>

Thursday, December 12, 2013

KEGUNAAN COQ10



Hai semua.. Hari ni saya nak kongsikan info berkaitan kegunaan Coq10 ini. 

shaklee putrajaya


APA ITU COQ10

Coq10 merupakan bahan semulajadi yang menyerupai vitamin. Ianya dijumpai di dalam setiap sel tubuh badan kita dimana tubuh badan kita menghasilkan Coq10 ini sendiri. Ia berfungsi sebagai pemangkin untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk pembesaran sel dan pemulihan sel yang rosak. Coq10 juga bertindak sebagai antioksidan di mana ia melindungi sel daripada kerosakan oleh molekul yang merbahaya. Coq10 secara semulajadi di dalam kuantiti yang kecil di dalam pelbagai sumber makanan, namun kandungannya yang tinggi terdapat di dalam organ haiwan seperti hati, jantung, buah pinggang. daging, minyak, soya mackarel dan kekacang.

KEGUNAAN COQ10

Ujian klinikal yang telah dijalankan beberapa tahun yang lalu menunjukkan Coq10 ini amat berkesan di dalam:
  • menghasilkan paras tenaga
  • merawat sakit jantung
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • menterbalikkan penyakit periodantal (reverse periodontal disease)
  • menggalakkan aktiviti antioksidan
  • menghalang beberapa kesan sampingan dadah umum yang biasa digunakan
Dengan kesan peningkatan tekanan/stress dan penyakit kronik yang berterusan berlaku pada kehidupan moden, orang ramai telah mula sedar dan mula beralih kepada makanan tambahan/suplement yang penting kepada kesihatan yang baik.

Adalah penting untuk memahami tentang Coq10 ini terdapat dalam 2 bentuk iaitu:
  1. Semulajadi 
  2. Sintetik
Semulajadi adalah terbaik kerana bentuknya menyamai seperti yang dihasilkan oleh tubuh badan. Coq10 sintetik adalah dihasilkan secara proses kimia di dalam makmal yang diambil daripada tembakau.

Sumber: Total Health Communication 2003

Coq10 shaklee



Jika anda berminat untuk mendapatkan Coq10 Shaklee ini boleh hubungi saya, Pengedar Shaklee Putrajaya. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment