>

Thursday, May 27, 2010

Santai di Petang Hari

Petang2 kalo balik awal, biasanya bawak anak2 pusing2 kat area rumah. Ada jugak bawak pegi taman2 yang berdekatan. Beberapa hari lepas kami ke Presint 16. Area perumahan banglo kat situ. Bape la agaknya harga umah ni. Juta2 agaknya. Kalo bukan jutawan mmg x leh beli la. Kat belakang rumah2 tu ade tempat untuk riadah dan tasik. Mmg sesuai utk beriadah dan hilangkan stress lepas balik keje. Adib dan Syasya mmg suka la. Berlari sana sini sampai jatuh2. Isyhh budak2 ni mmg, kalo x lari x sah.

Entry saya sblm ni mmg banyak pasal tempat2 kat Putrajaya. Sekadar nak berkongsi maklumat dengan kawan2 sume. Kot2 boring nak buat ape ptg2 kan. Leh la kite g joging area2 sini.

ni jurulatih kecik kita, siap suh buat cm dlm gambar tu
berdua lebih baik
ayah mithali
bestnya kalo dapat duk umah banglo cm kat belakang tu. Belakang umah ade tasik, tempat riadah
berangan je la nk duk umah banglo cm ni

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet @ Beryl's Chocolate 28 May - 30 May 2010

Giler best. Sape x nak makan kalo free. Tapi saya balik kg plak esok, Rugi rugi. Sape yg ade kat area sini leh pegi.

28 May - 30 May, 2010
Chocolate Fair - Free Chocolate Buffet
No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.

Time: 9.00am - 6.00pm
Terms and Conditions:
  • Eat all you can with no wastage.
  • Strictly for dine-in only.
  • Unfinished chocolate will be charge according to our selling price.
  • Beryl's reserve the rights to change the terms and conditions without prior notice.
For enquiry, please contact 03 8925 6136.

utk maklumat lanjut: http://www.foodstreet.com.my/food-street/page.s?outlet=Beryl%27s+Chocolate&pid=2016

yang penting HALAL

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, May 26, 2010

Mini Gathering

Ahad, 23 May, berlangsungnya mini gathering yang di adakan di rumah saya. Majlis kecil2an je. Ni pon plan last minit. Muna yg ajak jumpa. Asalnya nk jumpa kat luar je, tapi memandangkan cm susah je nk buat kat luar, sy cadangkan buat kat rumah sy je la. So antara yg dapat hadir ari tu, Muna sekeluarga, Awanis sekeluarga, Lizawati sekeluarga, Azza sekeluarga dan Shida sekeluarga. Emmy awalnya nk dtg, tapi x jadi sbb ade urusan family yg habis lewat. X pe Emmy, lain kali kita jumpa lg. Plan kul 2 lepas zohor. Nampaknya sume dtg kul 2.30 ke atas. Paling awal Awan, dan yang last Muna, hehe. Korang lain kali jgn lambt tau, sian Awan tunggu lama.

Seronok sangat dpt jumpa, ye la dh bertaun2 kan. Ade rasanya dalam 4 taun lebih kot, haha. Sy sediakan nasi ayam, yg lain ade yg bwak kek, jajan, air, buah, kuih, puding. Best sumenya. Gambar plak x byk yg tangkap, ye la duk syok bersembang.

Lain kali kita buat lagi eh korang, plan awal2 n tempat2 yg best. Hehe.

alisya, anak azza
Syasya Qasrina
Syasya dan Ibu
"Syasya nk panjat tangga la ibu"
Adib

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, May 24, 2010

Anak Siapa La Ni?

Semalam bawak anak2 main kat playground area umah. Bawak kamera skali amek2 gambar Adib ngan Syasya. Pastu ade sorang budak ni suka plak dia nk bergambar, hehe. Anak sape la ye. Pandai dia posing. Comel lak tu pakai bj pink. Dia dtg ngan ayah dia. Ayah dia garang, hehe. Besa la tempat cm ni, main2 mesti terlanggar ke ape kan. Tempat sempit. Budak2 bila main bkn nya nk elak2. Ayah dia ni marah2 budak ni. Sian dia, pastu ayah dia ajak balik. Harap2 ayah dia x marah la ye, publish gambar anak dia kat sini.




DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, May 21, 2010

Kota Kinabalu, Sabah

Percutian yang telah lama dirancang. Dari taun lepas, sejak beli tiket murah Air Asia. Itu je yang kami mampu. Nak bercuti pon kena tunggu tiket murah. Kalo x jgn harap la. Harapkan naik kete je la pusing2 semenanjung, hehe.

Percutian bermula 15 May. Bertolak ke LCCT kul 1.00 tgh hari. Kami naik ERL, turun kat Salak Tinggi Kemudian naik bas ke LCCT. Ini merupakan kali pertama bawak anak2 naik flight. 1st time naik Air Asia. Sampai sana punya la ramai org. Macam pasar pon ade, hehe. Flight kami kul 5.10 ptg. Lama jgk la kena tunggu.

Kami sampai sana lebih kurang pukul 7.30. Syasya masa tu selsema. Masa nk mendarat tu dia nangis sbb telinga dia berdengung kot. Sian dia. Masa balik pon sama. Sampai kat airpot sana, terminal 2, kami dijemput oleh tuan punya kereta sewa. Kami sewa kereta dengan kawan EnHubby aka staff SPA kat Sabah, En Hashim, dapat la murah. Awalnya RM120. Tapi bila time nk baya dia ckp RM300 je. So RM100 je la satu hari utk sebuah kereta Naza Citra. Murah kan. Penginapan plak kami menginap di hotel 5 bintang rumah tamu ILP (Institut Latihan Perindustrian). Ini merupakan percutian budget kami, so kena la berjimat kan. Kadar sewa RM100 satu malam. Kira ok la utk kami 3 dewasa dan 2 kanak2. Ada 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Tapi kami hanya guna utk tido dan mandi saje. Ops, ade washing machine. Siap basuh baju lg, hehe. Makan pon kat luar. Sampai kat rumah tamu pon dh malam, so x de aktiviti pada malam tu. Pagi esok br start berjalan2.

Pagi esoknya kul 7 pagi dah bertolak ke Kundasang. Menuju ke kaki gunung Kinabalu. Mmg best la cuaca kat sana. Sejuk je sepanjang perjalanan. Naik bukit kan. Kabus pon tebal la jgk. Kami brekfast pon dalam kete je. Makan nasi lemak yg dibeli di stesen Petronas. Nak dijadikan cerita kami sesat menuju ke Kota Belud. Silap amek simpang la. Kat sini banyak round about. So kena patah balik. Sejam jugak la rugi masa kat situ. Dalam perjalanan tu kami masuk ke pekan Tamparuli. Nak tgk jambatan Tamparuli yang org duk cerita2. Tapi kami x singgah, sbb masa tu hujan. Lepas tu kami trus ke Kundasang. Kami naik ngan kete ke kaki gunung, tapi x sampai pon sbb jalannya sangat la mencabar, bengkang bengkok dan sempit. Kami pusing2 kat situ je.
pemandu
co-pilot
Lepas tu menuju ke Poring Hot Spring. Kat sana kami mandi. Ambil bilik. RM15 untuk 1 jam. Nak ambil yg bilik besar tapi dh full. Nak mandi kat luar dah penuh. Lg pon privacy la sket kan utk kami anak beranak. Lepas tu jalan2 naik atas. X masuk pon kat jambatan gantung tu. Jalan2 kat luar je. Lepas tu dalm kul 2 lebih kami balik semula ke KK. Singgah makan tengahari dl sblm balik. Masa balik tu hujan, kabus tebal. Masa balik pon rugi setengah jam. EnHubby kononnya nk ikot jalan lain, last2 silap jalan. Apa2 pon kami selamat sampai ke rumah tamu. Then malamnya plak, kamu ke pasar malam. Makan malam kat sana dan shopping2. Kemudian ke pasar malam kat Kg Air shopping2 lg. Kat sini tiap2 malam ade org jual. Dah habis shopping2 kami pon balik dan zzzzzzzzz.
ramai org, x de tempat utk kami lepak
Keesokan harinya lepas brekpes kami ke Jeselton Jetty untuk ke Pulau Manukan. Kami pilih utk ke 1 pulau je. Lg pon sama je kan aktiviti kat pulau2 tu. Kami bertolak dlm kul 10.30 og dr jeti. Kami just mandi laut and lepak2 je. No snorkling. Malas plak sorang2. EnHubby pon malas. Dia x pandai berenang, hehe. Main2 ngan anak2 kat laut. Kul 2.oo ptg kami dh balik.


Lepas tu ke shopping complex, pusing2 and beli baju. Lepas tu ke Pasar Philiphine. X lama sbb anak2 buat hal, diorang duk dlm kete, Si Adib menangis. Kami singgah makan nasi ayam di Restoren Juara Nasi Ayam. Sedap. Harga pon murah. Nasi ayam RM4, kedai pon ade aircond. Deco dia pon agak menarik. Murah la utk kedai yg cm tu kan. Lepas tu kami balik mandi dan zzz. Malam tu x pegi mana sbb keletihan.Keesokan kami packing barang siap. Lpas tu p ronda kat pekan. Jumpa 1 kedai jual mutiara dan kristal, wah ape lg, shopping la utk kali terakhir. Mak sy la yg byk beli. Utk jual. Nak meniaga kat kg. Kalo korang nk beli pon saya ade jual gak, hehe. Lepas tu p makan kat restoren nasi ayam semalam and then pegi ambil tuan punya kete utk hantar kami ke airport. Flight kul 5.10 ptg jgk. Sampai sini lebih kurang kul 7.30 ptg jgk. badan pon dh letih. Seb baik amek cuti keesokan harinya.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER