>

Thursday, July 15, 2010

Pergilah Air Mata


Dua hari baca citer ni waktu malam. Akhirnya berjaya gak habiskan. Buku ni Maya yg beli, aka adik sy. Dulu ktorg suka beli novel. Tapi skrg suh dia je la beli sorang2, sy tumpang baca je. Sampai berkotak2 novel kat umah. Lepas kawen sy dah malas nk baca. And skrg ni baru nk start balik baca novel. Maklumla busy ngan anak2 kat umah. X de masa nk baca.

Cerita ni pernah baca kat penulisan2u. Mmmg best, tapi x larat nak habiskan. Skrg Maya dh beli buku tu boleh la baca. Ade lagi 2 buah buku yg dia beli, 'Biarlah YM Berbicara' dan 1 lg 'Bini Aku Tomboy Ke?' Nanti ade masa sy baca ok.

Ni sket info pasal novel ni

Tajuk : Pergilah Air Mata
Pengarang : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel Enterprise

Sinopsis:

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Klik DISINI untuk ORDER

1 comments:

  1. wah...wah promote nampak hihihi
    biarlah YM berbicara pun best jugak
    xrugi beli bila jalan cerita mantap
    yg pasti PERGILAH AIRMATA is de best

    ReplyDelete