>

Sunday, November 7, 2010

Update

Salam semua, dh lame x update kat blog ni. X de ape yang menarik nk dikongsikan. Cuma bulan lepas adalah bulan yg penuh dugaan. Anak2 demam berlarutan sampai sebulan. Seminggu demam, seminggu ok, pastu seminggu plak demam. Tiap2 minggu ke klinik utk dapatkan rawatan dan ubat. Lebih 20 botol ubat berjaya dikumpul. Seb baik klinik panel. Jumpa pakar pon 2 kali. Siap buat ujian darah dan x-ray lagi.

Alhamdulillah skarang dh ok. Walaupon x betul2 ok lg. Hingus masih ade, tapi badan dh pulih. Berkat ubat dari doktor dan juga air jampi (usaha cara traditional).

Bulan ni bulan ke-3 anak2 duk nursery. Mula hantar masa 1 sept ari tu. Nursery berdekatan area rumah, tapi diorang x serasi duk sana, kejap demam kejap ok, so 2 bulan saje disana. Kemudian saya pindahkan ke nursery opis bermula 2 Nov. Dekat ngan opis la. Bayaran pon lagi murah dari nursery2 kat luar sana. Setakat ni tahap kesihatan ok. Cuma diorang masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di nursery. Ye la sebelum ni duduk kat rumah saje. Skang dh duk nursery, kejutan persekitaran la plak. pagi2 masa hantar memang diorang akan nangis. Harap2 x lama la diorang cm tu.

Bulan ni jgk adalah bulan besday saya, dh nak masuk 28 tahun. Hehe. Sesapa yang nk kasi hadiah di alu2kan, hehe ade ke? Celebrate? X de kot, pegi cuti2 malaysia, maybe. Dekat2 saje.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment