>

Tuesday, December 10, 2013

ENTRY CHALLENGE : DAY 1


Assalamualaikum semua. Sebagai menyahut cabaran 30 days ENTRY CHALLENGE, wujudlah entry blog ni. Katanya salah satu cara utk mengasah bakat menulis di blog. Hehe. Ok kita tengok apa akan jadi ngan blog ni selepas 30 hari nanti. Tajuk yang diberikan amat mudah. Cuma kita perlu bercerita secara santai untuk menarik minat pembaca supaya tak bosan. Harap2 uols semua tak bosan la baca blog saya ni nanti.

Day 1: introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.
Okey, untuk hari pertama amatla mudah kan tajuknya. Citer pasal diri sendiri. Boleh la feeling2 syok sendiri gitew.
Ok, nama saya Salbiah binti Karim. Umur dah masuk 31 tahun dah. Dah berkahwin dan mempunyai keluarga kecil yang terdiri dari suami dan sepasang anak. Suami pon umur dah 32 tahun. Semakin hari semakin tua la kita.... Anak sulung lelaki 5 tahun, dan yang bongsu perempuan dah 4 tahun. Semuanya sihat walafiah di bawah lindungan Allah swt. Mudah-mudahan Allah kekalkan kesihatan kami sekeluarga.
Saya berasal dari negeri Terengganu. Emak dan ayah memang orang Terengganu. Husband pula orang Kedah. Sorang Timur dan sorang Utara. Bertemu lah kami di tengah  bandaraya Kuala Lumpur. Kini menetap di Putrajaya. 
Berjinak2 dengan bisnes Shaklee hujung bulan Mei 2013. Masih agak baru jugak la. Belum sampai setahun jagung kata orang. Tapi insya allah akan terus maju dan berjaya di masa akan datang. Menjadi Pengedar Shaklee Putrajaya dan bekerja di syarikat swasta yang perlu travel hari2 ke tempat keje berdasarkan projek yang ditetapkan oleh syarikat. Pada sesapa yang nak join Shaklee amatlah digalakkan. Join under group kami yang sgt awesome. Memang best. banyak tunjuk akjar yang diberikan. Sape nak join tu meh la reger2 ai kay.
Ok daa...kang banyak plak melalut. Pic saya dan anak-anak yang terkini.
shaklee putrajaya
 
 
 

Klik DISINI untuk ORDER

2 comments: