>

Sunday, November 28, 2010

28 tahun sudah


Ape yang 28 tahun? Umur saya la. Jumaat lepas genap la umur saya yang ke 28 tahun. Dah tua dah, lg 2 taun masuk 3 series la plak. Tiada apa yang diharapkan. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dimurahkan rezeki, rumahtangga aman damai dan yang baik2 saje. Semoga cita2 tercapai la hendaknya.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, November 23, 2010

Cuti Aidiladha & Cameron Highlands

Minggu lepas kan cuti sempena Aidiladha. Saya start cuti dari hari Selasa sampai la Ahad. Best cuti lama2 nih. Sampai rasa nk g keje pon malas dah. Hehe.

So raya haji tahun ni kami balik ke kampung suami kat Kedah nun. Seb baik x banjir, leh la balik. Hehe. Taun ni kami x masuk bahagian korban pon. Aqiqah untuk kedua-dua anak pon dh settle.

Kami beraya kat sana sampai Khamis. Jumaat pagi kami bertolak balik. Tapi plan kami nk singgah ke Cameron Highlands dulu sebelum balik. Bermalam kat sana 1 malam. yeayyy seronok. Plan asal minggu sebelum raya tu nak pegi. Tapi ade hal plak. Skali dh cuti lama ni, plak tu lalu kan, so dapat la jimat kos sket, hehe.

Kami bertolak pagi, sampai kat sana dalam kul 2 lebih or 3 ptg. X ingt dah. Cuaca kat sana x berapa sejuk berbanding taun lepas. Taun lepas sejuknya, sampai nk masuk bilik air pon malas sbb sejuk. Kali ni kami sempat pegi ke strawbery farm, kaktus farm. X banyak tempat pegi sebenarnya. Sbb misi utama adalah makan strawberi. Tu je. Taun lepas dh ronda2 banyak tempat sbb pegi dengan pakej. So taun ni just jalan2 n rehat je la.

Esoknya kami pulang ke rumah. Sampai kat umah pon dh kul 4 lebih. Ahad adalah masa untuk basuh kain baju dan kemas rumah. So duk umah je la. Esoknya kan nak keje. Kenduri kawen cousin kat Kuantan pon dah x sempat nk pegi. Ape2 pon cuti kali ni enjoy.

Harap2 hujung minggu ni dapat g jalan2 lagi, ermm. Masih kabur2 nk pegi mana.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, November 13, 2010

Weekend dan Unifi

Hehe x de ape yang menarik utk weekend kali ni. Cuma baru balik dari Nilai 3, saje jalan2 cari tikar dan karpet utk umah.

Esok plak ada org nak dtg buat wiring utk pasang unifi. Skrg ni kami pakai streamyx. Amek yg pakej Combo 1Mbps. Sebulan bayar RM110. Tak sampai setahun pakai dh nak tukar pakai unifi plak. Husband la yang beriya2 nk pakai unifi ni. Nak laju kan, try la unifi lak. Lepas ni syok la dia duk download movie malam2. Kami amek pakej vip 5, 5Mbps. Ha kite tgk lepas ni laju ke x laju. Sesape dh try unifi ni syer la, best ke x?

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 7, 2010

Update

Salam semua, dh lame x update kat blog ni. X de ape yang menarik nk dikongsikan. Cuma bulan lepas adalah bulan yg penuh dugaan. Anak2 demam berlarutan sampai sebulan. Seminggu demam, seminggu ok, pastu seminggu plak demam. Tiap2 minggu ke klinik utk dapatkan rawatan dan ubat. Lebih 20 botol ubat berjaya dikumpul. Seb baik klinik panel. Jumpa pakar pon 2 kali. Siap buat ujian darah dan x-ray lagi.

Alhamdulillah skarang dh ok. Walaupon x betul2 ok lg. Hingus masih ade, tapi badan dh pulih. Berkat ubat dari doktor dan juga air jampi (usaha cara traditional).

Bulan ni bulan ke-3 anak2 duk nursery. Mula hantar masa 1 sept ari tu. Nursery berdekatan area rumah, tapi diorang x serasi duk sana, kejap demam kejap ok, so 2 bulan saje disana. Kemudian saya pindahkan ke nursery opis bermula 2 Nov. Dekat ngan opis la. Bayaran pon lagi murah dari nursery2 kat luar sana. Setakat ni tahap kesihatan ok. Cuma diorang masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di nursery. Ye la sebelum ni duduk kat rumah saje. Skang dh duk nursery, kejutan persekitaran la plak. pagi2 masa hantar memang diorang akan nangis. Harap2 x lama la diorang cm tu.

Bulan ni jgk adalah bulan besday saya, dh nak masuk 28 tahun. Hehe. Sesapa yang nk kasi hadiah di alu2kan, hehe ade ke? Celebrate? X de kot, pegi cuti2 malaysia, maybe. Dekat2 saje.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, November 6, 2010

Meriahkan Tudung Raya Dengan Kerongsang

STICKY POST. Sila scroll ke bawah utk entry terbaru.

Dapatkan segera untuk musim perayaan!!!


juga terdapat gelang...



Untuk lihat banyak lg kerongsang klik >>SINI<<

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaa sila email ke: biecute[at]gmail[dot]com

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER