatan kolagen oral atau glucosamine biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami osteoartritis di mana pelincir di dalam sendi sudah berkurangan. Suntikan hyaluronik asid juga boleh disuntik ke dalam sendi tersebut. Bagi rawatan estetik pula, suntikan hyaluronik asid disuntik di bawah kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan mengembalikan ketegangan kulit. Hyaluronik asid disuntik dalam bentuk fillers untuk meratakan parut, mengubah hidung yang senget atau pipi yang jatuh akibat proses penuaan. Rawatan ini perlu diulang kerana hyaluronik asid ini akan dibinasakan oleh enzim di dalam badan kita. Suntikan kolagen juga boleh dilakukan untuk mengubah paras rupa seperti pipi yang jatuh, bibir kecil atau hidung yang senget. Suntikan kolagen kini kurang popular keranaboleh menyebabkan alahan. 
 
Beza rawatan plasenta secara oral dan suntikan
 
Rawatan plasenta sekiranya disuntik, ia lebih efektif dan cepat berbanding oral. Harga suntikan plasenta juga jauh lebih mahal berbanding oral. Di Malaysia, suntikan plasenta tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rawatan oral dan suntikan juga tiada sijil halal daripada Jakim. 
 
Beza rawatan vitamin secara oral dan suntikan
 
Vitamin boleh diambil secara oral tetapi penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus. Sekiranya perlu, vitamin seperti B12 boleh disuntik pada otot. Suntikan Vitamin C tidak  diluluskan di negara kita. Namun demikian ia merupakan rawatan untuk pesakit yang demam panas atau kanser di sesetengah negara lain. 

Fahami tentang sesuatu rawatan kecantikan sebelum mencuba

Menurut Dr. Nurhalina, ketiga-tiga rawatan kecantikan ini memang amat berbeza fungsi dan kesesuaiannya dengan wanita. Ada rawatan yang hanya sesuai untuk kelompok umur tertentu. Maka sebab itulah amat penting untuk seorang wanita mendapatkan info tentang sesuatu rawatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Ini bagi memastikan ia memberikan manfaat kepada mereka. “Sebagai contoh, rawatan yang kini menjadi kegilaan kaum wanita iaitu rawatan menggunakan ibu kolagen. Sebenarnya ia merupakan kolagen dari rumpai laut. Walau pun ia hangat diperkatakan namun tiada kajian medikal yang dilakukan tentang keberkesanan bahan ini untuk rawatan kulit. Rawatan oral kolagen biasanya berasaskan protein dari haiwan. Sekiranya seseorang itu ada alergi, ia boleh mengakibatkan rangsangan negatif serta alahan. Setiap rawatan sekiranya berlebihan akan memberi kesan sampingan jangka pendek atau panjang. Ikutlah peraturan untuk pengambilan sesuatu suplemen. Jika tiada kesan sampingan pun, ia adalah satu  pembaziran sekiranya badan tidak memerlukan. Sekiranya anda ingin mencuba oral kolagen, ketahuilah bahawa industri suplemen ini tidak dipantau. Oleh sebab itu kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui. Sekiranya anda ingin mendapatkan suntikan kolagen, perlu anda ketahui bahawa risikonya mungkin sama seperti risiko suntikan lain seperti botox dan filler. Apa yang penting ialah pemakanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin. Kolagen membekalkan protein pada kulit. Sarang burung dan Caviar juga adalah sumber kolagen yang berfungsi sebagai anti penuaan. Dari sudut perubatan, rawatan kolagen sebenarnya adalah dalam bentuk  suntikan tetapi bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” terang Dr. Nurhalina lagi.
 
Rawatan plasenta memerlukan kos yang tinggi
 
“Rawatan menggunakan plasenta atau uri agak mahal harganya dan individu sama ada lelaki mahu pun wanita sesuai menggunakannya. Namun ia lebih kepada rawatan anti penuaan. Antara golongan yang sesuai mengambil rawatan jenis ini ialah wanita yang sudah menopaus dan perlu mengikut dos yang tertentu. Semakin tinggi dos yang digunakan  semakin mahal kos rawatan yang perlu dibiayai  oleh pengguna.Kebanyakan plasenta diambil dari biri-biri baka yang baik. Selalunya  kambing biri-biri ini adalah dari New Zealand dan Switzerland. Plasenta kambing biri-biri menjadi pilihan kerana dikatakan haiwan ini tidak menyebarkan penyakit seperti lembu (mad cow disease) selain lebih kurang sama dengan plasenta manusia. Plasenta perlu diambil dengan teknik yang betul dan disimpan dalam suhu yang sesuai. Walau bagaimana pun ada juga plasenta yang diambil dari rusa namun ia kurang popular. Selain memperbaharui sel-sel yang telah tua di dalam badan, kebanyakan individu yang mengambil plasenta akan berasa lebih bertenaga. Contohnya kucing yang baru melahirkan akan makan urinya sendiri supaya badannya bertenaga semula. Ada juga rawatan menggunakan plasenta manusia yang dianggap terbaik tetapi ia punya risiko perubatan yang tertentu. Sebenarnya walau pun ramai yang menyebutnya sebagai rawatan menggunakan plasenta tetapi sebenarnya ia lebih kepada Stem Cell atau sel setem. Hingga ke hari ini kesemua medium rawatan plasenta sama ada plasenta biri-biri, manusia dan rusa semuanya tidak mendapat status halal selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM,” ujar Dr. Nurhalina. 
 

Jenis vitamin dan fungsinya kepada kecantikan. 

 

Menyentuh tentang rawatan menggunakan vitamin pula yang suatu ketika dahulu amat popular di kalangan kaum wanita, menurut Dr. Nurhalina sebenarnya vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. “Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C dan vitamin E biasanya diambil secara oral. Vitamin A pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan  mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A. Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM. Perlu diingatkan bahawa rawatan menggunakan vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapatkan hasil yang berpanjangan kerana vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit. Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral dan suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan vitamin punya fungsi dan kelebihan tertentu,” akhiri Dr. Nurhalina.
================== *****==================

Daripada artikel di atas, kita ketahui bahawa collagen dan vitamin A, C dan E memang berkesan untuk kulit yang cantik. 

Antara perkataan yang dapat di highlightkan:
  • Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak  kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang. 
  • Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan
  • Vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. 
  • Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. 
  • Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C
  • Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal
Saya sendiri telah mencuba Collagen Shaklee, 3 sachet sahaja sudah menampakkan hasil yang berkesan untuk kulit saya. Vitamin C memang saya ambil setiap hari. Vitamin A dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah kita.


shaklee putrajaya

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kulit yang cantik, boleh hubungi saya.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe


Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan 
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi 
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi  
Pengedar Shaklee di Serdang 
Pengedar Shaklee di Kajang 
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, March 9, 2014

Laporan Live Kehilangan Pesawat Pesawat MAS Boeing 777 -MH370

Laporan live dari astro awani, klik link dibawah



prayformh370
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, March 5, 2014

Vitamin Untuk Persediaan Mengandung

Vitamin Untuk Persediaan Mengandung

Bagi mereka yang memang merancang untuk hamil semula atau hamil kali pertama, vitamin adalah sangat bagus. Maksud di sini bukan 'makan vitamin untuk hamil'. Tetapi sebagai langkah persediaan sebelum kehamilan terjadi. Ini adalah untuk menyediakan rahim yang sihat sebelum 'di isi' semula atau untuk kali pertama.

Vitamin yang sesuai untuk persediaan mengandung ini adalah B Complex dan GLA Complex.

shaklee putrajaya

Mari kita lihat apa kelebihan B Complex dan GLA Complex untuk persediaan mengandung. Info ini saya ambil dari beberapa sumber. B Complex Shaklee mengandungi asid folic yang bagus diambil sebelum kehamilan sehingga lah sepanjang kehamilan.

===***===
Sumber:

http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz2v3uUrrKt
http://pama.karangkraf.com/kepentingan-asid-folik-ketika-mengandung-1.257061

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Pengambilan asid folik sangat penting diambil tiga bulan sebelum wanita merancang untuk mengandung. Tetapi bagi kes di mana wanita baharu berkahwin mengandung awal sebelum sempat membuat perancangan, asid folik mesti diambil sebaik diri disahkan hamil oleh doktor. Terdapat risiko yang boleh berlaku kepada bayi sekiranya ibu tidak mengambil asid folik semasa mengandung.

===***===

Manakala GLA Complex pula baik untuk membantu meningkatkan kesuburan seseorang wanita. GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Selain itu GLA Complex juga membantu melegakan sengugut, menstabilkan hormon di dalam badan dan membetulkan cycle period yang berterabur menjadi teratur. Penting untuk menstabilkan hormon supaya mudah untuk merancang kehamilan. 

Kandungan B COMPLEX
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Kandungan GLA COMPLEX
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306   
SID 954066 FB:  Salbiah Karim   
Like Page : Daily Vitamin Shoppe
 
Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 


Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan  
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi  
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi   
Pengedar Shaklee di Serdang  
Pengedar Shaklee di Kajang 





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, March 3, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Meningkatkan Metabolisme

Vitamin Shaklee Untuk Meningkatkan Metabolisme

Apakah itu metabolisme?

Metabolisme didefinisikan sebagai kadar pembakaran kalori oleh badan. Setiap individu mempunyai kadar metabolime yang berbeza walaupun mempunyai corak pemakanan, corak aktivit dan corak kehidupan yang sama.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme?

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme setiap individu. Antaranya ialah:

1. UmurKadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun

2. Jantina
Secara umumnya lelaki membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih.

3. Keturunan
Ada individu yang mewarisi genetik rendah metabolisme daripada generasi sebelumnya.

4. Tiroid
Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Cara untuk meningkatkan metabolisme

1. Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
2. Patikan mengambil sarapan
3. Mengambil protein setiap kali makan atau dalam menu
4. Senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu
5. Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
6. Tidur yang secukupnya
7. Kalsium yang mencukupi
8. Meminum teh hijau

Vitamin Shaklee untuk meningkatkan metabolisme


cara meningkatkan metabolisme


1. OsteMatrix (Kalsium)
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.

2. Sustained Release Vita C (Vitamin C)
Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

3. ESP
Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Ini kerana, badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein berbanding karbohidrat.


Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe 

Salbiah Karim  012.2929.306 
SID 954066
FB:  Salbiah Karim 
Like Page : Daily Vitamin Shoppe

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

 
Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

 


 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER