>

Friday, December 13, 2013

ENTRY CHALLENGE : DAY 3

Masuk hari ke 3 untuk ENTRY CHALLENGE. Topiknya adalah...

day 3: A place or thing that you are in love with. (Pick one)

Suka tajuk ni, boleh berangan-angan. Feeling2 berada semula di suatu tempat yang kita suka n jatuh cinta. Ha nak tau tak tempat ape yang saya jatuh cinta tu? Haha. Saya ni bukan kaki travel, tapi bila dapat berjalan2 tu rasa seronok sangat2. Cam katak keluar dari tempurung. Haha.

Satu-satunya negara orang yang saya pernah jejak. JEPUN. Siapa pergi sana memang rasa kagum la. Kagum sebab negara nya amatlah bersih. Memang tak nampak sampah atas jalan. Rakyat plak sangat la baik dan jujur. Maybe sebab budaya dan mentaliti diorang dah ditanam sejak lahir kot. Pegi pasar pon tak bau hanyir ikan langsung. Pasar diorang bersih jer. Memang kagum la.



Saya pegi ni pon sebab follow husband ade keje di sana. Jabatan diorang adakan interview di sana, dapat la menumpang skali. Semuanya ditanggung kecuali tiket flight untuk diri sendiri. Dapat la kenal negara orang. kalo nak pegi sendiri maybe bila dah usia 40 ke atas gamaknya. Tu pon insya allah jika ada rezeki.



Apa yang menarik di sana?  Kerajaan dia sangat la komited dalam melaksanakan undang2. No cetak rompak or imitation. Hoho. Orang disana boleh dikatakan giler fesyen jugak. Nenek2 pon pakai LV uu. kelass. Memang semua original. Kalo pompuan mesti suka Noritake kan? Sana sangat2 murah compare Malaysia. Set dinner riban2 sini kat sana blh dapat rm900 je convert duit malaysia. Kebetulan pegi masa Golden Week memang sale la kan.



Makanan kat sana pon best2 dan berkhasiat. X de lemak2. Patutla kat sana warga emas masih cergas. Makan pon sedap2 jer.




Kalau ke sana tak sah kalo tak ke gunung fuji kan? Pegi pon salji dh mencair. Dapatla pegang salji walaupon dh tinggal sket2. Ktorang plak pegi dh habis musim bunga. Kalo pegi musim bunga pasti sangat2 best kan. Sakura, ye bunga yang ade kat jepun. Dapat la tengok saki baki pokok yang masih ade bunga.


Kalo diberi pilihan, memang nak datang sini lagi. Tapi maybe nak ke Korea dulu. Jalan-jalan sana dulu. Kalo ade rezeki lagi boleh bawak anak2 plak ke Jepun. Memang best dapat melawat negara orang.

Pengedar Shaklee Putrajaya
Salbiah Karim 012.2929.306
SID 954066




Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment