>

Wednesday, November 20, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA: DHA DAN OTAK


APA ITU DHA?

DHA atau nama saintifiknya asid docosahexaenoic, ialah satu asid lemak omega 3 politaktepu rantai panjang yang selalunya ditemui dalam daging ikan air sejuk , termasuk ikan tenggiri, hering, tuna, halibut, salmon dan hati ikan kod

Terdapat banyak produk makanan mendakwa mempunyai sumber omega 3 yang baik di mana bukan semua omega 3 dihasilkan dengan sama. Terdapat tiga jnis omega 3 iaitu ALA, EPA , dan DHA dengan setiap satu memberikan faedah kesihatan yang berbeza

ALA (alpha-linolenic acid) memberikan sumber tenaga tetapi tidak diketahui kesannya secara langsung kepada fungi dan pembangunan otak atau mata.

EPA (eicosapentaenoic acid) telah dibuktikan menyokong kesihatan jantung.

DHA pula membarikan manfaatkan yang baik kepada otak, mata , dan kesihatan jantung sepanjang hayat. Banyak kajian mengesahkan keberkesanan ini bermula dari bayi hingga ke orang dewasa dengan mendapat bekalan DHA mencukupi

MENGAPA DHA DIPERLUKAN?

DHA ialah salah satu daripada lemak baik yang terdapat diseluruh badan kita. Ianya adalah satu struktur lemak yang bertindak secara langsung kepada tisu-tisu di dalam badan terutamanya yang di otak bagi memastikan sel-sel otak berfungsi dengan sebaik-baik keupayaan. Sama seperti kalsium adalah penting untuk membina tulang yang kuat, DHA memastikan bahawa sel-sel di dalam otak, retina, jantung dan bahagian-bahagian lain sistem saraf dibina dan berfungsi dengan sempurna dari peringkat awal sehingga kita dewasa.

DHA mengandungi sehingga 97% daripada asid lemak omega3 di dalam otak dan 93% daripada asid lemak omega-3 dalam retina. Ia juga memainkan peranan penting dalam proses anti-radang, merupakan komponen utama jantung dan terdapat secara semula jadi di dalam susu ibu.

MAKANAN OTAK?

shaklee putrajaya



DHA adalah seperti nutrisi kepada otak di mana otak dan mata itu mempunyai keperluan yang tinggi kepada DHA untuk berfungsi dengan baik.

Badan kita sentiasa bergantung kepada DHA sepanjang kitaran hayat dan ia adalah penting untuk memastikan bekalan DHA dalam badan kita mencukupi. Walaupun badan boleh menukar DHA daripada pelopor asid lemak (precursor fatty acids), proses ini adalah tidak cekap dan berbeza dari seorang ke seorang.

Badan kita tidak menghasilkan DHA yang diperlukan, oleh yang demikian kita perlu mengambil DHA melalui makanan, minuman atau makanan tambahan (supplement).

Pada tahun-tahun sebelum ini diet makanan kita mempunyai banyak DHA tetapi pada hari ini dengan penggunaan makanan yang telah diproses, dan ikan yang diternak (yang tidak mengandungi tahap yang sama seperti DHA ikan di laut) dan ditambah dengan peningkatan jumlah orang tidak makan dagin (vegetarian) maka kita perlu berbuat sesuatu untuk menambahkan kandungan DHA di dalam diet kita.

Produk Shaklee yang mengandungi DHA untuk otak adalah OmegaGuard. Ianya kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayau mempu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. OmegaGuard juga mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.

pengedar shaklee putrajaya

Untuk dapatkan Omega Guard hubungi saya, Pengedar Shaklee Putrajaya, pengeposan adalah ke seluruh Malaysia.

shaklee putrajaya

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment