>

Thursday, February 18, 2010

Weekend @Sungai Congkak

Cuti raya cina baru ni kami x jadi balik kampung. So aktiviti harian hanyalah melepak di rumah sambil makan, tgk tv, tido. Memandangkan skrg musim panas, kami menyelitkan diri ngan aktiviti luar rumah iaitu pergi mandi sungai di Sg Congkak. Dengan anggapan dapat menyejukkan badan dengan air sungai yang sejuk itu.

Kami bertolak dari rumah pukul 2.00 ptg. Kemudian singgah di Warta, Bangi utk beli pizza. Almaklum la x masak kan. Lepas tu kami bertolak terus ke sana. Dan sampai pekan batu berapa x ingt, boleh plak jem? Alamak, mesti ramai org ni. X dpt bayangkan kalo pegi pagi. Namun kami redah jgk, punye la lama nak sampai sana. Sampai sana kami decide nk lepak kat bawah2 je, x nak masuk dlm. Jalan penuh ngan kete, sesak gile, mau kul bape nk sampai betul2 kat atas nun. So dapat la kami mandi ngan air sungai yang x seberapa jernih. Org ramai, air pon kotor la, bau pon dh x bape nk cun.

Dah puas2 mandi, kami balik. Dalam kul 6.30 cm tu bertolak. Mak ai skali lagi jalan jem giler. X larat nk tempuh jem, kami benti solat magrib+isya kat masjid. Lepas tu perut berkeroncong minta diisi. Ngan cuaca panas skrg ni, dahaga betul, nak minum ais, nak minum ais. Kami pon pergi la kedai depan masjid tu. Order makan n minum. Tunggu punya tunggu, x sampai pon makanan. Tunggu lagi. X sampai lagi, Tunggu... mak ai, bape lama punya tunggu da... Dah 45 minit dh tunggu, air setitik pon x sampai. So kami decide nk cancel makan, nk minum je la. So enHubby pon bg tau la pelayan kedai tu, cancel makan, nak minum je. Alih2 dia dtg ckp, air pon lambat la bang. Ape punye kedai ni? air pon sejam ke nak tunggu. Hati dh mula panas ni. Ok la cancel la. Kami pon blah dari situ. X pernah kami order nak dekat sejam air pon lambat nk buat. Bukan order air buah ke ape pon, milo ais ngan teh ais je. Org meja sebelah pon dh mula merungut2 makanan x sampai lg.

Kami pon meneruskan perjalanan, masa tu lebih kurang kul 10 mlm. Jalan masih jem, tapi x de la teruk sgt. Benti isi minyak pastu cari kedai makan. Apa lg order dan tgu makananan la. Seb baik kedai ni cpt. Kalo x kebulur la kami. Lepas makan sume, pastu blah, sblm tu baya la dl kan. Hehe. Sampai rumah kat kul 12 jgk la, Trus tido. Dilayan mimpi2 indah.. ke mimpi seram?

Itu je cerita masa cuti raya cina baru ni. Selebihnya lepak umah je. Gambar x de, x bawak camera pon. Hehe. So pengajaran kali ni, jangan pegi Sg Congkak masa cuti perayaan or cuti umum. Kalo weekend x pe. Kalo x, jalan jem gile babas.


Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment