>

Sunday, November 10, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : CEGAH ANEMIA



TAHUKAH ANDA?

Perempuan atau golongan wanita mudah mendapat anemia kerana kehilangan darah disebabkan kedatangan haid pada setiap bulan.

TAHUKAH ANDA ANEMIA MENYEBABKAN ANDA KURANG CEMERLANG?

Apabila anda mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin di dalam sel darah merah adalah pengangkit oksigen dan zat makanan ke otak dan seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optima.

Anemia akan menyebabkan anda mengalami:

  • Kurang daya tumpuan 
  • Kurang cergas dan cerdas
  • Mudah letih dan mengantuk
  • Merasa lesu
  • Mudah pitam


ADAKAH ANDA MENGALAMI ANEMIA?

Anda mengalami anemia sekiranya:
  • Pucat terutama di bibir dan kelopak mata
  • Sering lesu dan mengantuk
  • Mudah berdebar-debar
  • Bentuk kuku berubah
  • Rambut mudah putus/gugur
  • Kerap pening/pitam

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, dapatkan pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan berhampiran.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENCEGAH ANEMIA?

Anemia boleh dicegah dengan makanan makanan tinggi kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi:

BAIK - kismis, sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan
LEBIH BAIK - daging, ayam, ikan, sotong, ikan bilis
PALING BAIK - kerang, hati ayam, hati lembu, paru lembu

BERAPA BANYAK SUMBER ZAT BESI YANG PERLU ANDA MAKAN DALAM SEHARI?

Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan yang kaya zat besi sari sumber haiwan setiap hari. Ini kerana penyerapan zat besi dari sumber haiwan adalah lebih baik.

PILIH MAKANAN YANG KAYA ZAT BESI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Sumber zat besi
  • Daging (2 keping saiz kotak mancis) 
  • Hati lembu (1 ketul saiz kotak mancis)
  •  Ikan bilis (5 sudu makan tanpa kepala)
  •  Ayam (1 ketul bahagian dada)
  • Kerang (20 biji)
  • Sotong (2 ekor)
  • Hati ayam (1 ketul)
  • Ikan (1 ekor ikan sederhana)
  • Limpa lembu (1 ketul saiz kotak mancis)   

Anda juga perlu makan makanan seimbang berdasarkan PIRAMID MAKANAN berikut:

pengedar shaklee putrajaya


pengedar shaklee putrajaya

TAHUKAH ANDA?

Buah dan sayur meningkatkan penyerapan zat besi. Oleh itu makanlah buah dan sayur di dalam hidangan anda atau minum jus buah selepas makan. Anda juga boleh makan makanan kaya zat besi bersama pencecah seperti sambal buah-buahan contohnya sambal tomato atau sambal limau kasturi.

TIP

Kopi, teh, susu, minuman berkola, minuman bercoklat mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi. Oleh demikian:
  1. Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan diambil diantara waktu makan utama atau sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam dari waktu makan utama.
  2.  Remaja perlu minum 1-2 gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti minum pagi, minum petang dan minum malam.

TANYA PAKAR PEMAKANAN ANDA

Berikut adalah antara soalan yang kerap ditanya kepada pakar pemakanan.

pengedar shaklee putrajaya


ALTERNATIF SELAIN DARI PEMAKANAN

Adalah agak sukar bagi kita untuk menyediakan zat makanan daripada sumber-sumber yang dinyatakan diatas atas pelbagai faktor seperti sibuk bekerja, tidak sempat memasak, makanan yang diamasak terlalu lama menyebabkan kehilangan zat dan lain-lain. Oleh yang demikian kaedah yang terbaik adalah dengan pengambilan vitamin yang mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.  

Izinkan saya memberikan cadangan alternatif kepada masalah ini dengan mengambil vitamin daripda SHAKLEE dimana telah terbukti keberkesanannya. SHAKLEE menwarkan vitamin:
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B Complex
  • Vita-C 500mg Sustained Released

Info berkaitan vitamin di atas.

vitalea shaklee*Vita-Lea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

 




b complex shaklee*B Complex
  
Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik.Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. 






vita c shaklee  *Vita-C 500mg Sustained Released


Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren



 
*Info vitamin di atas Credit to Master Lyna.

Sekiranya berminat untuk mencuba vitamin-vitamin di atas, boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya
 

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment