>

Thursday, February 25, 2010

Syasya 1st Birthday

Hari ni genap umur Syasya 1 tahun. Pagi tadi dah pegi klinik amek suntikan. Terasa kejap je masa berlalu. Dah setaun. Semoga Syasya membesar dengan sihat dan menjadi anak berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara (ayat standard).
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, February 23, 2010

Bagaimana mengajar anak memberus gigi

Anak sy yg sulong dah nak masuk 1 tahun 11 bulan. Tapi bile time nak gosok gigi punya la susah. Nampak je berus gigi terus tutup mulut. Meronta-ronta x nak.

Sy ade jumpa info dr sini. Saya copy and paste je la eh. Mungkin boleh dikongsi ngan member2 blog yang dah ade anak.

Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :

1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.


Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi
Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.

Selamat mencuba!


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sudah Baik

Alhamdulillah, demam dah beransur pulih. Panas dah kurang, tapi still kena bg makan ubat. Takot suhu naik lg. Ni la budak yang kami x tau dah demam. Tapi bile bawak g jalan2 ok je, ingtkan sihat walafiat, demam rupanya. Semoga cepat sembuh.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, February 22, 2010

Virus Demam

Virus Demam dah melanda kami. Bermula ngan Adib demam 1 malam je. Seminggu lepas tu sy plak demam 2 malam. Malam je demam, siang x demam, sihat walafiat. Skrg Syasya plak demam, dah 3 ari demam. Bila nk sembuh ni. Demam, kamu pergi jauh2 jangan kacau keluarga kami.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, February 18, 2010

Karnival WOW! Putrajaya 20-21 Febuari 2010

Jum kite ramai2 memeriahkan karnival ni. Memenuhi agenda keluarga di hujung minggu. X le bosan duk terperap kat umah je.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Weekend @Sungai Congkak

Cuti raya cina baru ni kami x jadi balik kampung. So aktiviti harian hanyalah melepak di rumah sambil makan, tgk tv, tido. Memandangkan skrg musim panas, kami menyelitkan diri ngan aktiviti luar rumah iaitu pergi mandi sungai di Sg Congkak. Dengan anggapan dapat menyejukkan badan dengan air sungai yang sejuk itu.

Kami bertolak dari rumah pukul 2.00 ptg. Kemudian singgah di Warta, Bangi utk beli pizza. Almaklum la x masak kan. Lepas tu kami bertolak terus ke sana. Dan sampai pekan batu berapa x ingt, boleh plak jem? Alamak, mesti ramai org ni. X dpt bayangkan kalo pegi pagi. Namun kami redah jgk, punye la lama nak sampai sana. Sampai sana kami decide nk lepak kat bawah2 je, x nak masuk dlm. Jalan penuh ngan kete, sesak gile, mau kul bape nk sampai betul2 kat atas nun. So dapat la kami mandi ngan air sungai yang x seberapa jernih. Org ramai, air pon kotor la, bau pon dh x bape nk cun.

Dah puas2 mandi, kami balik. Dalam kul 6.30 cm tu bertolak. Mak ai skali lagi jalan jem giler. X larat nk tempuh jem, kami benti solat magrib+isya kat masjid. Lepas tu perut berkeroncong minta diisi. Ngan cuaca panas skrg ni, dahaga betul, nak minum ais, nak minum ais. Kami pon pergi la kedai depan masjid tu. Order makan n minum. Tunggu punya tunggu, x sampai pon makanan. Tunggu lagi. X sampai lagi, Tunggu... mak ai, bape lama punya tunggu da... Dah 45 minit dh tunggu, air setitik pon x sampai. So kami decide nk cancel makan, nk minum je la. So enHubby pon bg tau la pelayan kedai tu, cancel makan, nak minum je. Alih2 dia dtg ckp, air pon lambat la bang. Ape punye kedai ni? air pon sejam ke nak tunggu. Hati dh mula panas ni. Ok la cancel la. Kami pon blah dari situ. X pernah kami order nak dekat sejam air pon lambat nk buat. Bukan order air buah ke ape pon, milo ais ngan teh ais je. Org meja sebelah pon dh mula merungut2 makanan x sampai lg.

Kami pon meneruskan perjalanan, masa tu lebih kurang kul 10 mlm. Jalan masih jem, tapi x de la teruk sgt. Benti isi minyak pastu cari kedai makan. Apa lg order dan tgu makananan la. Seb baik kedai ni cpt. Kalo x kebulur la kami. Lepas makan sume, pastu blah, sblm tu baya la dl kan. Hehe. Sampai rumah kat kul 12 jgk la, Trus tido. Dilayan mimpi2 indah.. ke mimpi seram?

Itu je cerita masa cuti raya cina baru ni. Selebihnya lepak umah je. Gambar x de, x bawak camera pon. Hehe. So pengajaran kali ni, jangan pegi Sg Congkak masa cuti perayaan or cuti umum. Kalo weekend x pe. Kalo x, jalan jem gile babas.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, February 9, 2010

Baby Crying Contest

End 28 February 2010
Dah lama x masuk contest. Busy la katakan. Hehe. Kali ni nak join contest ni plak. Dianjurkan oleh kak pah. Godek nye godek jumpa la gambar ni, sesuai dengan tema contest.

Nama: Syasya Qasrina bt Mohamad Roshidi

Umur semasa gambar diambil: 8 bulan

Umur sekarang 11 bulan

Sedikit cerita mengenai gambar ni: Gambar ni diambil masa kat umah. Saje nak kaco2 dia tgh main. Letak dalam Bumboo seat ni. Menagis la dia sbb x dpt gerak bebas.

Syarat kena ada:

1. Jadi follower Auladjannah
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.
3. Letakkan link kakpah di blog anda.
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.

DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Dan hadiah2 yang ditawarkan cukup menarik. Boleh tgk kat blog kak pah.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, February 8, 2010

Kenapa anak menjadi manja?

Semakin besar anak-anak sy, diorang jadi semakin manja. Kadang2 buat manja. Jenuh juga nak layan. Dah la 2 orang. Kalo sorang nk berdukung, sorang lagi pon nk dukung sama. Leh patah pinggang ni kalo dukung 2-2. Hehe.

Semenjak 2 menjak ni, sy perasan si abang 'Adib' semakin manja. Padahal x de org pon yg manjakan dia. Semua dididik dan diberikan kasih sayang yang sama rata. Pagi tadi, masa jenguk dia kat bilik tidur (dia tidur ngan neneknya), dia terjaga. Kemudian sy senyum2 je la kat dia. Pastu nak pegi mandi. Mula buat perangai, mula nak nangis dan datang dekat sy suruh dukung. So kena la sy dukung dia bawak turun bawah dan buka tv untuk alih perhatian. Lepas dah siap2 nk g kerja, bukak je pintu, terus kedua2 anak sy meluru ke muka pintu. Nak ikot. Lagi satu drama air mata. Yang ni mmg slalu la, boleh dikatakan hari2. Erm cam ne ye nak selesaikan masalah ni. Ade sesiapa leh bantu.

Dulu bile diorang nangis nk ikot sy pergi keje, sy bawak ronda2 kat kawasan perumahan dengan kete. Lepas pusing 2 3 round and hantar balik umah diam la diorang. Dah x nak ikot. Tapi hari2 la plak kena wat cm tu. Kadang2 dh lambat nk g keje, sy biarkan je diorang nangis.



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER