>

Thursday, April 8, 2010

Weekend @Penang

Ni kisah masa balik kampung minggu lepas. Kami balik ke Kedah. Sy amek cuti ari Isnin. Hari perjalanan Sabtu dan Isnin. Ahad kami jalan2 ke Penang. Sambil celebrate besday Adib yg ke-2. X celebrate pon. Cuma tema tahun ni, tiap kali besday mesti g jalan, hehe. Syasya ari tu ke Melaka. Ni turn Adib Penang plak. Nanti EnHubby ke Sabah plak. Turn sy je x de perancangan lg, hehe lambat lg bln November.

So pagi Ahad tu kami bertolak ke Penang. Pegi pagi balik petang. X sempat nk bermalam sbb masa x mengizinkan. Kami bawak skali mak ngan ayah mertua. Sbb x tau jalan kat sana. So senang la nanti ade org tunjukkan jalan. So destinasi pertama adalah terminal feri. Kami naik feri ke Pulau Pinang. Ni 1st pengalaman sy menaiki feri, haha. Amat ketinggalan.

Sampai kat Pulau kami menuju ke Bukit Bendera. Cari jalan menggunakan GPS di henpon EnHubby, seb baik henpon dia canggih sikit, sikit je la pon, hehe. Kalo x sure sesat. Jalan mak ai, punye la jam, x kena date la plak. Hari tu merupakan hari org cina melawat ke kubur diorang. Jalan mmg jam la. Sampai je kat Bukit Bendera tu….TUTUP la plak. Kerja pembaikan sedang dijalankan. Hampa sungguh. Dah x tau nk g mana. Haha. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taman Botani. Cuaca dah agak panas masa tu. So kami menaiki ‘keretapi’ sbb malas nak jalan, lg pon dh cuaca sgt terik. Masuk adalah percuma. Tapi nak naik keretapi tu RM2 seorang. Kat pintu masuk tu ade banyak monyet2. Ade ke patut Adib nak pergi pegang monyet2 tu, dia kejar monyet2 tu. Seb baik x kena gigit ke ape. Dah abis pusing 1 round perut dh mula lapar. Masa tu lebih kurang kul 12.30 tgh hari. So plan seterusnya nk g makan.

Lupe nak ckp, kami lupe bawak kamera. Padahal dh plan nk g Penang, sepatutnya bawak la kamera kan. Huhu ape nk buat dh lupa kan.

So kami singgah di Metrojaya, makan KFC. Terjadi satu kejadian plak kat situ. Nanti next entry cite. Kang panjang plak entry ni.

Lepas makan kami ke Batu Feringgi. Banyak kedai tutup, cina cuti agaknya. Kami singgah solat kat masjid and lepak kat pantaii sekejap layan blues, haha blues la sangat. Then, kami pon balik. Naik feri jugak. Kemudian kami ke Hospital Kulim. Melawat sepupu EnHubby kat wad ICU. Kesian tgk keadaan dia. Mak dia bg tau kena denggi + malaria. Kuman merebak kat jantung. Lama jgk la koma ari tu. Skang dh sedar tp masih di ICU. Keadaan truk jgk la.

Kemudian kami balik ke umah, singgah di Village Mall, Sg Petani beli kek secret recepy utk Adib, sempena besday dia. Adib ni mmg suka kek, so x rugi la beli kalo ade org nk makan kan. And then tapau makanan and balik umah makan2, potong kek. And then buat ape yg patot and tidur, zzzz. Sgt penat. Tak puas jalan2 kat penang. Lain kali nk pergi lagi and tidur sana plak. Baru best jalan2.



Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment