>

Friday, May 21, 2010

Kota Kinabalu, Sabah

Percutian yang telah lama dirancang. Dari taun lepas, sejak beli tiket murah Air Asia. Itu je yang kami mampu. Nak bercuti pon kena tunggu tiket murah. Kalo x jgn harap la. Harapkan naik kete je la pusing2 semenanjung, hehe.

Percutian bermula 15 May. Bertolak ke LCCT kul 1.00 tgh hari. Kami naik ERL, turun kat Salak Tinggi Kemudian naik bas ke LCCT. Ini merupakan kali pertama bawak anak2 naik flight. 1st time naik Air Asia. Sampai sana punya la ramai org. Macam pasar pon ade, hehe. Flight kami kul 5.10 ptg. Lama jgk la kena tunggu.

Kami sampai sana lebih kurang pukul 7.30. Syasya masa tu selsema. Masa nk mendarat tu dia nangis sbb telinga dia berdengung kot. Sian dia. Masa balik pon sama. Sampai kat airpot sana, terminal 2, kami dijemput oleh tuan punya kereta sewa. Kami sewa kereta dengan kawan EnHubby aka staff SPA kat Sabah, En Hashim, dapat la murah. Awalnya RM120. Tapi bila time nk baya dia ckp RM300 je. So RM100 je la satu hari utk sebuah kereta Naza Citra. Murah kan. Penginapan plak kami menginap di hotel 5 bintang rumah tamu ILP (Institut Latihan Perindustrian). Ini merupakan percutian budget kami, so kena la berjimat kan. Kadar sewa RM100 satu malam. Kira ok la utk kami 3 dewasa dan 2 kanak2. Ada 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Tapi kami hanya guna utk tido dan mandi saje. Ops, ade washing machine. Siap basuh baju lg, hehe. Makan pon kat luar. Sampai kat rumah tamu pon dh malam, so x de aktiviti pada malam tu. Pagi esok br start berjalan2.

Pagi esoknya kul 7 pagi dah bertolak ke Kundasang. Menuju ke kaki gunung Kinabalu. Mmg best la cuaca kat sana. Sejuk je sepanjang perjalanan. Naik bukit kan. Kabus pon tebal la jgk. Kami brekfast pon dalam kete je. Makan nasi lemak yg dibeli di stesen Petronas. Nak dijadikan cerita kami sesat menuju ke Kota Belud. Silap amek simpang la. Kat sini banyak round about. So kena patah balik. Sejam jugak la rugi masa kat situ. Dalam perjalanan tu kami masuk ke pekan Tamparuli. Nak tgk jambatan Tamparuli yang org duk cerita2. Tapi kami x singgah, sbb masa tu hujan. Lepas tu kami trus ke Kundasang. Kami naik ngan kete ke kaki gunung, tapi x sampai pon sbb jalannya sangat la mencabar, bengkang bengkok dan sempit. Kami pusing2 kat situ je.
pemandu
co-pilot
Lepas tu menuju ke Poring Hot Spring. Kat sana kami mandi. Ambil bilik. RM15 untuk 1 jam. Nak ambil yg bilik besar tapi dh full. Nak mandi kat luar dah penuh. Lg pon privacy la sket kan utk kami anak beranak. Lepas tu jalan2 naik atas. X masuk pon kat jambatan gantung tu. Jalan2 kat luar je. Lepas tu dalm kul 2 lebih kami balik semula ke KK. Singgah makan tengahari dl sblm balik. Masa balik tu hujan, kabus tebal. Masa balik pon rugi setengah jam. EnHubby kononnya nk ikot jalan lain, last2 silap jalan. Apa2 pon kami selamat sampai ke rumah tamu. Then malamnya plak, kamu ke pasar malam. Makan malam kat sana dan shopping2. Kemudian ke pasar malam kat Kg Air shopping2 lg. Kat sini tiap2 malam ade org jual. Dah habis shopping2 kami pon balik dan zzzzzzzzz.
ramai org, x de tempat utk kami lepak
Keesokan harinya lepas brekpes kami ke Jeselton Jetty untuk ke Pulau Manukan. Kami pilih utk ke 1 pulau je. Lg pon sama je kan aktiviti kat pulau2 tu. Kami bertolak dlm kul 10.30 og dr jeti. Kami just mandi laut and lepak2 je. No snorkling. Malas plak sorang2. EnHubby pon malas. Dia x pandai berenang, hehe. Main2 ngan anak2 kat laut. Kul 2.oo ptg kami dh balik.


Lepas tu ke shopping complex, pusing2 and beli baju. Lepas tu ke Pasar Philiphine. X lama sbb anak2 buat hal, diorang duk dlm kete, Si Adib menangis. Kami singgah makan nasi ayam di Restoren Juara Nasi Ayam. Sedap. Harga pon murah. Nasi ayam RM4, kedai pon ade aircond. Deco dia pon agak menarik. Murah la utk kedai yg cm tu kan. Lepas tu kami balik mandi dan zzz. Malam tu x pegi mana sbb keletihan.Keesokan kami packing barang siap. Lpas tu p ronda kat pekan. Jumpa 1 kedai jual mutiara dan kristal, wah ape lg, shopping la utk kali terakhir. Mak sy la yg byk beli. Utk jual. Nak meniaga kat kg. Kalo korang nk beli pon saya ade jual gak, hehe. Lepas tu p makan kat restoren nasi ayam semalam and then pegi ambil tuan punya kete utk hantar kami ke airport. Flight kul 5.10 ptg jgk. Sampai sini lebih kurang kul 7.30 ptg jgk. badan pon dh letih. Seb baik amek cuti keesokan harinya.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment