>

Monday, November 24, 2014

Sudahkah Anda Bersedia Menghadapi Menopause?

Saya ada terbaca di blog petua berkenaan tanda-tanda menopouse. Ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapi fasa menopause ini. Sebagai wanita, kita perlu ambil tahu perkara tentang menopause sejak awal lagi. Pada usia 30-an kita perlu ambil tahu supaya dapat menghadapi fasa pra-menopause ini dengan tenang.

Berikut adalah permasalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita. Jom kita baca dulu. 


Soalan:

Saya dah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan kini mempunyai 3 orang anak termasuk yang bongsu berusia 5 tahun. Sejak saya menyambut hari lahir ke-40, perangai saya semakin ‘moody’ bila kedatangan haid. 

Saya kerap kali bergaduh dengan suami. Seringkali juga saya mudah menangis tanpa sebarang sebab. Suami ada beritahu, kemungkinan saya mengalami perubahan menopaus. Tetapi kitaran haid saya nampaknya masih teratur dan saya tak pula mengalami simptom-simptom menopaus yang lain.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan:

Ketidakseimbangan hormon yang dialami sewaktu kedatangan haid merupakan penyebab biasa yang boleh menjadikan anda ‘moody’ iaitu adakalanya marah-marah dan ada masanya berasa sedih dengan tiba-tiba. Ianya boleh berlaku ketika haid dan juga ketika pra-menopaus. Kadangkala fenomena ini juga boleh berlaku kepada wanita hamil.

Ada juga kemungkinan anda merasa emosional kerana umur pun dah masuk era 40-an. Walau apa pun sebabnya, masalah ‘moody’ ini boleh ditangani dengan amalan-amalan berikut:
  • Rehat secukupnya.
  • Makan secara teratur iaitu 3 kali sehari mengikut diet yang seimbang.
  • Elakkan pengambilan kafein.
  • Elakkan gula-gula dan manisan.
  • Bersenam secara berkala. Misalnya berjalan dengan pantas 4 kali seminggu (lebih elok ajak suami dan anak-anak untuk turut serta).
  • Lakukan senaman sambil bersosial, misalnya aerobik. Senaman akan mengeluarkan sejenis hormon yang menggembirakan.
  • Rapatkan diri dengan suami, pilihlah beliau sebagai tempat mencurah perasaan. Suami pula peru melapangkan masa untuk mendengar luahan hati isteri.
  • Banyak berdoa untuk kelapangan minda.

Sekiranya masih lagi rasa ‘moody’ walaupaun setelah melakukan amalan-amalan di atas selepas dua minggu, wajarlah kiranya anda meluangkan masa untuk mendapatkan konsultansi daripada doktor bagi mendapatkan rawatan kerana mungkin anda ada mengalami masalah kemurungan.

Penyelesaian

Saya bukanlah pakar dalam bidang ini, tapi saya sekadar ingin berkongsi pendapat. Dari permasalahan di atas, Puan ini mengalami masalah sejak usia 40 tahun lagi. Dengan keadaan moody setiap kali datang haid. Dan moody ini telah mendatangkan beberapa perkara yang tidak kita ingini seperti pergaduhan suami-isteri, menangis tak tentu hala. Anak-juga akan jadi mangsa kemarahan disebabkan simpton pra-menopause ini.

So, berdasarkan maklum balas dari customer-customer saya yang usianya 40 an ke atas, GLA Shaklee banyak membantu mereka dalam mengawal emosi ketika pra-menopause ini. Sebenarnya semakin usia meningkat, semakin bercelaru hormon wanita. Jadi...jika kita mengambil GLA Shaklee pada setiap bulan, hormon akan dibetulkan dan kuranglah masalah moody ni tadi. Ia sangat-sangat menbantu dalam menghadapi simpton-simpton menopause.



GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil


Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, November 12, 2014

Pentingnya Vitamin C Untuk Lelaki Mahupun Wanita

Hasil pemerhatian saya mendapati wanita lebih menitik beratkan pengambilan suplemen seperti vitamin C berbanding wanita. Kenapa ya? Padahal kesihatan ni perlu dijaga tak kira lelaki mahupun wanita. Atau kalau lelaki sakit.. wanita yang akan menjaganya? Jadi wanita je perlu sihat, lelaki tidak?

Pentingnya Vitamin C 

Vitamin C penting untuk kesihatan tubuh badan. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Semua orang perlu mendapatkan sumber vitamin C harian dalam diet.

Vitamin C adalah antioksidan penting. Kenapa?

Sebab vitamin C memberi tenaga dan membantu melindungi terhadap penyakit kanser, jantung, stress dan lain-lain lagi, Bukan sahaja untuk sendi yang sihat dan kulit yang cantik.

Untuk lelaki, vitamin C memainkan peranan penting dalam pembentukan sperma. Selain itu vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen. Kolagen adalah perlu untuk saluran darah yang sihat, tulang rawan, sendi dan kulit.

Vitamin C  juha penting dalam menjaga sistem kekebalan tubuh yang sihat. Ini membantu meneutralkan bahan pencemaran, memainkan peranan dalam pengeluaran antibodi, meningkatkan penyerapan nutrien, dan mencairkan darah.

Suplemen Vitamin C Terbaik

vitamin c pengedar shaklee putrajaya

Untuk mengekalkan dan menambahkan keperluan vitamin untuk tibuh, Vitamin C Shaklee adalah pilihan terbaik.

Untuk Vitamin  C Sustained Release, sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren. Dan sekiranya anda makan sebiji vitamin C , ia cukup untuk keperluan badan dan kekal di dalam badan selama 5 jam.

Vitamin C 100mg pula di datangkan dalam tablet yang boleh dikunyah. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, November 11, 2014

Cegah Bau Badan Dengan Vitamin Shaklee

Pernah tak anda mengalami situasi yang tiba-tiba datang seseorang duduk di sebelah kemudian tiba-tiba muncul bau yang tidak menyenangkan? Dalam hati mesti terdetik "eeee...busuk nya". Lantas cepat2 anda berlalu pergi.

Bayangkan kalau yang berbau tu adalah kita plak.. Mesti rasa MALU kan?

vitamin cegah bau badan  pengedar shaklee putrajaya


Ok hari ni saya nak kongsikan vitamin untuk elakkan bau badan. Sebenarnya vitamin-vitamin ni ade fungsi tersendiri untuk menghalang bau badan. Jadi untuk cegah bau badan dengan vitamin Shaklee adalah pilihan yang terbaik.

Secara umumnya vitamin diperlukan untuk menjaga fungsi tubuh dengan sempurna dan untuk menyeimbangkan semua fungsi tubuh. Dan dengan mengambil vitamin yang betul boleh mencegah bau badan.

Bau Badan

Semua orang mempunyai bau badan semulajadi yang dipengaruhi oleh umur, jantina, tahap hormon, diet, kesihatan dan kebersihan diri. Bau badan adalah disebabkan oleh bahan-bahan buangan yang dihasilkan oleh bakteria anaerob yang ada di dalam badan. Apabila bahan buangan daripada bakteria ini bercampur dengan keringat/peluh, bau yang kuat akan dihasilkan. Diet yang sihat yang kaya dengan vitamin dan mineral yang tepat dapat membantu mengurangkan bau badan.


Vitamin Shaklee Yang Tepat Untuk Cegah Bau Badan

Beberapa vitamin dan mineral boleh mempengaruhi kepekatan dan aroma bau badan.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex berfungsi untuk membantu tubuh mengekalkan metabolisma, yang mana membantu membuang penyebab bau badan. Pengambilan 50mg hingga 150mg vitamin B setiap hari dapat membantu mengurangkan bau badan yang tidak diingini.

Vitamin E

Vitamin E baik untuk kulit dan dapat membantu memperbaiki kerosakan sel-sel kulit. Apabila sel kulit rosak, bakteria mudah melekat dan inilah punca bau badan boleh terjadi.

Vitamin A

Satu lagi vitamin untuk mengekalkan kulit yang sihat iaitu Vitamin A. Vitamin A boleh membantu mengurangkan bau badan dengan menjaga kulit agar tidak rosak oleh bakteria.

Vitamin C

Vitamin C penting untuk kesihatan gigi dan gusi. Mulut yang sihat adalah mulut yang tidak berbau. Vitamin C dapat mengurangkan kecenderungan untuk menghasilkan nafas yang berbau kuat.

vitamin cegah bau badan  pengedar shaklee putrajaya 
Beberapa mineral juga membantu apabila berurusan dengan bau badan yang berlebihan. Magnesium dan zink, khususnya, boleh membantu mengurangkan bau badan jika diambil secara teratur. Dos yang disyorkan untuk magnesium adalah antara 200mg hingga 500mg sehari. Manakala zink perlu diambil dalam dos dari 30mg hingga 50mg sehari.

Pengambilan vitamin yang sesuai untuk mengawal dan mencegah bau badan boleh membantu untuk menguruskan bau badan secara semula jadi dengan mudah.

Cara Lain Untuk Membantu Mengurangkan Bau Badan

Bagi individu yang mengalami keadaan bau badan yang agak teruk, menambahkan vitamin dalam diet mereka mungkin tidak cukup. Terdapat beberapa penyelesaian yang lain yang dapat membantu mengurangkan bau badan, termasuk:

1. Kebersihan Diri

Guna sabun penghilang bau badan atau sabun anti-bakteria. Mandi dengan kerap jika perlu.

 2. Pakaian

Pakai pakaian yang longgar. Pakaian juga perlu dibasuh dengan kerap.

3. Diet
 
Elakkan makanan yang mempunyai bau yang kuat, seperti bawang putih, jintan putih, kari, ikan, dan rempah ratus. Makan banyak sayuran hijau gelap seperti sawi, bayam, dan brokoli. Klorofil dalam sayur-sayuran hijau adalah pewangi yang sangat baik.

4. Air
 
Minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membantu tubuh membuang toksin bakteria.

5. Deodoran

Pilih deodoran yang lebih kuat atau antiperspirant. Pilih deodoran yang diformula dengan antibakteria.

Jika badan anda masih lagi berbau setelah mengamalkan apa yang disarankan seperti di atas, dapatkan nasihat daripada doktor. Bau badan yang kuat dapat menjadi indikator keadaan kesihatan yang lebih serius.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, November 10, 2014

Kaki Kejang Disebabkan Kekurangan Vitamin?

Pernahkah anda mengalami kaki kejang? 
Bagaimana sakitnya apabila kaki kejang? 
Walaupon kesakitan yang sementara tapi ramai yang takot kena kaki kejang kan?

Jika kita mengalami kaki kejang yang kerap atau berterusan, ia mungkin berkait rapat dengan kekurangan vitamin dan mineral. Ini kerana vitamin, mineral dan nutrien diperlukan untuk mengedaran yang tepat dan kontraksi otot.

Kaki kejang adalah kekejangan otot yang paling biasa dialami akibat dari kekurangan pemakanan walaupun kekejangan mungkin berlaku di kawasan lain juga. 



Vitamin B


Penyebab utama kaki kejang adalah kurang Vitamin B terutamanya Biotin (B7) dan Tiamin (B1). Ini kerana kedua-dua Biotin (B7) dan tiamin (B1) ini menggalakkan peredaran darah.  Jika kekurangan vitamin B, darah tidak dapat mengalir dengan efisyen. Darah yang tidak dapat mengalir secara efisyen inilah yang menyebabkan kaki kejang boleh berlaku.

Vitamin E

Vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan yang menghilangkan radikal bebas daripada badan. Apabila radikal bebas terkumpul di dalam aliran darah, ia boleh merengsakan salur darah dan menyebabkan kaki kejang.

Vitamin C

Vitamin C membantu dalam penyerapan elektrolit dan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan kalium. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kekurangan elektrolit, yang seterusnya boleh menyebabkan kaki kejang.

Kalsium

Kaki kejang boleh menjadi tanda-tanda kekurangan kalsium. Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan darah. Masalah kaki kejang boleh diatasi dengan meningkatkan atau menambahkan nutrien kalsium dalam diet harian.

Magnesium

Di datangkan bersama kalsium, kekurangan mangnesium juga berkaitan dengan kaki kejang. Magnesium diperlukan untuk mengekalkan cas elektrik dalam sel-sel, terutama dalam sel-sel otot. Apabila magnesium kurang, kaki kejang dan masalah berkait dengan pengecutan otot boleh berlaku.

Vitamin D

Vitamin D bekerja bersama dengan kalsium dan magnesium untuk mengawal pengecutan otot. Ketidakseimbangan antara ketiga-tiga nutrien boleh menyebabkan kekejangan otot. Untuk mendapatkan bekalan vitamin D kita boleh berjemur beberapa minit setiap hari di bawah sinar matahari, minum cukup susu atau produk soya atau mengambil suplemen yang berkualiti.

Kurang Minum Air/Dehidrasi

Dehidrasi boleh menyebabkan ketidakseimbangan mineral natrium, kalium, dan klorida yang boleh menyebabkan kaki kejang. Jadi penting untuk kita minum air yang banyak dan cukup setiap hari. Untuk setiap 25kg minum 1 liter air. Jadi jika berat 50kg minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

Elektrolit

Elektrolit juga nutrisi penting yang memberi kesan yang berkaitan dengan kaki kejang.  Ketidakseimbangan elektrolit berlaku dalam kes kekurangan nutrisi atau apabila kita berpeluh dengan banyak dan kehilangan elektrolit penting melalui kelenjar peluh.

Cara Mengelakkan Kaki Kejang


 
Cara terbaik untuk mengelakkan kaki kejang adalah dengan makan makanan yang sihat dengan pelbagai jenis makanan semulajadi yang penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh badan. Jika sukar untuk mendapatkan makanan sihat yang penuh dengan nutrien, kita boleh gantikan dengan suplemen atau vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan.

Untuk mengelakkan kejang kaki, boleh amalkan beberapa perkara di bawah:
 
  1. Mengisi cecair dan elektrolit yang hilang dengan minum banyak air atau minum minuman isotonik. Minuman isotonik tanpa gula adalah yang terbaik, anda boleh dapatkan produk Shaklee iaitu Performance Drink bagi menggantikan minuman isotonik yang bergula.
  2. Melengkapkan nutrisi dengan pengambilan suplemen Shaklee iaitu vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix (Kalsium, Magnesium dan Vitamin D).
  3. Banyakkan bersenam.
  4. Dapatkan sinaran matahari beberapa minit setiap hari terutama di waktu pagi.
vitamin elakkan kaki kejang pengedar shaklee putrajaya

Diharap dengan penulisan kali ini dapat membantu masalah kerap kejang kaki di kalangan kita.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, November 6, 2014

Rawat Buasir Dengan 3 Vitamin Shaklee

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

cara rawat buasir set buasir pengedar shaklee putrajaya


bisa buasir set buasir pengedar shaklee putrajaya

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan juga buasir luaran. Mari kita bezakan apa yang dimaksudkan dengan buasir dalaman dan apa yang dimaksudkan dengan buasir luaran.

Buasir Dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Tanda-tanda Dan Gejala-gejala

Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit

Sumber: Buasir

Rawat Buasir Dengan 3 Vitamin Shaklee

1. Omega Guard
 
set buasir pengedar shaklee putrajaya

Omega Guard Shaklee membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak akibat dari tekanan otot dubur. Biasanya pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

2. Zinc Complex
set buasir pengedar shaklee putrajaya

Zinc berfungsi untuk menyembuhkan luka akibat dari buasir. Selain itu, zinc juga memberikan kelegaan dari ketidakselesaan atau kerengsaan dubur dan gatal akibat dari buasir ini.

Zinc selamat jika dimakan oleh wanita hamil dan ibu menyusukan bayi bagi merawat buasir.

3. Ostematrix
set buasir pengedar shaklee putrajaya

Buasir disebabkan oleh kekurangan sumber nutrien yang mencukupi yang menyebabkan kelemahan dalam sistem peredaran darah. Suplemen seperti kalsium atau suplemen Shaklee iaitu Ostematrix sangat membantu dalam mengurangkan masalah buasir.

Dengan pengambilan kalsium, ia akan membantu memperkuat pembuluh darah dan memudahkan pergerakan usus. Perkara ini dapat mengelakkan terjadinya buasir.

Sebelum merawat buasir, kita terlebih dahulu perlu mengambil berat kepada sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Jika merasa sakit pada bahagian perut, kemungkinan kita kekurangan magnesium. Magnesium boleh di dapati dari makanan seperti sayuran berdaun hijau, tomato, roti gandum, badam, daun pasli, kacang, zaitun, kentang, plum, labu, dan lain-lain. Atau dengan cara yang mudah iaitu Magnesium yang boleh di dapati dari suplemen Shaklee. Ostematrix dapat membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan proses pembuangan air besar.


Selain dari mengamalkan suplemen Shaklee, kita juga harus menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk mencegah buasir. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diamalkan bagi mencegah buasir:
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee pengedar shaklee putrajaya


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, November 4, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Yang Mengalami Penyakit Istihadhah

Wanita yang mengalami istihadhah akan mengalami pengeluaran darah setiap hari. Ini boleh menganggu tahap kesihatan mereka. Ok sebelum tu mari kita baca dulu apa yang dimaksudkan dengan istihadhah.

Apa itu Istihadhah?

Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.

Secara mudah, darah istihadhah terdiri daripada enam jenis:
  1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh terpendek haid.
  2. Darah yang keluar melebihi tempoh terpanjang masa haid.
  3. Darah yang kurang daripada tempoh terpendek nifas.
  4. Darah yang melebihi tempoh terpanjang nifas.
  5. Darah yang keluar melebihi kebiasaan haid dan nifas yang telah lepas (melebihi kebiasaan tempoh terpanjang keduanya)
  6. Darah yang keluar daripada bahagian bawah rahim kanak-kanak yang belum mencapai umur sembilan tahun.
Sumber: SINI

Doa Rawatan Penyakit Istihadhah

1. Baca Ruqyah Syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk Ruqyah Istihadah ini adalah Ayat 38 Surah Yaasin dan Surah Al Masad.

Niat ketika membaca surah ini:  “Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah.”

Berikut adalah senarai ayat-ayat Ruqyah Syari’ ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-‘Araf 54-56
9 Al-‘Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

2. Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rebus bersama air Ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air Ruqyah.



3. Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis…

Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!

Sumber: SINI


Biasanya mereka yang mengalami istihadhah ni akan kelihatan pucat.Ye la kan, darah keluar setiap hari. Terdapat beberapa vitamin yang boleh membantu untuk meningkat kesihatan untuk wanita yang mengalami istihadhah ini. Vitamin-vitamin ini bertujuan untuk membantu menghasilkan semula darah merah, membetulkan hormon dan memberikan tenaga kepada wanita yang mengalami istihadhah ini.

Di ingatkan bahawa vitamin-vitamin ini bukan untuk merawat tetapi untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan. Jika diberikan kesembuhan semasa mengambil vitamin-vitamin ini ianya satu bonus.

Vitamin Shaklee Untuk Yang Mengalami Penyakit Istihadhah

1. Gla Complex: Ia membantu untuk membetulkan hormon wanita.
2. Vita Lea : Membantu untuk menghasilkan sel darah merah.
3. B Complex: Membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam badan disamping memberikan tenaga untuk badan


Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Cara Order  :

cara order shaklee


Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, November 3, 2014

Tiada Vitamin D Dari Susu Bukan Tenusu

Tidak semua kanak-kanak minum susu yang sumbernya adalah susu kambing atau susu lembu. Terdapat kanak-kanak yang alahan dengan susu kambing atau susu lembu. Ibu bapa menggantikan minuman bukan tenusu, seperti badam, soya, atau susu beras, untuk anak-anak yang mempunyai alahan susu tenusu. Sesetengah ibu bapa percaya minuman ini mempunyai manfaat kesihatan walaupun untuk kanak-kanak yang boleh minum susu biasa. Tahukah kita yang tiada vitamin D dari susu bukan tenusu?

Kepentingan dan Sumber Vitamin D

Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium, yang sangat penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia biasanya dihasilkan oleh tubuh selepas kulit terdedah kepada cahaya matahari.Pengeluar susu juga menambah vitamin D ke dalam produk tenusu mereka.

Kanak-kanak yang tidak boleh minum susu lembu atau ibu bapa yang memilih susu bukan lembu untuk anak-anak mereka perlu diingatkan bahawa tahap vitamin D mereka mungkin lebih rendah daripada kanak-kanak lain.

Jumlah Vitamin D  Yang Diperlukan oleh Kanak-Kanak
 
Kanak-kanak memerlukan sejumlah vitamin D dalam sumber makanan harian. Biasanya vitamin D diperolehi dari susu lembu atau dihasilkan oleh tubuh selepas kulit terdedah kepada cahaya matahari. Jumlah vitamin D yang diperlukan oleh kanak-kanak adalah seperti jadual di bawah:

jadual vitamin D pengedar shaklee putrajaya

Vitamin D Shaklee

Biasanya vitamin D dikaitkan dengan Kalsium. Kenapa? Kerana vitamin D diperlukan bagi membolehkan kalsium diserap untuk tulang dan gigi. Produk Shaklee yang popular dengan vitamin D adalah Ostematrix.  Kandungan vitamin D dalam setiap kapsul Ostematrix adalah 100 IU.

Jadi, kanak-kanak memerlukan 1000 IU vitamin D sehari. Jumlah ini boleh di dapati dari susu ataupun dihasilkan oleh badan selepas tubuh selepas kulit terdedah kepada cahaya matahari. Jika merasa kekurangan vitamin D bolehlah menambahnya dengan memakan Ostematrix.




OsteMatrix Bukan Sekadar Kalsium

OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Jika ingin memberikan vitamin D dari produk bukan tenusu, Ostematrix amatlah sesuai.


Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, October 26, 2014

Fungsi dan Faedah Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia adalah vitamin larut air. 



Fungsi Vitamin C Dalam Badan

Vitamin C melakukan dan menyokong banyak fungsi penting dalam di dalam tubuh kita. Fungsi-fungsi penting vitamin C adalah seperti berikut :
  • vitamin C adalah nutrien yang penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan kolagen dalam tubuh, yang diperlukan untuk pertumbuhan, kesihatan, dan pembaikan tulang, tendon, dan tulang rawan.
  • vitamin C berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan kesan-kesan tekanan oksidatif dalam badan.
  • vitamin C memainkan peranan penting dalam fungsi otak dengan mengambil bahagian dalam sintesis norepinephrine, neurotransmitter.
  • vitamin C juga penting untuk pembentukan lapan enzim yang berbeza yang membantu mengawal berbagai proses kimia badan, dan ia adalah antioksidan kuat yang melindungi kesihatan dan integriti sel.
  • vitamin C memainkan peranan penting dalam sintesis carnitine, yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga.
  • vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi heme, yang merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sebahagian daripada darah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Vitamin C adalah nutrisi yang agak lembut. Ia terurai pada suhu 190 darjah Celsius. Oleh itu, vitamin C boleh musnah dengan suhu yang sangat panas atau dengan cara memaasak menggunakan suhu yang tinggi seperti merebus, memanggang, atau menggoreng.

Merebus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C tidak akan memusnahkan nutrien, tetapi ia tidak mudah dikeluatkan ke dalam air. Jika air yang dibuang, manfaat nutrisi yang hilang.
   
Sumber Vitamin C.

Vitamin C boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tinggi vitamin C termasuk:
  •      kiwi
  •      betik
  •      buah-buahan sitrus (oren, limau, lemon, anggur, dan lain-lain)
  •      parsley
  •      brokoli
  •      kentang
  •      pisang
  •      lobak

Beberapa jenis daging juga mengandungi sejumlah kecil vitamin C, terutama hati dan tiram, dan ia boleh didapati dalam pelbagai jenis susu, termasuk susu ibu.

Dos Yang Disyorkan

  • Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 90 mg setiap hari dengan had atas tidak melebihi 2,000 mg.
  • Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 75 mg setiap hari dengan had atas tidak melebihi 2,000 mg.
  • Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 85 mg setiap hari dengan had atas tidak melebihi 2,000 mg.
  • Perokok memerlukan sekurang-kurangnya 35 mg setiap hari lebih daripada yang tidak merokok.

Bagi individu yang tidak mendapat cukup Vitamin C melalui pemakanan biasa mereka, nutrien ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk tambahan, termasuk kapsul, tablet, serbuk minuman, bersama-sama dengan multivitamin spektrum yang luas. Malah, vitamin C adalah makanan tambahan yang paling banyak diambil di dunia, dan ia sering ditambah kepada bijirin yang diperkaya, minuman, dan roti juga.

Pada masa yang sama, terlebih dos Vitamin C boleh menghasilkan kesan sampingan yang tidak sihat seperti cirit-birit, loya, insomnia, dan sakit kepala. Individu yang berbeza boleh membangunkan gejala-gejala ini pada tahap dos yang berbeza berdasarkan kadar penyerapan nutrien.

Faedah Kesihatan


Beberapa fakta yang paling menarik tentang Vitamin C adalah berkaitan dengan manfaat sejagat hampir untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Selain sifat pemeliharaan tubuhnya, Vitamin C mempunyai pelbagai manfaat kesihatan tambahan, termasuk:
  •      Mengurangkan risiko untuk kanser tertentu
  •      meningkatkan kolesterol
  •      Peningkatan bilangan sel darah putih
  •      Mengawal alergi dan maklum balas autoimun
  •      Meningkatkan pengawalan tahap glukosa darah
  •      Melindungi terhadap penurunan kognitif
  •      Mengurangkan risiko mendapat katarak

Dengan pelbagai manfaat kesihatan, dos besar vitamin C telah digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan eksperimen untuk kanser terminal yang berbeza, AIDS, dan penyakit lain.

Individu Yang Berisiko Uuntuk KekuranganVitamin C

Jika kita makan makanan yang sihat dan pelbagai yang terdiri dari susunan buah-buahan dan sayur-sayuran, tidak mungkin kita akan mengalami kekurangan vitamin C. Walau bagaimanapun, orang-orang tertentu mungkin lebih berisiko untuk kekurangan vitamin C daripada yang lain termasuk:
  •      Perokok
  •      Orang-orang sering terdedah kepada asap rokok
  •      Orang dengan gangguan malabsorption
  •      Orang yang mempunyai diet yang sangat terhad
  •      Bayi yang diberi susu lembu sebagai sumber utama nutrien

Sihat Dengan Vitamin C Shaklee

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan kita, dan cara mudah untuk mendapatkannya adalah makan suplement Vitamin C Shaklee. Dos yang disediakan dalam setiap tablet adalah sangat-sangat bersesuaian dengan keperluan tubuh badan kita. 


Sustained Release Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg kandungan vitamin C dalam setiap tablet. Walaupun dos 500mg tetapi ia akan mengeluarkan 100mg sahaja pada setiap jam bersesuaian dengan fungsi tubuh yang hanya menampung sedikit dos vitamin C pada satu-satu masa. Jadi, vitamin C shaklee yang kita makan tidak akan berlaku pembaziran. Dan tubuh kita mendapat cukup bekalan vitamin C pada satu masa tertentu.


Chewable Vitamin C Shaklee pula mengandungi 100mg kandungan vitamin C dalam setiap tablet. Kita hanya perlu makan sebiji pada satu-satu masa. Ia tidak mempunyai 'sustained release'. Jadi sebiji sudah cukup pada satu masa. Jika kita mahu dapatkan bekalan 300mg vitamin C, jarakkan sekurang-kurangnya sejam pengambilan, atau lebih baik kita jadualkan cara pengambilan iaitu sebiji pagi, sebiji tengah ahri dan sebiji malam. Kandungan vitamin C dalam Chewable Vita C ini bersesuaian dengan kanak-kanak. Jadi vitamin c ini popular di kalangan kanak-kanak kerana ianya boleh dikunyak begitu sahaja. 

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, October 25, 2014

Makanan Yang Melindungi Payu Dara

Makanan Yang Melindungi Payu Dara
Sumber: iSihat Oct 2014

Beri biru, brokoli dan walnut diketahui sebagai makanan super untuk menentang penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan. Namun terdapat pilihan makanan terbaik bagi anda yang memiliki sasaran tertentu. Kajian terbaru mendedahkan sayuran terbaik untuk merendahkan risiko daripada kanser dan penyakit kardiovaskular sehingga makular degenerasi dan osteoporasis. Di bawah disenaraikan makanan terbauk untuk melindungi aser wanita yang paling berharga sempena Bulan Kanser Payu Dara.

BUNGA KOBIS

Sayuran daripada keluarga Brasaiccaceae ini mengandungi sulforaphane, yang berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian di makmal dengan cara mengganggu keupayaan sel untuk membiak.

Ia juga mengandungi bahan yang dikenali I3C, yang merendahkan paras estrogen yang berkemungkinan menggalakkan tumor berkembang. Cara memasak yang dicadangkan adalah sama ada memanggang atau stim. Jangan sesekali merebusnya kerana 75% bahan penentang kanser akan larut dalam air yang digunakan untuk merebus.

UBI KELEDEK

Sebiji ubi keledek sepanjang 5 inci mengandungi 11,062 mg beta karotenoid yang membantu tubuh mengggunakan estrogen dengan lebih baik. Penyelidikan dan Kajian Kesihatan Wanita, Universiti New York mendapati, wanita yang memiliki paras beta karoten dan karotenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payu dara, berbanding wanita yang tinggi paras bera karoten dan karotenoid dalam darah.

SOS TOMATO

Kajian menunjukkan likopen, antioksida yang berkuasa di dapati dalam tomato berupaya menentang kanser payu dara dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel. Kajian membuktikan likopen menghalang pertumbuhan kanser payu dara.

Bukan itu saja, ia membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca dari kesan pendedahan cahaya matahari. Likopen lebih mudah diserap ke dalam tubuh apabila terdedah kepada haba, jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanting mentah. Likopen adalah larut lemak, oleh itu campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.



Satu produk yang bagus untuk pesakit kanser adalah VIVIX Shaklee. Ye walaupun harganya sedikit mahal tetapi fungsi yang terdapat dalam vivix sangat bagus untuk pesakit kanser. Vivix membantu dalam pembaikan sel. Ia melindungi dan membaiki sel DNA. 

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Gejala Kekurangan Protein dan Atasinya Dengan Pengambilan ESP Shaklee

Gejala Kekurangan Protein dan Atasinya Dengan Pengambilan ESP Shaklee
 
Gejala kekurangan protein adalah tanda-tanda awal bahawa diet/pemakanan kita mungkin kekurangan protein yang lengkap. Apabila badan tidak mendapat nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik, ia memberi anda isyarat bahawa ada sesuatu yang salah. Perhatikan tanda-tanda ini dan dapatkan bantuan perubatan jika mengalaminya.

Sesetengah orang mengalami gejala kekurangan protein disebabkan oleh kekurangan pengambilan protein. Diet terhad, kurangnya pengetahuan tentang nutrisi, dan kemiskinan juga boleh menyumbang kepada kekurangan protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan batu karang, arthritis, dan kemerosotan otot, serta masalah jantung. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang paling biasa.

Bahkan dengan berbagai-bagai sumber protein yang tersedia, sesetengah orang mengalami gejala kekurangan protein disebabkan oleh kekurangan pengambilan protein. Diet teruk terhad, kurangnya pengetahuan tentang nutrisi, dan bahkan kemiskinan boleh menyumbang kepada kekurangan protein. Kekurangan protein adalah apa-apa untuk main-main dengan baik; kekurangan boleh menyebabkan batu karang, arthritis, dan kemerosotan otot, serta masalah jantung. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang paling biasa.

Edema

Edema adalah kumpulan cecair di bawah kulit, yang paling sering menyerang kaki, kaki, dan pergelangan kaki malahan juga boleh berlaku di mana-mana badan. Protein adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan air di dalam badan. Tanpa protein, badan tidak boleh menyimpan air dengan betul.

Berat Badan

Penurunan berat badan yang teruk adalah salah satu gejala dari kekurangan protein. Ia boleh dikaitkan dengan pembaziran otot. Otot badan akan rosak, dimana kebiasaannya kita akan lihat orang yang turun berat badan secara mengejut, kulit dan otot akan menggeleber.

Rambut Gugur dan Rapuh

Rambut gugur dan penipisan rambut atau rapuh juga boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut terdiri daripada protein, maka kekurangan protein boleh menyebabkan rambut semakin kurang yakni gugur dan menjadi rapuh. Oleh itu jumlah protein yang cukup amat diperlukan untuk kekal sihat.

Garis Putih di Kuku

Garis putih di kedua-dua jari dan jari kaki kuku boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Garis putih yang berjalan dari atas ke bawah pada kuku boleh menunjukkan kekurangan protein yang sedang dialami. Manakala garis putih yang berjalan melintang mungkin menunjukkan kekurangan yang kini telah berlalu.

Kulit Pucat

Kulit yang kehilangan pigmen dan mudah terbakar di bawah sinar matahari boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi, dan juga protein. Lazimnya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, dan protein adalah perlu untuk badan untuk menggunakan zat besi dengan betul. Anemia atau kekurangan zat besi boleh menyebabkan kulit pucat.

Ruam Kulit

Ruam kulit, mungkin disertai kulit kering atau mengelupas adalah gejala kekurangan protein. Ruam ini adalah disebabkan oleh kekurangan protein melampau dan boleh menyerupai ekzema atau gatal-gatal kulit kering.

Lemah dan Lesu

Lemah dan kelesuan mungkin disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Dari masa ke masa, badan anda akan mula memecahkan tisu otot, yang boleh membawa kepada perasaan lemah atau keletihan.

Penyembuhan Luka Menjadi Lambat


Asid amino, blok binaan protein, sangat penting dalam penyembuhan luka. Apabila luka sembuh dengan sendiri, ia perlu untuk memperbaiki atau menghasilkan tisu baru. Tisu-tisu ini menggunakan asid amino dalam pembaikan, dan kekurangan protein boleh membawa kepada proses penghasilan tisu yang lebih perlahan.

Kesukaran Tidur

Kesukaran untuk tidur boleh disebabkan oleh kekurangan serotonin, yang disebabkan oleh kekurangan asid amino tertentu. Asid amino dihasilkan apabila protein dipecahkan, dan diet/pemakanan dengan protein yang tidak cukup boleh membawa kepada kesukaran untuk tidur.

Sakit Kepala

Sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak punca, termasuk kekurangan protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan sakit kepala yang merupakan punca kepada Anemia dan darah rendah.

Pengsan

Pengsan dan badan lemah mungkin disebabkan oleh kekurangan protein juga. Ini mungkin disebabkan oleh gula darah yang rendah atau untuk keperluan badan untuk memecahkan tisu otot untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan.

Gejala lain

Tidak semua gejala kekurangan protein adalah fizikal. Ada yang boleh menyebabkan emosi atau mental terganggu, termasuk yang berikut:
  •      Mudah tersinggung, kemurungan 
  •      Masalah dengan penyelesaian konflik
  •      kemurungan yang teruk
  •      kegelisahan
  •      Kekurangan tenaga, tidak ada keinginan untuk melakukan sesuatu perkara

Jika anda mengalami gejala-gejala ini, berjumpalah dengan doktor utama anda secepat mungkin untuk membuat ujian. Ia hanya  satu ujian darah yang mudah untuk menentukan sama ada kekurangan protein atau tidak. Pastikan anda memberitahu doktor  jenis protein anda sedang makan, dan berapa jumlahnya. Rawatan untuk kekurangan protein adalah mudah, tetapi kekurangan protein pertama harus benar didiagnosis oleh doktor. Jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai kekurangan protein, jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan. 


Jika anda ingin mengelakkan kekurangan protein dan merawat kekurangan protein, boleh amalkan pengambilan protein Shaklee iaitu Energy Soy Protein Shaklee. Ianya adalah sumber protein terbaik yang mana ESP shaklee:
 
  • semulajadi, sumber Non-GMO soya
  • glisimek index rendah
  • 14g protein setiap hidangan
  • mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang lengkap
 
Asid amino perlu= asid amino yang tidak dihasilkan dalam badan manusia dan mesti diambil dari makanan.

 
ESP adalah protein berkualiti tinggi dari tumbuhan.
 
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
 

Shaklee ESP:

  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

 
Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee dan kecantikan dengan set penjagaan wajah Shaklee, hubungi saya segera. 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di Daily Vitamin Shoppe

Salbiah Karim : 012.2929.306
SID 954066 FB:  Salbiah Karim 

Pengedar Shaklee di Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:

Pengedar Shaklee di Putrajaya
Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan
Pengedar Shaklee di Pekan Sg Besi
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi 
Pengedar Shaklee di Serdang
Pengedar Shaklee di Kajang

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi: Puan Azza  / Puan Fiza
Pengedar Shaklee Seremban : Puan Maizun
Pengedar Shaklee Terengganu : Puan Wani
Pengedar Shaklee Perlis : Puan Zuraidah
  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER