>

Sunday, August 29, 2010

Kerja Kerja

Belintas langsung dari opis. Semalam dan hari ni kena keje. Hari Merdeka pon kena keje. Hari Nuzul Quran ari tu pon sepatutnya kena keje. Tapi site kat Selangor cuti, so kami pon cuti la. Tiba2 kul 1 lebih ade org call suh dtg keje. WHAT? Last minit panggil suh p keje. Macam on-call lak. Nasib la mmg x pegi keje la Jumaat tu. Sbb masa org call tu ade kat luar. Selamat la. So dtg hari sabtu je la. Bos kata nk bg xtra cuti. Tapi boleh ke pakai xtra cuti tu? Nanti lepas raya pon banyak keje gak ni, nk kena TOT utk user UPM. Yang keje skang ni sbb ade presentation utk MOF. Nasib la kena keje.
Anak2 husband jaga. Pagi tadi dia mandikan budak2 tu. Jarang dia mandikan anak2. Sekali sekala x pe la kan. Demi mencari sesuap nasi.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, August 24, 2010

Mengapa Perlu Makan Menggunakan Tangan?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Sumbangan : http://myhalal.blogspot.com

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, August 23, 2010

Membentuk jantung sihat

ADAKAH jantung anda berkeadaan baik ? Soalan itu perlu difikirkan setiap wanita, apabila penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia - malah lebih berbahaya daripada kesemua penyakit kanser secara keseluruhan. Dari 1990 sehingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita telah meningkat sebanyak 135 peratus. Pada 2006, 23 peratus kematian wanita disebabkan penyakit jantung.

Soalan tersebut memerlukan satu tindakan yang segera. Jadi, sesihat manakah jantung anda? Di sini beberapa cara untuk memberitahu anda.

Risiko pinggang besar

Adakah anda tahu, lemak di sekeliling pinggang dan kawasan perut (lemak abdomen) membawa risiko lebih besar berbanding lemak di dalam sebahagian bawah tubuh badan? Ini bermakna wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'epal' iaitu lemak tertumpu di dalam perut berbanding punggungnya mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih besar daripada wanita yang mempunyai bentuk badan 'pear', wanita yang mempunyai punggung yang lebih besar dan pinggul yang kecil.

Anda juga boleh mengetahui berapa banyak lemak abdomen yang anda miliki dengan mengukur lilitan pinggang anda. Letakkan satu pita ukur di sekeliling perut anda di atas pusat. Ukuran melebihi 32 inci (80 sentimeter) menandakan anda obes dan mempunyai risiko besar untuk mendapat sakit dada, sakit jantung ataupun strok dan diabetes.

Indek Jisim Tubuh (IJT)

Indeks Jisim Tubuh anda menunjukkan hubungan antara berat dan ketinggian, iaitu berkait rapat dengan lemak badan dan risiko kesihatan. Bahagi berat anda dalam kilogram dengan dua kali ketinggian anda dalam meter (kilogram / m2). Indeks jisim tubuh 25.0 hingga 29.9 adalah berlebihan berat badan dan lebih daripada 30 adalah obes.

Berlebihan berat badan atau obes menjadikan fungsi metabolik anda dalam satu keadaan huru-hara dan membawa kolesterol darah yang tinggi, glukosa darah yang tinggi dan tekanan darah tinggi - tiga faktor utama kepada penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi masing-masing. Paling teruk apabila anda mempunyai salah satu daripadanya, ia mengambil masa yang tidak lama untuk mendapatkan dua yang lain.

Kolesterol

Paras kolesterol anda juga dapat menentukan samada anda berisiko mendapat penyakit jantung.Penyakit jantung merupakan ancaman serius dan kita perlu mengambil langkah-langkah untuk melindungi jantung dan kesihatan kita hari ini. Di sini, tedapat beberapa tip berguna.
1. Rendah & Tinggi yang betul
Langkah pertama adalah mengamalkan diet yang memastikan jantung anda sihat dan berkeadaan baik. Dua prinsip mudah untuk anda ingat: rendah lemak, tinggi serat. Kurangkan makanan berlemak dan cuba dapatkan makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau digril. Pada masa yang sama, buat pilihan makanan yang tinggi serat. Mulakan mengambil sayur-sayuran yang dimasak sedikit, mengambil buah-buahan dengan kulit mereka, memilih bijirin dan roti gandum penuh. Dan adakah anda tahu, satu sumber makanan yang kaya dengan serat? Ia adalah oat! Di sini diterangkan mengapa.
2. Faktor oat
Oat adalah 100 peratus makanan semula jadi yang boleh membuat satu perubahan yang besar untuk kesihatan jantung anda. Menurut Pentadbiran Makanan Dan Pentadbiran Ubat-Ubatan AS (FDA), 'Diet yang tinggi dengan bijirin oat atau bran oat serta diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.'
Oat adalah makanan yang kaya dengan serat larut (beta glukan), sejenis serat yang telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Ia akan mengikat bendalir hempedu yang sarat dengan kolesterol di dalam perut anda dan menghalang kolesterol daripada memasuki aliran darah, menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Selain merendahkan paras kolesterol anda, oat membantu dalam mengurangkan berat badan juga. Sebagai satu sumber tenaga yang rendah lemak, oat memerlukan masa lebih panjang untuk dihadamkan. Bermaksud anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang dan tidak akan menyebabkan anda makan secara berlebihan.
3. Nutrien lengkap
Memandangkan serat larut oat adalah amat penting, terdapat tiga nutrien lain yang harus di ambil oleh wanita sebagai keperluan harian mereka. Nutrien ini adalah kalsium, zat besi dan asid folik.Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah dan peredaran darah yang sihat. Asid folik merupakan satu kemestian untuk semua wanita di peringkat usia subur. Asid folik bukan sahaja boleh menyokong penghasilan sel darah merah dan menghalang kekurangan darah, ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat bayi anda dengan satu kecacatan tiub neuron. Jadi jangan tunggu sehingga anda mengandung untuk mula mengambil Asid Folik sebaliknya mulakan hari ini.

Walau berapa pun umur anda, tidak pernah terlambat untuk mula berfikir tentang jantung anda. Mulakan sedikit langkah dan berusaha.

Artikel ini adalah sumbangan daripada Quaker Smart Heart Programme.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, August 17, 2010

Kuih Raya Home Made

Tahun ni kuih/biskut raya x beli cam taun2 sudah. Taun ni mmg nk buat sendiri. Tapi br je 2 malam start buat kuih. Budget 1 malam 1 jenis kuih jadi la. Bukannya ramai yg nak makan pon. Kami sekeluarga je. Lg pon sape la nk dtg beraya kat umah Putrajaya ni kan. Lain la kalo buat open house ke. Tapi x buat kot, x de org nk uruskan, nak masak sume. Budak 2 org tu bkn leh duk diam, ade yg kaco nanti.

Berbalik pada kuih. Sblm pose ari tu dh test buat kuih dh. Buat 2 jenis, biskut dahlia ngan sarang semut. Tapi tinggal sket je lagi, sbb dh abis makan. Nama pon buat sblm pose. Harus la tiap2 hari nk makan kan.

So, malam kelmarin buat biskut kelapa. 1 adunan dpt dlm 200 biji ++. Semalam lak buat kuih yg paling senang, x yag bakar2. Cornflakes Strawberi. Ala, cornflakes gaul ngan coklat perisa strawberi. Hehe. Gaul2 masuk dlm cup pastu sejukkan dalam peti ais sekejap sbb nk bagi coklat tu keras balik, so cornflakes tu melekat la. Dapat la dlm 150 biji +- smlm.

Ni la hasil utk 2 malam. kejap je buat, kul 9-10.30 dh settle. Sbb buat sket2 je. Tapi nk byk jenis. Xde la nk berjaga malam buat kuih kan. Buat utk makan sendiri, bkn nk jual.

Erm malam ni nk buat kuih ape lak ye. Alamak, buat kuih je, baru raya pon x siap jahit lg. Baju dh siap, tapi kain lum. Tu pon br sepasang. Baju kurung dan baju melayu anak2 lum settle lg. Taun ni sume buat sendiri, kuih, baju raya.

biskut kelapacornflakes strawberi, letak banyak2 nanti makan 1 cup pon dh kenyang, hehe

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, August 11, 2010

Kisah Raya

Puasa baru hari pertama. Berbuka pon belum. Dah nak citer pasal raya plak kan. Bukan ape, sebagai panduan supaya x gaduh2 time nak balik raya. Umah sape nk raya dl kan. Kena bertolak ansur dan adil. hehe. So ni sedikit kisah raya untuk sy semenjak bergelar isteri.

Raya tahun pertama : Sudah semestinya kat Terengganu, kg sy. Masa tu awal2 peknen, ade la dalam 4 bln lebih cm tu kot. Tema baju kaler purple. Tapi baju raya x siap. Cam ne nak raye? Rembat baju raya mak saya. Raya pertama x de gambar. Lupa nk amek kot.

Raya tahun kedua : Beraya kat Kedah. Masa ni Adib lum blh merangkak lg. Masa ni jugak sy peknen. Awal2 jgk, dalam 4/5 bln. X ingt la. So dua taun berturut2 x tinggal puasa. Raya ke-2 balik Terengganu sbb kakak sy, Nojiey bertunang. Perjalanan balik dari Kedah ke Terengganu mmg mencabar. Jam x ingt kat kelantan. Lenguh 1 badan duk dalam kete.Tema baju raya Kaler oren. Ni gambar raya tahun ke2.
Raya tahun ketiga : Giliran taun ni Terengganu la plak kan. Anak dah 2. Minggu ke-2 puasa dh anta anak2 dan mak balik Terengganu. Raya ke-2 balik Kedah. Kena antar anak2 balik sana, mak mertua jaga sekejap sbb kakak sy nk kawen lepas raya. So mak saya x leh jg sbb banyak keje nk kena buat kan. Perjalan balik ke Kedah pon mencabar. Jam jugak. kat Kelantan. Sbb tu je jalan nak ke utara. Kalo ade highway baru la best kan.Tema utk raya kaler biru turqoise. Ni plak gambar raya taun ke3
Raya taun keempat (taun ni la) : Plan balik Terengganu je. Balik 1 kg je, jimat kos dan masa. Baju x de tema. Baju raya lum beli pon lg. Rasanya taun ni colurfull la jawabnya. Tapi plan taun ni x sure la jadi ke x sbbnya slalu last minit blh ubah fikiran nk balik mana. Kuasa di tangan saya EnHubby. Gambar harusla x de lg kan.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Kelebihan Solat Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama: Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua: Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga: Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat: Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima: Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam: Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan: Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan: Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh: Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas: Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas: Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas: Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas: Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas: Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas: Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas: Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas: Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas: Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu: Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua: Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga: Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat: Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima: Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam: Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh: Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan: Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan: Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh: Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Marhaban ya ramadhan. Ahlan wa sahlan ya yaumur ramadhan.
Daripada kami sekeluarga:
pic taun lepas, hehe
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, August 9, 2010

Makeup Class

Hari Sabtu dapat berpoya-poya ngan adik aka Maya. Kami g makeup class. Saje amek menghabiskan duit menambahkan pengetahuan. Maklum la kami ni dh la x lawa, kena la amek kelas makeup utk lawakan muka yg x seberapa nk gah ni kan. Hehe. Biasa la pompuan nk lawa utk suami jugak kan.

Kelas sy request kul 2 ptg. Bertolak dari umah kul 1.45 dgn harapan sampai kul 2 la kan. Tapi nasib x baik ari tu, kami lalu kot depan ukm, ingtkn jalan clear. Tapi rupa2nya ade majlis konvo lak. Punya la jam jalan.Kul 3 br sampai, chet.

Apa2 pon dpt jgk sampai kat studio Amy. Mula2 dia bg tau jenis2 foundation yang dia pakaikan utk makeup org. Pastu dia ajar sambil makeupkan model. Pastu turn kami lak yg makeup diri sendiri. Lenguh tangan2 ni. Bkn senang tau, maklum la kami ni jenis keras tangan, hehe. Tapi hasilnya kami suka, walaupon org lain tgk x cantik, bg kami cukup cantik, 1st trial kan. Lepas ni kena praktis byk lg. Si Maya tu cite2 nak jadi mak andam. Harap cite2nya tercapai la ye. Skang ni kena banyak blajar dl.

Meh kite tgk hasil seni kerastangan kami ni.

sebelum, muka suci jek, hehe

selepas, wow ! boleh la kan percubaan pertama

sian anak2 ibu 2 org ni kena tinggal. Ibu ngan mak uda g kelas makeup. Pastu husband ckp, muka dah cun, tang perot tu hancur. Huhu. Yela yela sponsor sy slimworld boleh?

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, August 4, 2010

Taska

Akhirnya tamat sudah pencarian taska untuk anak-anak. Mulai bulan depan, 1/9 diorang akan duduk kat taska. Sebelum ni mak yg jaga. Tapi lepas raya ni dia nk balik rehat kat kg ataupon x dtg trus. Yang tu x sure lg. Tapi adalah lebih elok letakkan anak2 kat taska supaya diorang dapat kawan dan pandai bergaul. Diorang pon dah besar. Sy lum pernah antar anak ke nursery ni, dl masa Adib sorang antar umah pengasuh, dia jaga Adib sorang je. Sejak dapat anak ke-2 mak sy yg jaga sampai sekarang. Dah setaun lebih mak sy duk ngan sy.

Berbalik kepada taska, sy akan hantar diorang kat taska area presint 14 ni jgk. Ade yg dekat ngan umah tapi dh penuh. So kena hantar jauh la sket. Tapi x pe asalkan jgn jauh sangat sudah. Jenuh nk ulang alik. Ptg2 sure jam kan org balik keje. So lepas ni bermula la episod diorang kat taska. Harap2 sumenya ok la nanti, mudah bergaul. Dan harap2 x de la buli anak org. Sbb masa diorang duk berdua ni asyik gaduh je, masing2 duk pukul memukul, aksi gusti , smackdown pon ade tau.

Bayaran bulanan lak, masing2 rm240 utk yg setaun lebih (syasya), dan rm230 utk yg 2 taun lebih (adib). Pendaftaran plak masing2 rm50. So total utk bln depan adalah rm570. Pastu nk kena beli toto utk 2 org budak tu, bag pakaian pon kena 2 la. Sbb masing2 duk bilik asing.

Sebenarnya kompeni saya ada nursery utk anak2 staf, murah pon murah bayaran dia rm130 sorang rasanya, pempers free. Tapi memandangkan sy ni keje x tentu lokasi dia. Dulu kat DBP, skang kat UPM lepas ni x tau lg kat ne. Nursery tu kat Bandar Tasik Selatan. So nak kena ulang alik, dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan, patah balik ke UPM. Pastu ptg2 nak ambil kena redah jam. X pe la mahal sket pon, pelaburan utk anak2 jgk. Dekat ngan umah. Ape2 hal EnHubby senang nak ambil.

gambar sekadar hiasan, imbas kembali zaman anak2 tgh berisi. skrg masing2 dh kurus.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER