>

Wednesday, December 22, 2010

Pemegang ASB dapat 8.75 sen dividen, bonus

Hujung2 taun ni pasti semuanya tertunggu-tunggu pengumuman pasal dividen dan bonus asb kan. Ye la, penat2 simpan duit dr awal tahun kan. Plak tu ni la cara nak tambahkan pendapatan. Sape nak bape duit free kan. So dengan cara menyimpan di asb ni sedikit sebanyak menambahkan duit yang sedia ade dalam tu kan. Dan asb ni la yang paling banyak bg dividen dan bonus berbanding bank lain.


Semalam PNB sudah membuat pengumuman. Alhamdulillah ade kenaikan dari taun lepas. "KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan"

Yang ni plak petikan dari utusan hari ni:

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah agihan dividen itu menyaksikan kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.
Beliau berkata, pengagihan dividen itu melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, meningkat 22 peratus berbanding RM4.86 bilion yang dibayar pada 2009.
"Ini tidak termasuk peruntukan bayaran bonus sebanyak RM603.34 juta,'' kata Ahmad Sarji ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pula berkata, kenaikan jumlah sumbangan itu diperoleh hasil peningkatan dividen dalam syarikat-syarikat yang dilabur terutamanya oleh Malayan Banking Bhd. (Maybank), walaupun sumbangan daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menyusut.
Menurut Hamad Kama Piah, Maybank telah memberi sumbangan dividen sebanyak 55 sen seunit, berbanding lapan sen seunit pada tahun lalu.
Katanya, Sime Darby pula hanya memberi sumbangan dividen sebanyak 10 sen seunit tahun ini, berbanding 20.3 sen pada 2009.
"Kalau dilihat daripada segi pendapatan tahun lepas, jumlah dividen yang diterima adalah kurang daripada 50 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan bonus ASB itu di sini, hari ini.
Beliau berkata, tahun ini PNB juga dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya.
"Prestasi kita agak baik tahun ini. Walaupun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi PNB mendapat dividen tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,'' katanya.
Selain Maybank, ASB juga menerima sumbangan dividen yang baik daripada syarikat-syarikat pelaburan seperti F&N sebanyak RM1.58 sen seunit berbanding 47 sen pada 2009, Maxis Bhd. pula menyumbang 33 sen seunit berbanding enam sen tahun lalu dan Telekom Malaysia Bhd. 26 sen seunit, naik 1.7 sen.
Malah, tambah Hamad Kama Piah, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB.
"Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen dan bakinya dirizabkan untuk tahun depan,'' ujarnya.
Sehingga 17 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, yang mana keuntungan penjualan saham syarikat-syarikat miliknya menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42 peratus kepada pendapatan kasar tersebut.
Pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat-syarikat miliknya pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion atau 50 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.
Pembayaran pengagihan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 3 Januari ini.
Semua urus niaga bagi ASB di seluruh negara ditangguhkan mulai semalam sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan agihan dividen dan bonus.


Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment