>

Wednesday, December 18, 2013

ENTRY CHALLENGE : DAY 4


Yuhuuu... Assalamualaikum
Ada sesapa yang tertunggu2 entry untuk hari ke 4? Sorry lambat sket untuk buat entry hari ke 4 ni. Kekangan tugas opis minggu lepas.
Ok da... tak nak banyak merapu. Untuk hari ke 4 entry yang perlu di siapkan adalah

day 4: All about your parents

Wujudnya saya di muka bumi ini kerana 2 insan yang bertuah ini. Ibu dan ayah saya. Panggilan untuk ibu saya 'Ma' dan untuk ayah 'Bak'


Ok saya mulakan dengan Ma saya. Ini Ma saya. Yang kat belakang tu ye, bukan yg depan, hihi. Orang kampung semua panggil Kak Ton sebab nama dia Kutom bt Musa. Unik kan namanya. Kalo golongan budak2 mmg akan panggil ma saya dengan gelaran 'ma' jugak. Umurnya dah 55 tahun pada tahun ni. Nenek kepada 3 org cucu.Pendidikan hanya sampai form 2/3. Memang dari keluarga susah. Ramai adik badik. Dulu masa ktorg kecik2 beliau adalah seorang suri rumah. Bila kami semua dh masuk skolah beliau mula kerja. Macam2 kerja dilakukan. Sebab kami bukan org senang. Ibarat kais pagi makan pagi. Kalo tak kais, makan ape yang boleh dipetik sekeliling rumah. Haha, Sadiskan. Kami memang org susah suatu ketika dulu. Bila adik yang bongsu tu masuk darjah 1, ma saya memulakan bisnes kantin skolah. Beliau mmg suka masak. Hampir 7 8 tahun juga berniaga kantin skolah. Memang tak boleh dipisahkan dgn memasak. skrg pon berniaga kedai kopi, sarapan pagi, makan malam di kampung. Hobi beliau masak, makan dan bunga.




Ini plak bak saya. Umur dh 60 tahun. Namanya Karim bin Adam. Dari beliau kecik memang merantau ke pelusuk negeri mencari sesuap nasi. Memang jarang balik umah masa ktorg kecik2 dl. Balik sama ada sebulan skali atau 2 bulan skali atau 3 bulan skali. Memmang kerjanya merantau untuk mencari rezeki. Nak tau keje beliau?



Beliau bawak excavator. Memang kerja berdasarkan projek pada 1 tempat. Habis projek ke projek lain plak. Sebab tu kena merantau. Buat tapak hihgway, buat tapak lapangan terbang langkawi, tapak lapangan terbang pulau redang, timbus lolam kat genting highland. banyak la x ingt dh. Ktorg hanya duk umah ngan ma sahaja. Dan ma saya adalah superwoman, hebat x? kih kih. Pun dari keluarga susah. Di ibaratkan kami ni dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Tapi alhamdulillah dengan rezeki yang Allah swt kurniakan kami 5 beradik tidak pernah lagi kelaparan. Sekarang masing2 dah kerja untuk mengubah nasib keluarga. Kami x mau mewarisi kesusahan org tua. Kalo boleh mahu berikan yang terbaik untuk kedua ibu bapa saya.


Saya doakan semoga mereka berdua panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Pengorbanan mereka tiada nilai ganti.

Nak join keluarga Shaklee kami? Ketahui cara2nya. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pengedar Shaklee Putrajaya
Salbiah Karim 012.2929.306
SID 954066

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment