>

Thursday, April 29, 2010

Mood Bercuti

Adui lambat lg ke nk g bercuti. Dah x sabar nak enjoy puas2. Count day: 15 days. Nak merehatkan minda dan mencari ketenangan. Nak shopping, uh ade duit ke? Alamak, mana nk cr duit ni? Sempat ke. Nak mandi laut. Nak snorkling, nak panjat gunung Kinabalu, hehe lawak je,mana larat.

kredit: gambar ihsan en google, kalo tersilap ambil, tuan punye gambar jgn marah eh.

http://i1.treklens.com
http://www.cohp.org/
http://www.etawau.com
http://www.fadzli.com


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, April 28, 2010

New Idea

Pagi tadi sy iron selendang panjang ataupun lebih dikenali dengan nama shawl. Ingatkan mula2 nak pakai ngan inner tudung syria. Tapi cm x best plak inner tu. Sbb mula2 pakai mmg la nampak lawa, sbb kena tarik sampai bawah pipi kan. Tapi lama2 dia ternaik sendiri, dh x comel, haha perasan. Ye la dh nampak bulat dah muke. Padahal mmg bulat pn. So tetiba teringat ade kain jersey lebihan utk buat tudung ari tu. Apa lg, potong la buat inner kecik segitiga. Haha. Pakai ngan shawl. Ha, baru la x tertarik ke atas inner tu. Sesuai ler. Perasan, haha. Nak letak jgk gambar, "ade aku kisah?"

gambar pakai web cam kat laptop je

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Chat @HotFm - Biar Papa Asal Bergaya

Saya adalah seorang pendengar dan peminat setia hotFM. Wah bkn main lg statement. Haha lantak la. Pergi dan pulang keje, mesti la radio ni yg jadi teman masa drive. Boleh buat ketawa sorang2 kalo ade part yg lucu2. Kalo org sebelah tgk mesti dia kata "perempuan ni gila". Haha.
Semalam hot chat masa pulang dari kerja "Biar Papa Asal Bergaya". Ermm ramai yg beri pendapat yang pelbagai. Ada yang sanngup berhutang asalkan org nampak bergaya. Baru ade kelassss. Kelassss amende kalo cm tu. Haha.
So pendapat saya plak, x elok la cm tu kan. Hidup ni tgk kemampuan la. Buat apa bebankan diri demi utk tunjuk2 kat org. Kononnya kepuasan la. Ye la puas, pastu menanggung la hutang berbeban2 tu sampai pening kepala. Kalo gaji mahal dan mampu lantak la nak pakai ape pon kan. Org x kesah selagi x kacau hidup org lain. Maksudnya duit dia banyak dan x menyusahkan hidup org. Ni yang gaji kecik dan cukup2 makan je ni pon, sibuk nak beli barang2 mahal yang rasanya awal2 bln mampu la beli kan. Bila dh pertengahan dan hujung bulan tu mula la buat muka kesian nk pinjam duit org. X ke menyusahkan org namanya. Macam nk lempang pon ade kan. haha.
Lagi satu, beli kereta mahal2. Pastu simpan kat umah. Pasal ape simpan? Hehe duit x de nak isi minyak. Pastu nk g keje naik moto. Biasanya lelaki la kan. Pastu nk bayar roadtax ngan insurans pon meminjam sana sini.
Pastu ada plak yang suka pakai henpon mahal2. Nak bayar bil pon mampu x mampu je. Hehe. Kalo org tu mmg mampu x kesah, no hal. Tapi utk jenis org "Biar Papa Asal Bergaya" ni, mmg x patut la kan. Setakat nk sms ngan call je pon.
Apa2 pon, kalo nk beli sesuatu kena pikir dl. contohnya, "kalau aku beli kete ni, mampu x nak isi minyak, insurans+roadtax, service, tukar tayar nanti kalo rosak, maintainance". Kalo rasa2 x mampu pilih la kereta yang dirasakan mampu utk tanggung semua kos2 ni. Ramai yang terlepas pandang, beli kete ikut kemampuan bayaran bulanan sahaja. Dari segi kos2 lain x diambil kira.
Renung2kan selamat menabung. Biar bergaya asal berduit. Kena ingat tu.
Sedikit selingan. Dulu masa mula2 kerja gaji sy sikit je. Maksudnya cukup2 utk tampung hidup selama sebulan. Tu blum beli kete masa tu. Tapi dah 2 3 taun keje , gaji makin naik, kete pon dh mampu beli walaupun kete kecik je, dan sekarang dh kawen pon. Anak 2. Syukur alhamdulillah sy dijodohkan dengan seorang yang sangat pandai manabung. Tiada pembaziran dilakukan ke atas duit gaji yang diperolehi. Dan skrg sy dilatih utk menjadi seorang yang pandai menguruskan kewangan. Tapi kadang2 terikut jgk nafsu perempuan, hehe, suka shopping. Suami suka suka membaca. Banyak info yang diperolehi utk menguruskan kewangan. 10% daripada gaji wajib dimasukkan ke dalam akaun simpanan. Yang mana mmg x akan dikeluarkan. Kalo ade duit lebih, bonus contohnya, mmg sy x akan usik duit tu. Trus masukkan dlm akaun. Kalo nk beli sesuatu yang mahal, sy akan simpan duit belanja harian sy selama beberapa bulan. Duit dalam akaun yang disimpan itu akan digunakan ketika sy pencen nanti. X leh nk harapkan duit kwsp. Sbb nanti dah pencen kos sara hidup masa tu mesti dah melambung2. Kalo ade rezeki lebih, boleh pergi umrah, haji, melancong. Biar kita bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, April 27, 2010

Missing Mode

cepat la masa berlalu, x sabar nk jumpa, maybe 1 or 2 weeks or 3 weeks. ermmmm



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, April 25, 2010

Melentur Buluh

Apa kaitan ngan tajuk di atas? Hehe x de pape, cuma anak2 ni rajin sangat nak menolong ibu dia sapu lantai. Padahal ibu dah siap sapu pon. Tapi memang betul la apa org kata, melentur buluh biar dari rebung, yang bermaksud "mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi". Apa2 pon, kita sebagai ibu bapa kena la mendidik anak2 seperti apa yg kita inginkan.

video

video
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, April 24, 2010

Jalan2 Cari Makan @Popeyes® Louisiana Kitchen

Semalam adalah last day utk Oracle Datawarehouse LVT. Kelas abis dlm kul 2. Sepatutnya 2.30. So sblm balik opis, jalan2 cari makan kat Mid Valley dl. Singgah makan kat Popeyes. 1st time cuba. Sblm ni dgr2 dr org, ckp sedap. So nk cuba la. Lebih kurang KFC jgk la menu dia.
Sy order yg set 2 ketul ayam. Harga pon lebih kurang KFC je. Ayam 2 ketul, mashed potatoes with gajun gravy, cole slaw, dan juga biskut serta soft drink. Rasanya? Not bad. Tapi dh biasa makan KFC, so tekak ni cm kata KFC lg sedap la. Hehe. Kepada penggemar Popeyes. Jan marah eh. Biskut dia tawar setawar2nya. hurm. 1st time and last time cuba. Hehe.
suasana kat sana, kak aisyah jgn marah eh, dh cover ngan watermark
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, April 22, 2010

Oracle DataWarehouse

Hari ni adalah hari ke 2 training. Training ni dh attend dl masa bln 1. Rasanya lebih kurang sama je. Dl kat Oracle menara Citibank. Skang Oracle dh pindah kat The Garden. Start 10.30 pg sampai kul 2.30. Break 2 kali, setiap sesi 10 minit je. So x sempat nk lunch pada hari pertama. Lunch pon bile dah abis kelas. Hari ni, hari ke-2 bawak bekal siap2. Esok satu hari lg.
Kat The Garden ni byk la plak tempat shopping. Tapi 'ongkos' nya ngak ade. Haha, mahal2 lak tu. Nak murah sila pergi kat Mid Valey, lintas jalan je. So cuci mata je la sini. Apa blh buat, bkn taraf shopping sini. Tgu bila dh kaya raya nanti sampai duit pon x tau nk buat apa masa tu. Haha.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, April 20, 2010

New Me?

Ada yang tau and ade yang x tau pasal sy remove mole atas faktor kesihatan. Dah hampir seminggu, smlm sy pegi bukak jahitan. Alhamdulillah. Lega rasanya. X de la misai buatan yang menganggu hidup ni. Hehe. Tapi parutnya jelas kelihatan. lepas bukak jahitan br la berani letak bio-oil. Harap2 leh la pudarkan parut. Sesapa ade petua nk hilangkan parut. Meh kongsi ngan saya.

muka ngantuk + bosan
sile abaikan parut2 jerawat, sape nk sponsor produk kecantikan kat sy, meh meh sini sy try
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Kalo Dah Lelaki

Sblm ni entry pasal perempuan. Ni pasal anak lelaki sy plak.

nak buat ape eh? (blur mode)

jum main perang2

"inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, utk ibu pertiwi", la la la
haha pegang senapang pon x betul nih, hehe. semoga anak2 ku menjadi anak yg berguna kepada agama, bangsa dan negara.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, April 19, 2010

Kalo Dah Perempuan

Mesti para ibu sangat gembira apabila mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan adalah perempuan. Sbb nya:
  • kalo girl ni mesti comel
  • leh buat kawan bile besar nanti
  • leh tlg buat keje umah bile besar
  • x banyak kerenah berbanding boy
  • senang nk jaga masa kecik
  • baju2 dan aksesori girl ni comel dah banyak pilihan
Dan anak sy dh mula tujuk perangai sebenarnya, suke melaram, nampaknya ibu kena beli macam aksesori la lepas ni.




DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, April 18, 2010

Watermark Free

Ingt x lg contest hijau yg sy join beberapa hari lepas? Sy salah sorang pemenang. Terima kasih kepada juri dan penganjur contest. Cantik sgt watermark ni.

Ni nak test kat gambar yg dipertandingkan tu. Baru la lengkap dengan adenyawatermark sendiri. Sesapa yg nk watermark sendiri leh order kat sini ye.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, April 17, 2010

10 Tahun Yang Lepas

Tadi jalan2 kat facebook kawan2. Tiba2 ternampak gambar ni...

Dari kiri: saya, roslina, husni, hasliyarah, nurul ajaratul
Ni gambar masa zaman matrik kat Kolej Mara Banting. Saya adalah yang berbaju hijau tu. Kurus kan time ni, haha. Ye la zaman anak dara mesti la slim melim gituw. Sbnrnya rindu kat semua kawan2 matrik. Ade yang langsung x jumpa lepas abis matrik. Yang kat gambar ni semua dh berkeluarga dan ade anak dan anak2. Dan ade yg dh lost contact terutamanya roslina. X dapat nk jejak dia. Yang lain dpt la jejak kat facebook dan friendster. Bile ye nk jumpa korang lagi...ermm
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tupperware

Hari ni sy jadi ahli Tupperware. Mari2 sape nk beli leh order ngan sy. Hehe. Contact me : biecute@gmail.com

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Contest Hijau

Ini adalah sticky entry, sila scrol ke bawah utk latest entry.
Ni last minit contest. Dianjurkan oleh mzhany. Senang je nk join. Sila baca ni:
"Apa yang perlu anda buat adalah, uploadkan 1gambar Hijau, tak kisahla gambar tuh ada objek hijau ker, gambar korang pakai tudung hijau ker, baju hijau ker seluar hijau ker, ape ape la yang bewarna hijau...walau secoet pon kaler hijau dalam gambar tuh tetap di terima yer."

So syarat2 nye plak leh rujuk kat blog mzhany ni.

Dan gambar yang dipertaruhkan adalah ...
Gambar ni diambil di Laman Duta, Putrajaya, bawak anak2 beriadah kat sini. Kebetulan pakai baju hijau ELMO, hihi. Gambar ni ori tau, no edit2.

Hadiah best, iaitu watermark dari http://eybizzonline.blogspot.com.

Memandangkan sy lum ade watermark sendiri, teringin la jugak kan nk menang hadiah ni. Semangat berkobar2 nih nk menang.hehe.



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, April 15, 2010

Pengalaman remove moles

Saat entry ini ditulis, luka masih pedih dan berdenyut2, aduiii. Degil x nak makan pain killer.
Kisahnya bermula apabila tiba2 my mole ni berdarah. Pastu ok lagi. Esok nya tu berdarah lagi lepas cuci muka. Lepas tu ade la 2 3 kali berdarah lagi. Kebetulan masa tu bawak Adib g jumpa doktor sbb cirit birit. Alang2 suh doktor cek la skali kan. Doktor tu duk belek2 pastu ckp suh jumpa dr pakar kulit.
Minggu yang berikutnya sy pon pergi la ke klinik pakar kulit seperti yang dicadangkan doktor. Doktor tu tya ape yg patot n belek2 mole sy ni, pastu dia kata bukan kanser. Fuh selamat... Pastu dia kata "tapi..elok awak buang la. Sy suggest awak buang". Dalam hati "alamak". Cam teruk je kes, haha. Pastu sy dpt surat refer ke dr pakar surgeri plak. Trus g buat appointment, next week nya plak.
Hari yang dinanti2 dh tiba. Haha nanti la sgt. Appointment kul 8-10 malam. Buat kat Hospital Pakar An Nur. Masuk2 je, alamak ramai la plak org ari ni. Tapi sy nye kes refer dr pakar kat atas, tingkat 2. Tapi ramai jgk. Sy ditemani EnHubby. Kami sampai kul 8.45 malam. Tunggu punya tunggu, lama bebeno. Hospital ni dh macam pasar pon ade, riuh rendah ngan suara budak2. Diorang ni sakit ke x, bkn main lagi riuh. Tunggu lagi... dan tunggu. Aduhai lambat bebeno. Kul 11.00 lebey baru diorang panggil naik atas tingkat 2. Ingtkan leh jumpa dr terus... tapi kena tunggu lagi. Aduhai... Masa tuh dh kul 11.45 malam br diorang panggil. Masa menunggu tu, EnHubby dah berdengkur dh kat kerusi, Sian dia kena temankan sampai malam.. eh bukan.. sampai awal pagi tau.
Then masuk jumpa dr. Dr tya apa yg patot. Hehe jawab la apa yg patot kan. Pastu dia terangkan la ade 2 cara nk buat, nak bius 1 badan and x sedar atau pon nk bius kat tempat berkenaan sahaja dan sedar. Apa kes nk bius 1 badan lak kan, bukan nk operate satu badan, haha. Dr kata kalo penakut kena la bius 1 badan. Haha. Ape la dr ni. Dr ni lawak orgnya. Nama dia Dr Razale. Siap tanya sy kat badan ade mole x? Nak buang kat badan x? Alahai dr, sy nak buang yg bermasalah je. Yang x de masalah tu biar je la. Ni mesti nk duit banyak ni. Byk buang byk la dapat duit kan, Haha. Dia ckp "nanti ade parut, awak letak vitamin e kurang la parut tu".
Pastu dia suh turun bawah sbb kat atas peralatan x cukup. Kat emergency room. Dah biasa masuk bilik ni masa Adib ngan Syasya kena amek nebulizer dulu. Pas dr suh masuk, trus dia suh baring. Bukak baju tudung dan trus baring. Kang kena darah lak dr ckp. Pastu dr siap2kan apa yg patot. Bilik ni sejuk la plak menggigil sy. Dr siap tanya "ni menggigil sejuk ke takot". Haha. "Sejuk la dr". Pastu sy mintak extra selimut, haha, sejuk bangat ni, betul2 duk bawah aircond. Pastu dr duk tala lampu kat muka. Dr ckp kat nurse "nanti silau ni, tutup mata dia". pastu mata pon kena tutup la kan. x nampak plak ape yg diorang buat nanti. Pastu dr dh ready nk cucuk ubt bius. Dah cucuk sume pastu biarkan kejap. Masa ni dh kul 12 lebey dh. Mata pon dh ngantuk. Dr duk sembang2 ngan nurse n MA.
Pastu dr datang nk start surgery. Sambil buat sambil terangkan, sy nk buat ni, sy nk buat tu... buat la apa yg patot dr, sy rela. mata dh ngantuk ni. Tapi cuak pon ade gak, sbb leh rasa dia potong mole tu cuma x sakit la. Ngeri siot...haha. Darah pon banyak gak, sbb muka kan byk saraf. Sy leh rasa darah meleleh sampai mulut. Haha. Dah siap satu, dia jahit. Proses jahit tu pon seriau jgk. Teringat masa jahit luka bersalin dl. Terasa benang2 ditarik dan di ikat. Hehe. Dh siap satu, 1 lagi. Proses yg sama jgk. Sambil2 buat tu dgr la dr duk bersembang ngan nurse, dia tya nurse tu x nak buang ke nurse nye mole tu, sbb nurse tu pon ade mole jgk. Pastu duk cerita pasal hostel staf perempuan la,ade hantu la, umah sewa la, beli rumah la. Macam2 la. Dah siap sume, dr ckp "benang ni sy potong panjang sket, nanti awak ade misai la". Sy jawab " misai kucing ke dr?" haha layan je la lawak dr tu. Dr tu kira ade 8 jahitan. Byk tuh.
Dah siap sume dr cuci2, lap2 dan tampal luka. Pastu dia suh bangun dan suh nurse bg cermin tgk muka. Melawak plak dr ni, sy ckp " dr dh tampal luka cm ne nk tgk". Dr tu gelak2 lg. Dr ckp dia bg mc 1 hari ngan ubat, nanti selepas 5 hari dtg bukak benang. MC 1 hari jek, dr ckp, kalo rasa x ckp 1 hri nanti dtg mintak MC lg. Boleh plak dr ni ckp gitu. Haha. Kalo MC byk hari x siap la keje kat opis ni. Sy siap tya "dr, nanti kena pantang makan x?" Haha ape kes nk pantang2 lak kan. Dr ckp x yah. Haha mana la tau kan, sbb luka kn. Pastu di kata nanti bius tu akan hilang lepas 2 jam dicucuk. Kalo sakit makan pain killer yang dibekalkan. Lepas ni kena dtg bukak benang dan ade follow up lg.
Then tunggu luar amek ubat ngan mc. Balik umah, sume dh tido Ye la, sampai umah dah pukul 1 pagi. Sembahyang isya', makan antibiotik dan zzzz. Pagi esoknya bukak palster yg diorang tampal kat luka tu. Tunjuk kat Adib dia kata " eeeeee.. akot". Maksudnya "eeeee,,, takut". Apa2 la Adib oi. Pastu rasa ngantuk lg, layan zzzz sampai kul 9 pagi depan tv. Kes balik lambat smlm. Adib dtg kiss kiss. Haha ibu dia yg wangi busuk x mandi ni pon nk kiss kiss. Agaknya kesian tgk sy cm org sakit. Haha. Sweet Boy.
So semalam lepak umah sambil menjaga 2 budak yang nakal lasak. Hantar mak sy kat komuter Serdang sbb nk g shopping kat Jalan TAR. Adib nangis2 nak ikot sambil tertido dalam kete..... eh melalut lak citer pasal si Adib ni. Hehe korang layan je la eh.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, April 14, 2010

MC Today

Salam semua. I got mc today sbb buat small operation. Ni dia, jeng jeng jeng





before





after

korang nanti jgn buat2 x kenal plak ye. I bukan nk lawa ke apa, dh doktor pakar kulit suh buang, i ikot je la nasihat dia tu. Aduh pedih ni sbnrnya, Berdenyut2 je rasa. kena 8 jahitan. Later i cerita ek sbb nape kena buang kat next entry.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, April 12, 2010

Bila Suami Yang Pilih

Memandangkan kasut saya sudah rosak, "wajib" la diganti dengan yang baru kan. Tu pon suami yang suruh beli kasut baru. Memang nak beli pon masa JCard day ari tu. Tapi x de yang berkenan. So semalam sempat la menyinggah di IOI Mall Puchong. Tu pon otw nk g amek anak2 dan mak yg 'diculik' oleh kakak sy. Biasanya sy pakai kasut crocodile je, tapi semalam x de plak yang berkenan, x de yg design baru. So pusing punya pusing kat dalam Jusco Puchong tu ternampak la kasut ni. Terus EnHubby suh amek yg tu. Sy pon ok la dari x de kan. Tapi sy yg bayar ok. Hehe. So ari ni bergaya ka ngan kasut yg tinggi ni, tp x de la tinggi mana pon, Dah lama sebenarnya x pakai kasut tinggi2 cm ni, seb baik tapak dia jenis yg full, kalo x mau tersembam kat jalan tar, haha. Sbnrnya, ok x pilihan org lelaki ni ek?



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, April 8, 2010

Kisah di KFC di Metrojaya Penang kat Island Plaza Penang

Alkisahnya…. (kisah dr entry sblm ni). Kami lunch KFC sbb tempat tu kira selesa la sket, x panas ade aircond. Saya bagi Adib makan dulu la sblm saya makan. Kang sy makan sos pedas la plak. So dah nak abis adib makan tu, dia tergigit lidah. Sakit agaknya dia nangis. Adib kalo nangis kuat mmg dia akan muntah. So termuntah la sket apa yg dia makan tu. Sy bg dia makan roti cicah air milo je pon. Ngan ayam sket. Dia x leh makan makanan keras lg sbb ari tu cirit birit. So doctor pesan suh bg makanan yg lembut2. X de la banyak sgt muntah, sy dh lap2 dan tindih ngan tisu. Pastu EnHubby bg tau pekerja kat KFC tu suh bersihkan baby chair yg adib duk tu. X elok la kan nak biar cm tu je, sbb kami betul2 duk kat depan kaunter. Nanti ape plak kata pelanggan yg lain yg sedang beratur nk beli makanan. Kang terbantut la plak selera diorang. Tapi pekerja KFC tu x endah pon. So biarkan je la. Turn sy plak makan. Org lain dh abis makan sy br nk makan. Sy amek la sos nk cicah ngan ayam. Mula2 tgk sos tu mmg rasa cm pelik sket rupenya. Cam dh berbuih2 je. Tapi sy bukak jgk and tuang dlm pinggan. Tapi sos tu x mo kuar2. So sy cuba cium bau dia. Alamak ai, bau MASAM. Ni sos cili ke ape? So sy amek sos yg lain. And sambung makan. Dah nak abis makan baru la pekerja KFC tu dtg nk bersihkan baby chair. Tu pon sy tgk dia siap pakai sarung tangan plastik lg. Bukan banyak pon muntah. Dah lap and tutup ngan tisu dh. Bkn main jijik lg ko eh. Padahal kalo pegang kerusi tu bukan kena pon muntah tu. Lepas tu EnHubby dtg kat meja sy, tadi dia p kuar kejap. Sy ckp kat dia sos cili bau masam, seb baik x makan. Pastu apa lagi terus la dia bg tau kat pekerja kat kaunter. Kebetulan pegurus dia yg jaga kat kaunter. Sy terdengar la EnHubby ckp sos tu masam, sy hampir nk termakan sos tu. Nak tau ape reaksi pengurus tu? Boleh plak dia buat muka jijik. Tu br bg tau sos tu masam. Bukan dia yang makan sos masam tu. Kalo dia yang makan agaknya muntah hijau la kat situ. Bukan nak kata ‘SORRY’ ke ape, blh plak ko buat muka JIJIK kat depan customer. Dah la ko tu bawak jenama international fast food. Apa lg melenting la EnHubby. Kami bkn ape, takot nanti org lain plak termakan SOS MASAM tu. Dah la nk bersihkan baby chair tu punye la lama. Bukan sibuk pon staf diorang. Siap boleh lepak2, sembang2, minum2 kat meja makan. Cam x de keje nak buat. JIJIK sgt ke ngan muntah budak? PENGURUS pon sama je ngan anak buah. Mana layanan mesra pekerja KFC. Sy bukan nk kutuk sume staf KFC cm ni tau, Cuma pekerja KFC kat Island Plaza Penang ni je yg teruk. Ni hak customer, bile customer bg tau sos tu masam, cuba la ko ckp ‘SORRY’ ke, ‘Nanti kami ganti ngan sos yg lain’ ke. Ni ko buat muka JIJIK, sape nk tgk muka buruk ko tu. So lepas dh habis makan sume, kami pon blah. Harap2 KFC ni ade la bg training kat pekerja diorang cm ne nak layan customer. Buat malu jenama KFC je.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Weekend @Penang

Ni kisah masa balik kampung minggu lepas. Kami balik ke Kedah. Sy amek cuti ari Isnin. Hari perjalanan Sabtu dan Isnin. Ahad kami jalan2 ke Penang. Sambil celebrate besday Adib yg ke-2. X celebrate pon. Cuma tema tahun ni, tiap kali besday mesti g jalan, hehe. Syasya ari tu ke Melaka. Ni turn Adib Penang plak. Nanti EnHubby ke Sabah plak. Turn sy je x de perancangan lg, hehe lambat lg bln November.

So pagi Ahad tu kami bertolak ke Penang. Pegi pagi balik petang. X sempat nk bermalam sbb masa x mengizinkan. Kami bawak skali mak ngan ayah mertua. Sbb x tau jalan kat sana. So senang la nanti ade org tunjukkan jalan. So destinasi pertama adalah terminal feri. Kami naik feri ke Pulau Pinang. Ni 1st pengalaman sy menaiki feri, haha. Amat ketinggalan.

Sampai kat Pulau kami menuju ke Bukit Bendera. Cari jalan menggunakan GPS di henpon EnHubby, seb baik henpon dia canggih sikit, sikit je la pon, hehe. Kalo x sure sesat. Jalan mak ai, punye la jam, x kena date la plak. Hari tu merupakan hari org cina melawat ke kubur diorang. Jalan mmg jam la. Sampai je kat Bukit Bendera tu….TUTUP la plak. Kerja pembaikan sedang dijalankan. Hampa sungguh. Dah x tau nk g mana. Haha. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taman Botani. Cuaca dah agak panas masa tu. So kami menaiki ‘keretapi’ sbb malas nak jalan, lg pon dh cuaca sgt terik. Masuk adalah percuma. Tapi nak naik keretapi tu RM2 seorang. Kat pintu masuk tu ade banyak monyet2. Ade ke patut Adib nak pergi pegang monyet2 tu, dia kejar monyet2 tu. Seb baik x kena gigit ke ape. Dah abis pusing 1 round perut dh mula lapar. Masa tu lebih kurang kul 12.30 tgh hari. So plan seterusnya nk g makan.

Lupe nak ckp, kami lupe bawak kamera. Padahal dh plan nk g Penang, sepatutnya bawak la kamera kan. Huhu ape nk buat dh lupa kan.

So kami singgah di Metrojaya, makan KFC. Terjadi satu kejadian plak kat situ. Nanti next entry cite. Kang panjang plak entry ni.

Lepas makan kami ke Batu Feringgi. Banyak kedai tutup, cina cuti agaknya. Kami singgah solat kat masjid and lepak kat pantaii sekejap layan blues, haha blues la sangat. Then, kami pon balik. Naik feri jugak. Kemudian kami ke Hospital Kulim. Melawat sepupu EnHubby kat wad ICU. Kesian tgk keadaan dia. Mak dia bg tau kena denggi + malaria. Kuman merebak kat jantung. Lama jgk la koma ari tu. Skang dh sedar tp masih di ICU. Keadaan truk jgk la.

Kemudian kami balik ke umah, singgah di Village Mall, Sg Petani beli kek secret recepy utk Adib, sempena besday dia. Adib ni mmg suka kek, so x rugi la beli kalo ade org nk makan kan. And then tapau makanan and balik umah makan2, potong kek. And then buat ape yg patot and tidur, zzzz. Sgt penat. Tak puas jalan2 kat penang. Lain kali nk pergi lagi and tidur sana plak. Baru best jalan2.



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, April 5, 2010

Selamat Ulang Tahun Ke-2

2 tahun yang lalu, lahirnya seorang putera yang diberikan nama Muhammad Adib bin Mohamad Roshidi. Selamat ulang tahun sayang...
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, April 2, 2010

Training Oracle BI Publisher @opis BTS

Ari ni training BI Publisher. Skang tgh ngantuk sbb makan banyak td. zzzzzzzzzzzzz... alamak cikgu dh sampai plak. sambung blaja.

ni la cikgu sy ari ni, hehe, jgn marah cikgu, curi tangkap gambar, hehe

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER