>

Wednesday, April 28, 2010

Chat @HotFm - Biar Papa Asal Bergaya

Saya adalah seorang pendengar dan peminat setia hotFM. Wah bkn main lg statement. Haha lantak la. Pergi dan pulang keje, mesti la radio ni yg jadi teman masa drive. Boleh buat ketawa sorang2 kalo ade part yg lucu2. Kalo org sebelah tgk mesti dia kata "perempuan ni gila". Haha.
Semalam hot chat masa pulang dari kerja "Biar Papa Asal Bergaya". Ermm ramai yg beri pendapat yang pelbagai. Ada yang sanngup berhutang asalkan org nampak bergaya. Baru ade kelassss. Kelassss amende kalo cm tu. Haha.
So pendapat saya plak, x elok la cm tu kan. Hidup ni tgk kemampuan la. Buat apa bebankan diri demi utk tunjuk2 kat org. Kononnya kepuasan la. Ye la puas, pastu menanggung la hutang berbeban2 tu sampai pening kepala. Kalo gaji mahal dan mampu lantak la nak pakai ape pon kan. Org x kesah selagi x kacau hidup org lain. Maksudnya duit dia banyak dan x menyusahkan hidup org. Ni yang gaji kecik dan cukup2 makan je ni pon, sibuk nak beli barang2 mahal yang rasanya awal2 bln mampu la beli kan. Bila dh pertengahan dan hujung bulan tu mula la buat muka kesian nk pinjam duit org. X ke menyusahkan org namanya. Macam nk lempang pon ade kan. haha.
Lagi satu, beli kereta mahal2. Pastu simpan kat umah. Pasal ape simpan? Hehe duit x de nak isi minyak. Pastu nk g keje naik moto. Biasanya lelaki la kan. Pastu nk bayar roadtax ngan insurans pon meminjam sana sini.
Pastu ada plak yang suka pakai henpon mahal2. Nak bayar bil pon mampu x mampu je. Hehe. Kalo org tu mmg mampu x kesah, no hal. Tapi utk jenis org "Biar Papa Asal Bergaya" ni, mmg x patut la kan. Setakat nk sms ngan call je pon.
Apa2 pon, kalo nk beli sesuatu kena pikir dl. contohnya, "kalau aku beli kete ni, mampu x nak isi minyak, insurans+roadtax, service, tukar tayar nanti kalo rosak, maintainance". Kalo rasa2 x mampu pilih la kereta yang dirasakan mampu utk tanggung semua kos2 ni. Ramai yang terlepas pandang, beli kete ikut kemampuan bayaran bulanan sahaja. Dari segi kos2 lain x diambil kira.
Renung2kan selamat menabung. Biar bergaya asal berduit. Kena ingat tu.
Sedikit selingan. Dulu masa mula2 kerja gaji sy sikit je. Maksudnya cukup2 utk tampung hidup selama sebulan. Tu blum beli kete masa tu. Tapi dah 2 3 taun keje , gaji makin naik, kete pon dh mampu beli walaupun kete kecik je, dan sekarang dh kawen pon. Anak 2. Syukur alhamdulillah sy dijodohkan dengan seorang yang sangat pandai manabung. Tiada pembaziran dilakukan ke atas duit gaji yang diperolehi. Dan skrg sy dilatih utk menjadi seorang yang pandai menguruskan kewangan. Tapi kadang2 terikut jgk nafsu perempuan, hehe, suka shopping. Suami suka suka membaca. Banyak info yang diperolehi utk menguruskan kewangan. 10% daripada gaji wajib dimasukkan ke dalam akaun simpanan. Yang mana mmg x akan dikeluarkan. Kalo ade duit lebih, bonus contohnya, mmg sy x akan usik duit tu. Trus masukkan dlm akaun. Kalo nk beli sesuatu yang mahal, sy akan simpan duit belanja harian sy selama beberapa bulan. Duit dalam akaun yang disimpan itu akan digunakan ketika sy pencen nanti. X leh nk harapkan duit kwsp. Sbb nanti dah pencen kos sara hidup masa tu mesti dah melambung2. Kalo ade rezeki lebih, boleh pergi umrah, haji, melancong. Biar kita bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment