>

Tuesday, January 26, 2010

Syasya @11 bulan

Kejap je masa berlalu, smlm 25/01/2010 dh genap umur Syasya 11 bulan. Lagi 1 bulan ckp la setaun. Badan masih bulat, pipi kadang2 bulat, kadang2 kempis. Apa ye update terkini pasal Syasya ni:
- dah boleh jalan dengan pantas... dl masa 10 bulan br blaja berjalan
- dah boleh menari2
- suka main mainan kereta (abg adib punye), anak patung? sori x layan
- suka makan asikrim ngan coklat, macam abg adib dia
- dah mula pandai memanjat meja, oh cikgu dia (adib) yg mengajar
- suka rebut2 mainan ngan abg adib
- pandai buat drama air mata
- sgt manja ngan ayah dia, slalu buat drama air mata
- dah pandai nyanyi2
- suka 'kemas' dapur, rak pinggan
- gigi masih lg 2 btg je kat bawah
- pandai berak duduk cangkung, haha

Syasya beberapa jam selepas lahir
Syasya 10 bulan ++ masa g jalan2 kat Bukit Cerakah ari tu
p/s: 'Bile nk tambah anak lg?' oh noo.. sy sedang merancang keluarga. no more 'beranak' kecuali ade permintaan dr EnHubby. Hehe. Dia dah x mo anak. Ckp la 2 ni jek. Biar cukup semua keperluan dan kasih sayang.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, January 19, 2010

Weekend @Taman Botani Negara

Sabtu lepas kami ke Taman Botani Negara. Nama skrg. Dulu dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Atau pon juga dikenali dengan nama Bukit Cerakah. Dulu pernah pegi, tapi x masuk kat dalam. Lepak2 kat tempat parking je.

So Sabtu tu bertolak dari rumah 'mak ngah' dalam kul 10 dah kot. Lewat jugak tu. Sampai2 sana tgk parking, ramai jgk org. Berbeza la dr dl, dulu x ramai org pon dtg sini. Maybe dh buat perubahan (kata dlm hati je la). Sampai sana, parking. Kena baya RM1 utk parking. Pastu masuk plak dikenakan bayaran RM3. Kira murah la. Kami 4 dewasa, 2 kanak2. Tapi anak sy x dikenakan bayaran la. Utk umur 4 taun ke atas je dikenakan bayaran.

Lepas masuk, tgu bas. Perkhidmatan bas ni adalah percuma. Sesiapa nak kayuh basikal pon boleh. Tapi dikenakan bayaran la. X tau plak bape hinggit sejam. X kan nk jalan kaki plak. Besar tempat tu. Kami turun kat destinasi2 tertentu je. Bile turun, lawat2 kawasan pastu naik bas balik utk ke tempat yan seterusnya. Tapi memandangkan kami dtg pon dh lewat, dalm kul 10 lebey, dh tgh hari penat sket nak jalan.

Kami x habis lawat sume kawasan. Kami ke Taman Rempah Ratus & Tanaman Minuman, lepas tu ke Taman Iklim Sederhana Empat Musim je. X pe la, lain kali dtg lagi. Disebabkan hari dah mule panas and anak2 po keletihan, kami pon balik. Dalam kul 1.20 cam tu. Hehe lain kali dtg lagi.

Di bawah ni adalah pembuli tegar untuk anak2 sy. Haha. Nakal sungguh Adib ni. X reti duk diam. Kalo bawak dia kuar cm ni la, x sempat nak kejar.Dalam cuaca panas2 pon nak bergambar jgk, hehe. Ni kat Taman Rempah Ratus dan Tanaman Minuman.

Bunga Roselle (cam ne tah ejaan)cian syasya dipaksa posing tgh panasNi plak kat Taman Iklim Sederhana Empat Musim. Musim Salji skang ni. Sejuk, menggigil Adib kat dalam tu. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa. Kanak2 x sure plak. Lupa la.
Sejuk ni.
Ni plak kat luar Taman Iklim tu. Jumpa upih yang baru jatuh. Apa lagi, main tarik upih la. Ni la permainan kami masa kecik2 dl kat kampung, seronok wooo. Tapi kalo kena tarik la. Kalo yang tukang tarik tu jenuh la nak menarik. Lagi2 kalo org yang duduk tu berbadan besar.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, January 15, 2010

First Giveaway : KhairunCraft

Jum ramai2 join contest ni. Tarikh tutup 31 January 2010.


Comel kan. Apa lg, jom kite join. Bagaimana?

1. Jadi follower KhairunCraft.
2. Link kan blog KhairunCraft dalam blog list korang.
3. Buat satu post dalam blog korang tentang giveaway ni. Jangan lupa letak pic atas tu sekali..then, letak link http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html kat post tu ye..
4. Copy pic kat atas tu, dan letak jugak kat side bar blog korang..biasa orang guna html kan..ni kira korang add image la kat ruang "Add a Gadjet" yg edit layout tu..pastu link image tu dengan link ni http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html
5. Tinggalkan comment kat post http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html , link yang korang dah buat post pasal giveaway ni..
-sekali dengan word yang nak letak kat car signage tu (MAX 3 WORDS, tapi jangan panjang sangat tau..nanti jadik kecik plak tulisannya)
-request warna sekali ye (colour available : pink, yellow, orange, red, purple)
EG:SUKEMAKAN nak join giveaway!
Word : Baby on Board
Warna : Pink

Hadiahnya ialah car sign. Sgt cantik hokey. Contohnya adalah seperti di bawah.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Petang @Laman Duta

Petang smlm balik dari kerja, bawak anak2 main kat Laman Duta. Dekat je ngan umah. Laman Duta diberi nama sbb terletak di Presint Diplomatik (agaknya la). X ramai org kat situ. Ade 4 5 org je joging. Tapi tempat mmg sesuai untuk aktiviti riadah.

Laman Duta
permata hati kami... suka gaduhdah pandai jalan
buat muke 'cute'


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, January 13, 2010

Dividen + Bonus ASB 2009

Pengagihan pendapatan ASB untuk tahun berakhir 2009 adalah 7.30 dan bonus 1.25. Jika dicampur menjadi 8.55. Wow banyak tu.

So bermula la kesedaran dalam kepala otak saya. Haha sblm ni x pernah sedar. Sebenarnya sy dah pernah buat buku ASB ni sejak form 1 iaitu tahun 1995. Masa tu sekolah bukakkan akaun ASB. So permulaan dengan nilai RM10. Tapi sy x pernah amek buku ngan cikgu. Last2 sampai abis blaja pon x amek2 buku tu. Sampai la baru-baru ni sy pergi ASNB kat Putrajaya. Isi borang untuk kehilangan buku. Padahal buku x hilang pon, kih kih. So dpt la buku baru. Kena baya RM20 untuk urusan itu. Pastu tukarkan skali alamat ngan akaun remaja kepada akaun dewasa.

So dah settle sume, tgk la baki yang tercatat kat situ. Bermula ngan RM10 pada tahun 1995 dan skrg dh awal 2010. Maksudnya lebey kurang 14 tahun dh. X pernah masukkan duit dalam tu. Skang dh jadi Rm60 lebey kot ke RM70 lebey. Lupa la, haha. So skrg tiap2 bulan kena melabur kat situ. Sblm ni letak kat Bank Rakyat, dividen dpt la tiap2 bln, tapi x byk mana kalo nak dibandingkan ngan ASB. Tapi kena tunggu setaun la. X kesah la kan, janji dapat banyak.

So ape lagi kawan2, jum la melabur di ASB. Kalo dapat duit nuffnang tu, letak je kat ASB tu. Lagi bercambah duit nuff kt situ.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, January 12, 2010

Adrini’s 1st Giveaway

Kali ni nk join giveaway dr UmmyKhayra. Dah nk tutup baru nk masuk, hehe. Masa x mengizinkan. Tapi masih sempat kan. Hehe.

Hadiah2 yang ditawarkan cukup menarik. Sesuai utk my lil Syasya, hehe. Tarikh tutup giveaway ni adalah sebelum 11.59pm pada 15 Januari 2010. Sebanyak 3 orang pemenang akan dipilih secara rawak.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan, syarat2 dan hadiah boleh kunjungi http://adrinis.com/blog/2010/01/adrinis-1st-giveaway.html
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Nuffnang

Sebenarnya sy baru je berjinak2 ngan nuff ni. Dulu slalu baca kt blog orang pasal buat duit ngan nuff. Sy x tau cm cara buat duit. Org kata kena register, sy pon register la, tp x tau guna. Haha. Selepas mendapat 'taklimat' daripada beberapa org rakan, baru la paham. Sy start join nuff ni 24/11/2009. Baru je beberapa bln yg lepas. Dan hasilnya ... tara...

Orang lain punye dah beratus2. Tapi as beginer, sy rasa ckp berpuas hati ngan hasil ni, hehe. Utk kawan2 yang rajin klik nuff sy terima kasih daun keladi. Jangan lupe tinggalkan jejak ye, nanti sy klik nuff kawan2 plak.



DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, January 8, 2010

Balik Kampung

Yay, esok balik kampung lagi. Kepulangan kali ni bertujuan untuk membawa pulang anak2 n mak sy ke sini (Putrajaya). Sudah 3 minggu diorang di sana. Bulan ni 2 kali balik kampung Terengganu. Bulan depan kena balik kampung di Kedah plak. Maybe cuti Chinese New Year nanti.

Nak nyanyi sket:
perjalanan jauh x kurasa
kerna hati ku melonjak sama
ingin berjumpa anak2 tercinta
yang selalu bermain di mata

Dah.. dah... stop sini dulu. Kang hujan lebat lak.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, January 2, 2010

Perepuan Melayu Terakhir

Nak kenal x perempuan melayu terakhir? Dia ni sangat la comel, muka mmg muka melayu habis la. Ni dia kat bawah ni
"
"
"
"
"
"
comel kan? sekarang kita tunjukkan wajah sebenar, x tipu punye...
"
"
"
"
"
"
"
"
amacam? ade ciri2 perempuan melayu terakhir x?
gambar ni diambil menggunakan nokia 5800 xpress music, ok ke kualiti gambar?
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER