>

Tuesday, April 19, 2011

Al Fatihah

Hari ni hari ke 7, bapa mertuaku pergi meninggalkan kami utk selamanya di usia 64 tahun. Pemergian secara tiba2 sangat2 mengejutkan kami. Begitu mudah arwah meninggalkan kami tanpa sakit lama, tanpa menyusahkan anak2. Jiran2 dan saudara mara semuanya terkejut apabila dapat tau berita ini.

Hari Rabu pukul 4.30 pagi, sewaktu nyenyak tido di atas tilam empuk, kami dikejutkan dengan deringan telefon dari adik yang menyatakan arwah sakit, dh nazak di hospital dan diminta pulang segera. Sedang kami sibuk mengemas kain baju utk dibawa pulang dan bersiap2, lebih kurang pukul 5.30 pg, kami menerima sekali lagi panggilan dari adik menyatakan bahawa abah dh x de. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.

Pemergiannya adalah kerana penyakit jantung. Siangnya arwah sihat. Solat maghrib jemaah di masjid seperti biasa. Sebelum tido arwah diserang penyakit jantung. Sempat dibawa ke klinik dan kecemasan hospital. Di akhir hayatnya arwah sempat bercakap dengan adik dan arwah berkata dia memaafkan semua kesalahan anak2nya. Begitu banyak kesalahan anak2 dan begitu mudah dimaafkan. Arwah seorang bapa yang sangat baik. Walaupon hanya bapa mertua tiri kepada aku dan sempat kenal 3 taun lebih tapi dia la satu2nya bapa mertua yang ade. Dah ku anggap macam bapa sendiri. X pernah lukakan hati anak2 dan menantu2. Sangat rajin di dapor. Mesti rindu masakan arwah abah nanti.

Semoga rohnya tenang di sana. Al fatihah utk arwah abah.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER