>

Wednesday, December 28, 2011

Abang Botak Saya

Ni la abang botal saya, encem kan.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, December 6, 2011

Tutti Frutti Putrajaya

Ni 1st time bawak anak2 g makan ais krim mahal, heh ,mahal la kan aiskrim yogurt nih. Sekali sekala apa salahnya kan. Kalo selalu mana larat nak oii. Masa ni ayah diorang x de, outstation. So malas nak masak n makan malam. Balik je dari amek anak2 kat taska trus singgah sini dl. Lg pon dekat je ngan umah, 2 3 minit naik kete dh sampai. Risau gak bawak budak 2 org ni tanpa ayah diorang.

Masa dalam kete dah cakap ngan budak2 ni nk g makan asikrim. ape lg, suka la budak2 tu, asyik duk sebut aiskrim jek. Dah sampai sana bawak masuk kedai, tiba2 Adib cakap "wah... cantiknya". Habis semua org pandang, senyum2 je pandang budak 2 org ni. Pastu mulut duk bising "ibu ibu aiskrim ibu, aiskrim". Ye la nak suh korang makan asikrim la ni. Dah dapat asikrim ape lagi, ngap la, hehe.

Tapi kan, bile pegi je kat presint diplomatik tu nk ke kedai mamak ke, mesti mulut bising suh g kedai aiskrim. Haha, dh hafal jalan dh diorang ni, kedai pon tau yang mana 1. Parah cm ni. Nasib baik diorang ni bukan jenis yg suke mengamuk kalo nk sesuatu barang. Sekali sekala blh la, selalu tu nanti muflis plak ibu korang.

Nampak kan kegembiraan di wajah anak2. Skali skala ape salahnye gembirakan dengan tutti frutti, hehe.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, November 30, 2011

Alhamdulillah masih bernyawa di usia 29 tahun

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dan berharap dapat hidup lg 100 tahun. Sedih jugak mengenangkan umur dah nak masuk 3 series ni. Nampak sangat tanda2 awal sudah mula ade, contohnya pelupa. Mmg skrg ni cpt sgt lupa. Lupa letak barang kat mana. Tgh duk pegang duit, tiba2 x de kat tangan. Sib baik bukan duit kertas. Hehe.

Di umur 29 tahun ni sy harap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki slalu. Diberikan kesihatan yang baik. Menjadi seorang isteri dan ibu yg baik dan bertanggungjawab terhadap family.

Terima Kasih diucapkan kepada suami kerana sudi belanja makan sempena besday ari tu dengan pesanan, belanja2 la slalu, hehe makin gemuk la jawabnya.

dah licin br teringat nak ambil gambar, hehe

deq cha
ayah yg kekenyangan, fav dia shushi ni
ibu dan adib, aisyhh makin tembun lak pipiku

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, October 11, 2011

Peringatan dan Renungan Bersama : Cara Nak Ajak Orang Mengumpat

Diambil dari fb, untuk peringatan bersama.


Cara Nak Ajak Orang Mengumpat

Tijah: Assalammualaikum Senah, apa habaq?
Senah: Waalaikumusalam, habaq baik
Tijah: Dengaq cerita anak si Peah tu mandul lepas tertelan tudung botol, betol ka?
Senah: Aippsss, aku tak ada dengar pon, ya ka?
Tijah: Aku bukan nak mengata (padahal memang tengah mengata pon), ni si Hani la habaq kat aku..........tak tau betul ka tak (dah taktau cita watpa??)
Senah: Ish3..... kalau betul kesian kan anak si Peah tu, nanti tak dak sapa nak masuk meminang

SEMAKIN RANCAK

Tijah: Betol tu, lagipon aku dengaq orang kata (org kata ka, kau yg kata) anak si Peah jadi camtu sebab dia bela hantu raya
Senah: Ooooo......macam tu ceritanya (yang si Senah ni pon pcayalah bulat2)
Tijah: Ha.... tu lah aku nak habaq kat hang, takpa la aku balik dulu no....assalam
Senah: Wasalam............ (kemudian si Senah tu pon cerita kat jiran2 lain, pastu heboh la satu kampung)

Padahal cita sebenar si Peah tu tengah gigit nak buka tudung botol sebab ketat sangat. Errmmm.............. begitu senang yer fitnah disebarkan, dan korang mesti ingat mengumpat adalah dosa besar dalam Islam.............orang yang dengar orang lain mengumpat pon dapat saham gak. So, jauhilah benda ni.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan dan Persediaan Raye

Wah, pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 18 umat islam berpuasa. Kejap je kan rasanya. X lama lg nk raya plak. So amacam ngan puasa u all. Ok ke taun ni?

Bagi saya same je ngan taun2 lepas, cuma taun ni rutin harian saya di bulan ramadhan ni balik keje g amek anak2 kat taska, pastu balik masak. Setakat ni baru 2 kali menjejakkan kaki ke pasar ramadhan. Makanan kat pasar ramadhan biasa2 je, sedap lg masak sendiri. hehe. Dan yang penting mahal berbanding pasar malam yg biasa pegi sebelum ramadhan. Kalo masak lak, trus masak banyak sekali ngan sahur. Senang kan, bangun sahur panaskan lauk je, x de la nk 'ketung ketang' kat dapur pagi2 bute. Dah le liat nk bangun pagi2 kan, hehe.

So untuk persiapan raya lak, alhamdulillah semua dh cukup rasanya. X perlu lah nk berlebih2. Baju raya budak2 beli sebelum ramadhan lagi. Kena la buat planning betul2, bulan ramadhan duit nk pakai banyak kan. Beberapa bulan sebelum ramadhan, kite beli la sikit2 baju anak2 sampai la ckp utk diorang. Baju raya mak bapak lak awal tahun dh tempah. Raya cina ari tu dh siap baju raya ktorg. Bukan panggil baju baru dah, baju lama yang belum dipakai lg, hehe.

Kuih raya lak, ade beli sikit, org bg sikit, nak buat sikit. Tapi lum buat lg. Insya'allah weekend ni leh buat biskut raya, buat 2 3 jenis dh cukup. Sekarang ni sibuk menjahit langsir, dh 3 taun x tukar langsir, so taun ni sempat la g beli kain n jahit sendiri saje. Semua mende kena la jimat selagi boleh jimat.

Tahun ni turn raya kat kedah. Maybe Ahad baru ktorg balik. Sebabnya si suami kena outstation lak minggu depan. 5 hari lak tu. Pegi isnin balik jumaat, sabtu nk rehat2 n kemas umah. Ahad baru leh balik sana, Selasa dh nk raya. Raya kat sana sampai Sabtu je, Sabtu nk balik putrajaya dah sbb ahad tu si suami kena ke taiping plak ade kursus. Bagus kan opis dia, x bg org cuti lama2. haha nasib badan la.

Ok la, banyak lak tulis, maklum la lama bebeno x update blog, sibuk, alasan biasa kan, hehe.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, April 19, 2011

Al Fatihah

Hari ni hari ke 7, bapa mertuaku pergi meninggalkan kami utk selamanya di usia 64 tahun. Pemergian secara tiba2 sangat2 mengejutkan kami. Begitu mudah arwah meninggalkan kami tanpa sakit lama, tanpa menyusahkan anak2. Jiran2 dan saudara mara semuanya terkejut apabila dapat tau berita ini.

Hari Rabu pukul 4.30 pagi, sewaktu nyenyak tido di atas tilam empuk, kami dikejutkan dengan deringan telefon dari adik yang menyatakan arwah sakit, dh nazak di hospital dan diminta pulang segera. Sedang kami sibuk mengemas kain baju utk dibawa pulang dan bersiap2, lebih kurang pukul 5.30 pg, kami menerima sekali lagi panggilan dari adik menyatakan bahawa abah dh x de. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.

Pemergiannya adalah kerana penyakit jantung. Siangnya arwah sihat. Solat maghrib jemaah di masjid seperti biasa. Sebelum tido arwah diserang penyakit jantung. Sempat dibawa ke klinik dan kecemasan hospital. Di akhir hayatnya arwah sempat bercakap dengan adik dan arwah berkata dia memaafkan semua kesalahan anak2nya. Begitu banyak kesalahan anak2 dan begitu mudah dimaafkan. Arwah seorang bapa yang sangat baik. Walaupon hanya bapa mertua tiri kepada aku dan sempat kenal 3 taun lebih tapi dia la satu2nya bapa mertua yang ade. Dah ku anggap macam bapa sendiri. X pernah lukakan hati anak2 dan menantu2. Sangat rajin di dapor. Mesti rindu masakan arwah abah nanti.

Semoga rohnya tenang di sana. Al fatihah utk arwah abah.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, March 1, 2011

Celebrate Besday Kecil-kecilan

Ni adalah 1st sambut besday Syasya kat nursery. Sebelum ni kan nenek dia yg jaga. Kalo nk buat party tu lg la tak. X sempat nk uruskan, lg pon budget pon x de. So bawak kek ngan goodie bags je utk anak2 kat taska. Itu pon diorang dh happy sangat. Budak2 kan mana tau sambut, tau makan kek je. Semua teruja tgk kek gambar kartun. Thanks kak ida, sume budak2 suka.


Kami x de la beria2 sambut. Just bawak kek, agihkan goodie bag. Ambil gambar2 sket, tu je. X de bawak makanan pon, sbb budak2 sume kecik2 lg. Makan pon x banyak. Boleh plak Syasya nangis. Sbb x nak berenggang ngan mak uda dia. Org nk hepi2 dia g menangis plak. Alahai besday girl ni.


Untuk hadiah Syasya lak, ayah dia sempat belikan bear kaler pink kat siam nun. Bunyi cam jauh je kan. Alang2 dia outstation kat sana. Pegi Bukit Kayu Hitam, lepas sempadan, siam la kan. Hehe. Syasya suke sangat hadiah ni, sampai org lain pon x leh nak tumpang main. Untung Syasya, Ibu dulu mana la ayah pernah belikan. Sob sob.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, February 25, 2011

Ulangtahun Kelahiran Syasya

2

Hari ni genap umur Syasya 2 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar dh rupanya anak ibu. Semoga Syasya menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki selalu.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, February 20, 2011

KWSP umum dividen 5.8 peratus

Sumber dr Utusan

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.
Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.
Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.
"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama


Ermm dividen tertinggi setakat ni utk KWSP nih. Baru bercadang nk kuarkan Akaun 2 untuk bayar PTPTN. OK x? Sape ade pengalam kuarkan kwsp utk bayar PTPTN?
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, January 14, 2011

Poney Warehouse Sale 2011

Ha ni pasal warehouse sale plak. Harus terjah sbb nak cari utk baju raya budak2 ni. Baju raya? Biar betul awal bebeno. X pe la, leh save banyak.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, January 12, 2011

Kenny Rogers ROASTERS FREE MEAL

Alamak, x pakai baju merah lak ari ni, sumber dr :http://www.shoppingnsales.com/2011/01/07/12-jan-2011-kenny-rogers-free-meal/#more-24753

12 Jan 2011

Kenny Rogers ROASTERS FREE MEAL

Roasters Healhty Eating Day!

DCome and celebrate Healthy Living on RED (Roasters Eating Day) with us!

Only on 12 January 2011 – 1 Day Only

WEAR RED Clothing! Footwear! Accessoires

+

BUY 1 Kenny’s Quarter Meal

=

FREE 1 Kenny’s Quarter Meal

Visit your nearest Kenny Rogers Roasters

www.krr.com.my

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, January 3, 2011

Harapan 2011

Nak kata azam bukan azam, sekadar harapan untuk diri sendiri

Kehidupan : Bertambah kebahagiaan
Kerjaya : Lebih komitment, 'work smart'
Kewangan : Bertambah rezeki, bertambah aset
Kesihatan : Sihat sepanjang tahun
Anak2 : Membesar dengan sihat dan kurang nakal
Suami : Jangan terlalu kerap outstation, hehe
Diri sendiri : Sila kuruskan badan taun ni jgk, bgn awal setiap hari, hehe
Harapan : Dapat g melancong luar negara tahun ni (EnHubby, sila capaikan impian nak g korea tahun ni jugak)
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER