>

Sunday, November 17, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : DETOX – APA YANG ANDA PERLU TAHU




Detox – Apa Yang Anda Perlu Tahu


Pengenalan

Konsep detoks sentiasa menarik perhatian orang ramai, dan terdapat pula pelbagai kaedah detoksifikasi telah diamalkan sejak zaman purba. Kita selalu mendengar dan membaca tentang detoks ini, jadi apakah sebenarnya detoks ini? Detoks bermaksud satu proses mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Ginjal, hati, dan usus dapat diumpamakan pusat penyimpanan racun dan perlu dikeluarkan dari tubuh badan kita.

Walaupun detoks ini dianggap sebagai terapi alternatif dalam zaman perubatan moden, ia lebih mudah digambarkan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan keadaan kesihatan yang lebih teruk akibat daripada pengumpulan jangka panjang toksin.

Kebanyakan orang menganggap bahawa toksin berpunca dari pencemaran persekitran seperti dari udara, air, racun perosak, alkohol dan makanan tambahan yang tercemar. Anda jangan terkejut bahawa badan kita sendiri turut menghasilkan toksin sebagai akibat dari produk proses metabolik.

Oleh yang demikian, semua orang akan memerlukan beberapa bentuk detoks bagi mencapai kesihatan yang optimum. Helahnya adalah untuk mendapatkan detox yang betul.

Dilema Detoks

Salah satu bahaya detoks ini adalah berlebih-lebihan dalam melakukannya. Badan kita mengumpulkan toksin secara semulajadi dari semasa ke semasa maka dengan itu detoks turut perlu dilakukan secara berkala secara berstruktur dari semasa ke semasa. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan kesihatan yang baik, ketidakprihatinan kepada detoks boleh turut membahayakan kesihatan anda.

Satu program detox yang baik tidak hanya memberikan tumpuan kepada pemakanan sahaja, tetapi juga melibatkan pembersihan kepada emosi dan mental. Tekanan merupakan penyumbang utama bagi pembentukan radikal bebas (free radicals) dalam badan, dan program detoks holistik perlu digabungkan untuk pembersihan dalaman dan luaran tubuh kita.

Satu nasihat yang baik dari saya ialah, sebelum anda memulakan program detoks, adalah amat baik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda terutamanya jika anda sedang mengambil ubat (medication) atau lain-lain bentuk terapi. Malah jika anda melakukannya hanya untuk mendapatkan bentuk kesejahteraan kesihatan yang lebih baik, doktor anda akan dapat menasihati anda sama ada pilihan detoks anda adalah tepat atau mencadangkan alternatif yang sesuai dengan anda yang lebih baik.

Juga, haruslah ingat bahawa detoks bukanlah untuk semua orang. Anda tidak digalakkan untuk detoks jika anda tua, mengandung, menyusu, kekurangan berat badan atau mempunyai tekanan darah tinggi atau rendah.

Toksin

Individu dengan tabiat pemakanan yang tidak terurus, hidup dalam tekanan, gaya hidup yang tidak aktif, berpenyakit atau tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum arak, sistem perkumuhan tidak dapat menyingkirkan toksin dengan cepat dan cekap. Pada masa yang sama, tubah badan kita terdedah kepada toksin luaran atau molekul yang tidak wajar setiap hari. Apabila badan sudah dipenuhi dengan toksin, ia tidak lagi mampu untuk mengendalikan toksin (luar dan dalam) dengan berkesan lagi.

Toksin ini boleh menjejaskan hormon, kromosom dan sistem imun di dalam badan, mewujudkan ketidakseimbangan dalam sistem badan. Toksin yang terus berkumpul di dalam badan akan memembawa kepada satu keadaan yang dipanggil toxaemia, yang merupakan punca kebanyakan penyakit kronik.

Adakah saya perlu detoks?

Beberapa tanda biasa yang menunjukkan anda mungkin perlu detoks seperti kelesuan berpanjangan, jangkitan kulit atau keradangan, sembelit, pedih ulu hati, kembung perut dan jangkitan penyakit yang kerap. Selain daripada melihat kepada tanda-tanda klinikal, salah satu petanda lain bahawa tubuh anda memerlukan detoks adalah berdasarkan tabiat gaya hidup anda. Jika diet anda terdiri terutamanya daripada makanan diproses dan segera(fast food), atau anda merokok atau kerap mengambil alkohol, detoks yang boleh membantu badan anda untuk pulih sebelum serangan penyakit kronik.

Selepas melakukan detoks, anda mungkin akan merasa sedikit lemah dan gejala kadang-kadang boleh menjadi lebih teruk, tetapi jangan bimbang kesan ini adalah sementara. Dalam jangka panjang, detoks tetap akan meremajakan badan, minda dan semangat, memberi anda rasa yang lebih baik kesejahteraan dan kebahagiaan!

Rujukan : StarFit4Life 10 November 2013

Bagaimana Shaklee Membantu Anda untuk Detoks?

1. Super Detox Set (Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic)

shaklee putrajayashaklee putrajayashaklee putrajaya

Set lengkap detox terdiri daripada Alfalfa Complex, DTX Complex dan juga Garlic. Ia merupakan set lengkap yang berfungsi untuk:

  • meningkatkan kesihatan hati
  • menyingkirkan toksin berbahaya
  • meningkatkan seri wajah
  • meningkatkan sistem imune badan. 

Alfalfa Complex kaya dengan pelbagai jenis zat  termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Ia berkesan untuk detox seluruh badan.

DTX Complex yang berfungsi sebagai detox hati. memberikan perlindungan kepada hati dengan menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

Garlic yang berfungsi untuk detox darah dengan membantu peredaran darah yang lancar dan baik. Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah. Paling penting ia meningkatkan sistem imunisasi badan.

2. Herblax
shaklee putrajayaDetox usus yang paling digemari oleh pengguna Shaklee. Ia melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Berfungsi sebagai julap lembut untuk kegunaan sekali sekala. Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semula jadi tubuh badan.







Kepada yang ingin melakukan detox boleh mengambil set di atas. Jika ingin detox usus, herb-lax paling digemari oleh pengguna shaklee. Boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment