>

Saturday, November 30, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : Kenali Omega 3


Omega 3 atau juga dikenali sebagai asid lemak Omega 3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur kekacang dan sayuran seperti bayam dan brokoli.

Omega 3 pada ikan ==> DHA, EPA
Omega 3 dalam sayuran dan kekacang ==> ALA

Manfaat Omega 3

  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan risiko simpton kemurungan
  • mengurangkan risiko sakit sendi
  • mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal
  • mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan
  • melambatkan kadar pembinaan plak-lak lemak di dalam salur darah(arteriosklerosis) yang merupakan penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung

Bagaimana ia bertindak?

Omega 3 mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada dalam badan.


Kebaikan Omega 3

  • kolestrol rendah
  • tekanan darah rendah
  • mencegah penyakit kardiovaskular
  • meningkatkan daya ingatan
  • mencegah beberapa jenis kanser
  • perlindungan alzheimer dan dementia(nyanyuk)
  • mengurangkan keradangan



Sumber Pemakanan Asid Lemak Omega 3

  • ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
  • biji gandum atau bijirin
  • minyak kanola
  • kacang soya dan minyak kacang soya
  • biji labu
  • minyak kacang
  • minyak biji perilla
  • rumpai laut
  • udang krill

Sumber Tambahan Omega 3

  • kapsul minyak ikan
  • minyang udang krill
  • minyak bijirin
  • rumpai laut yang diperoleh DHA tambahan 

Sumber rujukan: iSihat by Nur Hasyimah Othaman

Berminat untuk dapatkan Omega 3 dengan cara MUDAH? Omega Guard Shaklee jawapannya. Hubungi saya, Pengedar Shaklee Putrajaya jika berminat.

omega 3

✿ Daily Vitamin Shoppe
✿ Salbiah Karim || SID 954066
☎ 012.2929.306

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, November 20, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA: DHA DAN OTAK


APA ITU DHA?

DHA atau nama saintifiknya asid docosahexaenoic, ialah satu asid lemak omega 3 politaktepu rantai panjang yang selalunya ditemui dalam daging ikan air sejuk , termasuk ikan tenggiri, hering, tuna, halibut, salmon dan hati ikan kod

Terdapat banyak produk makanan mendakwa mempunyai sumber omega 3 yang baik di mana bukan semua omega 3 dihasilkan dengan sama. Terdapat tiga jnis omega 3 iaitu ALA, EPA , dan DHA dengan setiap satu memberikan faedah kesihatan yang berbeza

ALA (alpha-linolenic acid) memberikan sumber tenaga tetapi tidak diketahui kesannya secara langsung kepada fungi dan pembangunan otak atau mata.

EPA (eicosapentaenoic acid) telah dibuktikan menyokong kesihatan jantung.

DHA pula membarikan manfaatkan yang baik kepada otak, mata , dan kesihatan jantung sepanjang hayat. Banyak kajian mengesahkan keberkesanan ini bermula dari bayi hingga ke orang dewasa dengan mendapat bekalan DHA mencukupi

MENGAPA DHA DIPERLUKAN?

DHA ialah salah satu daripada lemak baik yang terdapat diseluruh badan kita. Ianya adalah satu struktur lemak yang bertindak secara langsung kepada tisu-tisu di dalam badan terutamanya yang di otak bagi memastikan sel-sel otak berfungsi dengan sebaik-baik keupayaan. Sama seperti kalsium adalah penting untuk membina tulang yang kuat, DHA memastikan bahawa sel-sel di dalam otak, retina, jantung dan bahagian-bahagian lain sistem saraf dibina dan berfungsi dengan sempurna dari peringkat awal sehingga kita dewasa.

DHA mengandungi sehingga 97% daripada asid lemak omega3 di dalam otak dan 93% daripada asid lemak omega-3 dalam retina. Ia juga memainkan peranan penting dalam proses anti-radang, merupakan komponen utama jantung dan terdapat secara semula jadi di dalam susu ibu.

MAKANAN OTAK?

shaklee putrajaya



DHA adalah seperti nutrisi kepada otak di mana otak dan mata itu mempunyai keperluan yang tinggi kepada DHA untuk berfungsi dengan baik.

Badan kita sentiasa bergantung kepada DHA sepanjang kitaran hayat dan ia adalah penting untuk memastikan bekalan DHA dalam badan kita mencukupi. Walaupun badan boleh menukar DHA daripada pelopor asid lemak (precursor fatty acids), proses ini adalah tidak cekap dan berbeza dari seorang ke seorang.

Badan kita tidak menghasilkan DHA yang diperlukan, oleh yang demikian kita perlu mengambil DHA melalui makanan, minuman atau makanan tambahan (supplement).

Pada tahun-tahun sebelum ini diet makanan kita mempunyai banyak DHA tetapi pada hari ini dengan penggunaan makanan yang telah diproses, dan ikan yang diternak (yang tidak mengandungi tahap yang sama seperti DHA ikan di laut) dan ditambah dengan peningkatan jumlah orang tidak makan dagin (vegetarian) maka kita perlu berbuat sesuatu untuk menambahkan kandungan DHA di dalam diet kita.

Produk Shaklee yang mengandungi DHA untuk otak adalah OmegaGuard. Ianya kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayau mempu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. OmegaGuard juga mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.

pengedar shaklee putrajaya

Untuk dapatkan Omega Guard hubungi saya, Pengedar Shaklee Putrajaya, pengeposan adalah ke seluruh Malaysia.

shaklee putrajaya

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, November 18, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : VITAMIN UNTUK TULANG


Ramai yang tidak tahu betapa pentingnya vitamin untuk tulang. Tulang manusia akan mulai mereput dengan pertambahan usia. Berapa ramai yang ambil kisah pasal Osteoporosis? Tahukah anda apa itu Osteoporosis?

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat

Apa akan jadi jika tulang kekurangan protein, kolagen dan kalsium? Ya , anda akan mengalami simpton-simpton seperti berikut:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki
  • Kekejangan atau kram otot
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • Kuku menjadi rapuh
  • Sakit Sendi
  • Gigi longgar
  • Sukar atau susah nak tidur
  • Kemurungan

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Oleh itu vitamin yang mengandungi kalsium dan magnesium yang paling baik dan berkesan adalah OsteMatrix daripada Shaklee.

Kenapa OsteMatrix?

OsteMatrix menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

OsteMatrix membekalkan:

  • 1000mg (100% pengambilan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400IU (100% pengambilan Harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium 

Fungsi OsteMatrix

  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simpton-simpton senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

pengedar shaklee putrajaya

Kepada yang berminat untuk mencuba OsteMatrix iaitu vitamin untuk tulang boleh menghubungi saya, Pengedar Shaklee Putrajaya.
pengedar shaklee purajaya
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 17, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : DETOX – APA YANG ANDA PERLU TAHU




Detox – Apa Yang Anda Perlu Tahu


Pengenalan

Konsep detoks sentiasa menarik perhatian orang ramai, dan terdapat pula pelbagai kaedah detoksifikasi telah diamalkan sejak zaman purba. Kita selalu mendengar dan membaca tentang detoks ini, jadi apakah sebenarnya detoks ini? Detoks bermaksud satu proses mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Ginjal, hati, dan usus dapat diumpamakan pusat penyimpanan racun dan perlu dikeluarkan dari tubuh badan kita.

Walaupun detoks ini dianggap sebagai terapi alternatif dalam zaman perubatan moden, ia lebih mudah digambarkan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan keadaan kesihatan yang lebih teruk akibat daripada pengumpulan jangka panjang toksin.

Kebanyakan orang menganggap bahawa toksin berpunca dari pencemaran persekitran seperti dari udara, air, racun perosak, alkohol dan makanan tambahan yang tercemar. Anda jangan terkejut bahawa badan kita sendiri turut menghasilkan toksin sebagai akibat dari produk proses metabolik.

Oleh yang demikian, semua orang akan memerlukan beberapa bentuk detoks bagi mencapai kesihatan yang optimum. Helahnya adalah untuk mendapatkan detox yang betul.

Dilema Detoks

Salah satu bahaya detoks ini adalah berlebih-lebihan dalam melakukannya. Badan kita mengumpulkan toksin secara semulajadi dari semasa ke semasa maka dengan itu detoks turut perlu dilakukan secara berkala secara berstruktur dari semasa ke semasa. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan kesihatan yang baik, ketidakprihatinan kepada detoks boleh turut membahayakan kesihatan anda.

Satu program detox yang baik tidak hanya memberikan tumpuan kepada pemakanan sahaja, tetapi juga melibatkan pembersihan kepada emosi dan mental. Tekanan merupakan penyumbang utama bagi pembentukan radikal bebas (free radicals) dalam badan, dan program detoks holistik perlu digabungkan untuk pembersihan dalaman dan luaran tubuh kita.

Satu nasihat yang baik dari saya ialah, sebelum anda memulakan program detoks, adalah amat baik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda terutamanya jika anda sedang mengambil ubat (medication) atau lain-lain bentuk terapi. Malah jika anda melakukannya hanya untuk mendapatkan bentuk kesejahteraan kesihatan yang lebih baik, doktor anda akan dapat menasihati anda sama ada pilihan detoks anda adalah tepat atau mencadangkan alternatif yang sesuai dengan anda yang lebih baik.

Juga, haruslah ingat bahawa detoks bukanlah untuk semua orang. Anda tidak digalakkan untuk detoks jika anda tua, mengandung, menyusu, kekurangan berat badan atau mempunyai tekanan darah tinggi atau rendah.

Toksin

Individu dengan tabiat pemakanan yang tidak terurus, hidup dalam tekanan, gaya hidup yang tidak aktif, berpenyakit atau tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum arak, sistem perkumuhan tidak dapat menyingkirkan toksin dengan cepat dan cekap. Pada masa yang sama, tubah badan kita terdedah kepada toksin luaran atau molekul yang tidak wajar setiap hari. Apabila badan sudah dipenuhi dengan toksin, ia tidak lagi mampu untuk mengendalikan toksin (luar dan dalam) dengan berkesan lagi.

Toksin ini boleh menjejaskan hormon, kromosom dan sistem imun di dalam badan, mewujudkan ketidakseimbangan dalam sistem badan. Toksin yang terus berkumpul di dalam badan akan memembawa kepada satu keadaan yang dipanggil toxaemia, yang merupakan punca kebanyakan penyakit kronik.

Adakah saya perlu detoks?

Beberapa tanda biasa yang menunjukkan anda mungkin perlu detoks seperti kelesuan berpanjangan, jangkitan kulit atau keradangan, sembelit, pedih ulu hati, kembung perut dan jangkitan penyakit yang kerap. Selain daripada melihat kepada tanda-tanda klinikal, salah satu petanda lain bahawa tubuh anda memerlukan detoks adalah berdasarkan tabiat gaya hidup anda. Jika diet anda terdiri terutamanya daripada makanan diproses dan segera(fast food), atau anda merokok atau kerap mengambil alkohol, detoks yang boleh membantu badan anda untuk pulih sebelum serangan penyakit kronik.

Selepas melakukan detoks, anda mungkin akan merasa sedikit lemah dan gejala kadang-kadang boleh menjadi lebih teruk, tetapi jangan bimbang kesan ini adalah sementara. Dalam jangka panjang, detoks tetap akan meremajakan badan, minda dan semangat, memberi anda rasa yang lebih baik kesejahteraan dan kebahagiaan!

Rujukan : StarFit4Life 10 November 2013

Bagaimana Shaklee Membantu Anda untuk Detoks?

1. Super Detox Set (Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic)

shaklee putrajayashaklee putrajayashaklee putrajaya

Set lengkap detox terdiri daripada Alfalfa Complex, DTX Complex dan juga Garlic. Ia merupakan set lengkap yang berfungsi untuk:

  • meningkatkan kesihatan hati
  • menyingkirkan toksin berbahaya
  • meningkatkan seri wajah
  • meningkatkan sistem imune badan. 

Alfalfa Complex kaya dengan pelbagai jenis zat  termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Ia berkesan untuk detox seluruh badan.

DTX Complex yang berfungsi sebagai detox hati. memberikan perlindungan kepada hati dengan menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

Garlic yang berfungsi untuk detox darah dengan membantu peredaran darah yang lancar dan baik. Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah. Paling penting ia meningkatkan sistem imunisasi badan.

2. Herblax
shaklee putrajayaDetox usus yang paling digemari oleh pengguna Shaklee. Ia melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Berfungsi sebagai julap lembut untuk kegunaan sekali sekala. Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semula jadi tubuh badan.







Kepada yang ingin melakukan detox boleh mengambil set di atas. Jika ingin detox usus, herb-lax paling digemari oleh pengguna shaklee. Boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

SHAKLEE PUTRAJAYA : KOLESTEROL DAN KEHIDUPAN SEHARIAN


Kolesterol dan Kehidupan Seharian 

peengedar shaklee putrajaya

Sungguh menakjubkan apabila melihat gambar di atas. Ianya sungguh menyelerakan dan sudah pasti amat sedap. Tetapi awas adakah anda melihat pada maklumat kandungan kolesterol pada makanan tersebut?

Merujuk kepada American Heart Association mencadangkan pengambilan sehari bagi kolesterol adalah sebanyak 300mg sahaja. Manakala bagi individu yang telah disahkan mempunyai penyakit jantung atau faktor-faktor yang mejurus kepada risiko penyakit jantung seperti obesity, merokok dan keturunan, pengambilan dihadkan kepada 200mg sahaja!.

Kebiasaannya, masalah kolesterol yang tinggi selalunya dikaitkan dengan individu dengan pertengahan umur dan warga tua, namun pada zaman ini peningkatan juga turut berlaku kepada generasi muda (masalah zaman berteknologi tinggi). Kelazatan makanan Malaysia tidak dapat disangkal lagi tetapi turut sarat dengan kolesterol (sila rujuk gambar di atas), maka tidak hairanlah bahawa kira-kira enam juta rakyat Malaysia yang mempunyai kolesterol yang tinggi, yang bermaksud setiap satu dalam empat orang dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol darah tinggi. Wow!!!

Jika anda tidak dapat menahan godaan makanan yang lazat dengan kandungan kolesterol yang tinggi dan paras kolesterol darah anda pula berlegar antara biasa kepada tinggi, apa yang boleh lakukan seterusnya?

Kecanggihan teknologi membolehkan kandungan kolesterol dalam darah dikesan dengan mudah dan cepat. Hanya setitik darah diperlukan dan nah anda akan dapat keputusannya. Terdapat pelbagai kaedah untuk menurunkan kandungan kolesterol ini. Jika tahap anda adalah tinggi dan berjumpa dengan doktor maka doktor akan memberikan beberapa preskripsi ubat (sudah pasti dadah yang dibenarkan) untuk mengurangkan kolesterol anda. Sungguh mudah kan, namun kesan ubat daripada dadah adalah tidak baik kepada kesihatan kita kerana kesam sampingan.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai di antara kita di luar sana berada diantara sempadan paras kolesterol tinggi dan normal, dan kita telah dimaklumkan dan diiklan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengubahsuai gaya hidup dengan senaman dan sudah pasti mengurangkan makanan yang kaya dengan kolesterol. Syabas kepada anda yang telah berjaya melaksanakan nasihat tersebut.

Rujukan artikel StarFit4Life – Ahad 10 November 2013

Namun begitu terdapat beberapa kaedah lain yang mudah dan senang bagi mengurangkan kandungan kolesterol ini dan sudah tentu selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Bagaimana? Teruskan membaca ya!

Vitamin Semulajadi Shaklee yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol

1. Omega Guard

shaklee putrajaya
EPA dan DHA yang terkandung di dalam Omega Guard mampu menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. Pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Menurut kajian,  asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperkaiki keseihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan pasras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.


2. Garlic Complex

shaklee putrajaya
Menurut penelitian pakar, salah satu zat yang ada pada bawang putih ternyata merupakan zat yang baik untuk antikolestrerol, di mana zat itu mencegah berlakunya pengumpulan darah dan mampu menurunkan kadar kolesterol.

Khasiat bawang putih bukan hanya menurunkan kolesterol, malah menurunkan tekanan darah, menghalang pertumbuhan daripada bakteria, virus ataupun cendawan/kulat




 3.Lecithin

shaklee putrajaya Lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi yang mampu meneutralisekan kolesterol dalam darah. Lecithin memecahkan lemak dan mengurangkan paras kolesterol .











Kepada yang ingin menurunkan tahap kolesterol boleh mengambil salah satu daripada vitamin di atas. Sama ada Omega Guard Shaklee (paling berkesan) atau Garlic Complex Shaklee atau Lecithin Shaklee.Boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, November 13, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : B COMPLEX


Saya adalah Pengedar Shaklee Putrajaya yang sah.  Kali ini saya ingin kongsikan info berkenaan B Complex Shaklee. Ia merupakan salah satu vitamin yang penting untuk tubuh badan kita. Ketahui gejala kekurangan vitamin B dan juga fardah yang diperolehi dari vitamin B ini.

vitamin b shaklee


Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B YANG LENGKAP DAN SEIMBANG

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub  neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

GEJALA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B:
  • kekurangan B2 menyebabkan kulit berminyak
  • keletihan
  • kelesuan
  • stress
  • kerap sakit kepala
  • hilang selera makan
  • kebas
  • gangguan pencernaan
  • sembelit
  • lemah otot
  • mudah tersinggung

FAEDAH PENGAMBILAN B COMPLEX SHAKLEE
  • menambah dan meningkatkan tenaga dengan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat
  • diperlukan untuk pembentukan darah
  • mencegah anemia
  • mengurangkan stress
  • mengandungi asid folic yang bagus untuk wanita yang ingin hamil atau sedang hamil
  • membantu memperbaiki kulit, kuku, rambut
  • mengawal  kolestrol dalam badan
  • berperanan dalam sistem imun pada tubuh serta pencegahan dari berbagai macam penyakit
  • melindungi diri dari risiko penyakit jantung dan juga kanser usus besar
  • mengurangkan risiko kanser payudara

Pengambilan alkohol, rokok, kafein dan pil diet boleh menghapuskan vitamin B daripada tubuh.

Kepada yang berminat untuk mencuba B Compex Shaklee, boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 

pengedar shaklee putrajaya

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 10, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : CEGAH ANEMIA



TAHUKAH ANDA?

Perempuan atau golongan wanita mudah mendapat anemia kerana kehilangan darah disebabkan kedatangan haid pada setiap bulan.

TAHUKAH ANDA ANEMIA MENYEBABKAN ANDA KURANG CEMERLANG?

Apabila anda mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin di dalam sel darah merah adalah pengangkit oksigen dan zat makanan ke otak dan seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optima.

Anemia akan menyebabkan anda mengalami:

  • Kurang daya tumpuan 
  • Kurang cergas dan cerdas
  • Mudah letih dan mengantuk
  • Merasa lesu
  • Mudah pitam


ADAKAH ANDA MENGALAMI ANEMIA?

Anda mengalami anemia sekiranya:
  • Pucat terutama di bibir dan kelopak mata
  • Sering lesu dan mengantuk
  • Mudah berdebar-debar
  • Bentuk kuku berubah
  • Rambut mudah putus/gugur
  • Kerap pening/pitam

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, dapatkan pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan berhampiran.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENCEGAH ANEMIA?

Anemia boleh dicegah dengan makanan makanan tinggi kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi:

BAIK - kismis, sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan
LEBIH BAIK - daging, ayam, ikan, sotong, ikan bilis
PALING BAIK - kerang, hati ayam, hati lembu, paru lembu

BERAPA BANYAK SUMBER ZAT BESI YANG PERLU ANDA MAKAN DALAM SEHARI?

Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan yang kaya zat besi sari sumber haiwan setiap hari. Ini kerana penyerapan zat besi dari sumber haiwan adalah lebih baik.

PILIH MAKANAN YANG KAYA ZAT BESI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Sumber zat besi
  • Daging (2 keping saiz kotak mancis) 
  • Hati lembu (1 ketul saiz kotak mancis)
  •  Ikan bilis (5 sudu makan tanpa kepala)
  •  Ayam (1 ketul bahagian dada)
  • Kerang (20 biji)
  • Sotong (2 ekor)
  • Hati ayam (1 ketul)
  • Ikan (1 ekor ikan sederhana)
  • Limpa lembu (1 ketul saiz kotak mancis)   

Anda juga perlu makan makanan seimbang berdasarkan PIRAMID MAKANAN berikut:

pengedar shaklee putrajaya


pengedar shaklee putrajaya

TAHUKAH ANDA?

Buah dan sayur meningkatkan penyerapan zat besi. Oleh itu makanlah buah dan sayur di dalam hidangan anda atau minum jus buah selepas makan. Anda juga boleh makan makanan kaya zat besi bersama pencecah seperti sambal buah-buahan contohnya sambal tomato atau sambal limau kasturi.

TIP

Kopi, teh, susu, minuman berkola, minuman bercoklat mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi. Oleh demikian:
  1. Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan diambil diantara waktu makan utama atau sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam dari waktu makan utama.
  2.  Remaja perlu minum 1-2 gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti minum pagi, minum petang dan minum malam.

TANYA PAKAR PEMAKANAN ANDA

Berikut adalah antara soalan yang kerap ditanya kepada pakar pemakanan.

pengedar shaklee putrajaya


ALTERNATIF SELAIN DARI PEMAKANAN

Adalah agak sukar bagi kita untuk menyediakan zat makanan daripada sumber-sumber yang dinyatakan diatas atas pelbagai faktor seperti sibuk bekerja, tidak sempat memasak, makanan yang diamasak terlalu lama menyebabkan kehilangan zat dan lain-lain. Oleh yang demikian kaedah yang terbaik adalah dengan pengambilan vitamin yang mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.  

Izinkan saya memberikan cadangan alternatif kepada masalah ini dengan mengambil vitamin daripda SHAKLEE dimana telah terbukti keberkesanannya. SHAKLEE menwarkan vitamin:
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B Complex
  • Vita-C 500mg Sustained Released

Info berkaitan vitamin di atas.

vitalea shaklee*Vita-Lea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

 




b complex shaklee*B Complex
  
Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik.Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. 






vita c shaklee  *Vita-C 500mg Sustained Released


Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren



 
*Info vitamin di atas Credit to Master Lyna.

Sekiranya berminat untuk mencuba vitamin-vitamin di atas, boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya
 
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

SHAKLEE PUTRAJAYA : LECITHIN SHAKLEE

 Tahukah anda apakah kepentingan Lecithin Shaklee kepada tubuh badan kita?
lecithin kurus

 Sains Akademi Nasional (The Nasional Academy of Sciences) telah menetapkan yang kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

  • Setiap kapsul membekalkan 530mg lecithin termasyk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol
  • Deperolehi secara semulajadi daripada kekacang soya.




Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.
Kebaikan Lecithin Shaklee:

✔ menguruskan badan
✔ menurunkan kadar kolesterol
✔ memecahkan lemak
✔ membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati
✔ membantu sel otak berkembang


13 kebaikan lecithin yang dipetik dari artikel PM Cery. 
Credit to PMCery

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain.Sebab tu, Lecithin boleh membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease dan arteri yang mengeras. Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
2. Lecithin bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak)..Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. Sebab tu orang yang nak kurus memang suka dengan Lecithin ni...hehe
3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan..Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana menyukarkan proses penyerapan zat-zat.. Sebab itu, Lecithin sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf akan menjadi kurang efisien. Sebab tu individu yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS...dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi individu yang mempunyai masalah alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang termasuk sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrineSebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE. Fungsi BILE adalah untuk mencairkan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan
*Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecitin. So, untuk masalah-masalah yang dinyatakan di atas, anda kira lah berapa biji sehari yang perlu anda makan :)

Kepada yang berminat untuk mencuba Lecithin Shaklee, boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, November 8, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : ALFALFA COMPLEX

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 

shaklee putrajaya

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, f osforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin,
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.


Setiap hidangan mengandungi:

300mg Calsium
150mg Phosphorus
10mg Magnesium
0.36mg Iron

Kebaikan Alfalfa
fungsi alfalfa







Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kepada yang berminat untuk mencuba Alfalfa complex, boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

pengedar shaklee putrajaya



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 3, 2013

SHAKLEE PUTRAJAYA : CAROTOMAX


CarotoMax - Vitamin A untuk MATA anda.

carotomax


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik.
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.

Kandungan:

Vitamin A (100% as beta carotene) 5000IU
Lycopene 5mg
Luten 5mg
Alpha Carotene 1.5mg
Astaxanthin 400mcg
Zeaxanthin 200mcg

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN CAROTOMAX?

Hubungi saya untuk dapatkan CAROTOMAX SHAKLEE, free consultation dan perkhidmatan penghantaran yang lebih cepat.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER