>

Friday, December 31, 2010

Bye Bye 2010

Lagi beberapa jam nk menghampiri 2011. Alhamdulillah berjaya mengharungi 2010 dengan lancar. Semoga tahun 2011 juga memberikan keberkatan dan dimurahkan rezeki sentiasa.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, December 22, 2010

Pemegang ASB dapat 8.75 sen dividen, bonus

Hujung2 taun ni pasti semuanya tertunggu-tunggu pengumuman pasal dividen dan bonus asb kan. Ye la, penat2 simpan duit dr awal tahun kan. Plak tu ni la cara nak tambahkan pendapatan. Sape nak bape duit free kan. So dengan cara menyimpan di asb ni sedikit sebanyak menambahkan duit yang sedia ade dalam tu kan. Dan asb ni la yang paling banyak bg dividen dan bonus berbanding bank lain.


Semalam PNB sudah membuat pengumuman. Alhamdulillah ade kenaikan dari taun lepas. "KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan"

Yang ni plak petikan dari utusan hari ni:

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.50 sen seunit dan juga bonus 1.25 sen kepada 7.04 juta pemegang unit sahamnya.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah agihan dividen itu menyaksikan kenaikan sebanyak 0.20 sen bagi setiap unit, berbanding dividen sebanyak 7.30 sen seunit yang diberikan tahun lalu.
Beliau berkata, pengagihan dividen itu melibatkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, meningkat 22 peratus berbanding RM4.86 bilion yang dibayar pada 2009.
"Ini tidak termasuk peruntukan bayaran bonus sebanyak RM603.34 juta,'' kata Ahmad Sarji ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pula berkata, kenaikan jumlah sumbangan itu diperoleh hasil peningkatan dividen dalam syarikat-syarikat yang dilabur terutamanya oleh Malayan Banking Bhd. (Maybank), walaupun sumbangan daripada Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menyusut.
Menurut Hamad Kama Piah, Maybank telah memberi sumbangan dividen sebanyak 55 sen seunit, berbanding lapan sen seunit pada tahun lalu.
Katanya, Sime Darby pula hanya memberi sumbangan dividen sebanyak 10 sen seunit tahun ini, berbanding 20.3 sen pada 2009.
"Kalau dilihat daripada segi pendapatan tahun lepas, jumlah dividen yang diterima adalah kurang daripada 50 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman dividen dan bonus ASB itu di sini, hari ini.
Beliau berkata, tahun ini PNB juga dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya.
"Prestasi kita agak baik tahun ini. Walaupun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi PNB mendapat dividen tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,'' katanya.
Selain Maybank, ASB juga menerima sumbangan dividen yang baik daripada syarikat-syarikat pelaburan seperti F&N sebanyak RM1.58 sen seunit berbanding 47 sen pada 2009, Maxis Bhd. pula menyumbang 33 sen seunit berbanding enam sen tahun lalu dan Telekom Malaysia Bhd. 26 sen seunit, naik 1.7 sen.
Malah, tambah Hamad Kama Piah, berdasarkan prestasi baik yang dicapai oleh skim itu, PNB sebenarnya boleh membayar sebanyak 11.4 sen bagi agihan pendapatan ASB.
"Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PNB memutuskan untuk membayar 7.50 sen dan bakinya dirizabkan untuk tahun depan,'' ujarnya.
Sehingga 17 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, yang mana keuntungan penjualan saham syarikat-syarikat miliknya menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42 peratus kepada pendapatan kasar tersebut.
Pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat-syarikat miliknya pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion atau 50 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.
Pembayaran pengagihan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 3 Januari ini.
Semua urus niaga bagi ASB di seluruh negara ditangguhkan mulai semalam sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan agihan dividen dan bonus.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, December 12, 2010

Buat sendiri di rumah

Info yang sangat berguna untuk semua. Diambil dari utusan. Klik . Saya copy and paste seperti di bawah:

Buat sendiri di rumah

COLI longgar dan papan pemotong yang mempunyai 50 kali bakteria berbanding tempat duduk tandas - apa lagi barangan keperluan yang perlu ditukar berdasarkan kekerapan sepatutnya.

Berus rambut

Tukar: Cuci setiap minggu menggunakan air panas. Tukar apabila bulu-bulu berus rosak.

Sebab: Kajian mendapati 1mm folikel rambut boleh menyumbang kepada 50,000 gem dan berus rambut boleh menjadi punca keadaan tersebut. Penyelidik dari The Institute Of Trichologists mendapati, berus mengumpul lebihan produk-produk rambut, menjadikannya melekat dan menarik kekotoran.

Kasut joging

Tukar: Setiap 250-500 batu.

Sebab: Berlari menggunakan kasut lama mengundang risiko cedera dan jangkitan. kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah dipam.

Berus gigi

Tukar: Setiap tiga bulan.

Sebab: Kajian menunjukkan berus gigi yang digunakan lebih tiga bulan kurang berkesan. Virus seperti hepatitis B dan C boleh merebak menerusi perkongsian berus gigi.

Coli

Tukar: Setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan. Elak menggunakan bahan pelembut fabrik. Bahan tersebut boleh merosakkan lycra pada coli.

Sebab: Payu dara dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen Cooper. Lantunan berulang disebabkan coli yang longgar boleh menyebabkan payu dara mengendur. Kebiasaannya penyokong yang dipasang pada coli akan menjadi kurang berkesan selepas tiga bulan.

Penyelidik daripada Jabatan Sains Latihan dan Sukan Universiti Portsmouth mendapati, payu dara wanita akan melantun sehingga 135 meter atau hampir empat kilometer semasa maraton.

Bantal

Tukar: Cuci setiap tiga bulan sekali atau tukar setiap enam ke 12 bulan.

Sebab: Selepas enam bulan 10 peratus daripada bantal anda terdiri daripada hama, najis hama dan juga peluh. Apabila bernafas, kandungan ini akan memudahkan seseorang itu terdedah kepada lelah, rinitis dan resdung.

Pisau pencukur

Tukar: Selepas dua atau tiga kali cukuran.

Sebab: Geseran di antara kulit dan pisau pencukur boleh menyebabkan ruam cukuran. Jangan berkongsi pisau pencukur untuk mengelak jangkitan pada kulit.

Tilam

Tukar: Setiap lapan ke 10 tahun

Sebab : Proses perkumuhan semasa tidur menyebabkan keadaan lembab pada tilam. Semestinya keadaan itu merangsang kewujudan hama yang boleh merangsang asma dan juga masalah kulit terutama pada bahagian luka.

Tuala mandi

Tukar: cuci seminggu sekali pada 60°C dan jangan kongsi tuala.

Sebab: Jangkitan, terutama masalah kulit mudah merebak menerusi tuala.

Papan pemotong

Tukar: Sental dan nyah jangkitan setiap kali selepas digunakan. Tukar apabila permukaan papan pemotong semakin sukar dibersihkan.

Sebab: Kebanyakan papan pemotong menjadi rumah kepada bakteria 50 kali lebih daripada tempat duduk tandas. Apabila permukaan papan pemotong tidak rata dan kasar, adalah sukar untuk memastikan kebersihannya.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 28, 2010

28 tahun sudah


Ape yang 28 tahun? Umur saya la. Jumaat lepas genap la umur saya yang ke 28 tahun. Dah tua dah, lg 2 taun masuk 3 series la plak. Tiada apa yang diharapkan. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dimurahkan rezeki, rumahtangga aman damai dan yang baik2 saje. Semoga cita2 tercapai la hendaknya.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, November 23, 2010

Cuti Aidiladha & Cameron Highlands

Minggu lepas kan cuti sempena Aidiladha. Saya start cuti dari hari Selasa sampai la Ahad. Best cuti lama2 nih. Sampai rasa nk g keje pon malas dah. Hehe.

So raya haji tahun ni kami balik ke kampung suami kat Kedah nun. Seb baik x banjir, leh la balik. Hehe. Taun ni kami x masuk bahagian korban pon. Aqiqah untuk kedua-dua anak pon dh settle.

Kami beraya kat sana sampai Khamis. Jumaat pagi kami bertolak balik. Tapi plan kami nk singgah ke Cameron Highlands dulu sebelum balik. Bermalam kat sana 1 malam. yeayyy seronok. Plan asal minggu sebelum raya tu nak pegi. Tapi ade hal plak. Skali dh cuti lama ni, plak tu lalu kan, so dapat la jimat kos sket, hehe.

Kami bertolak pagi, sampai kat sana dalam kul 2 lebih or 3 ptg. X ingt dah. Cuaca kat sana x berapa sejuk berbanding taun lepas. Taun lepas sejuknya, sampai nk masuk bilik air pon malas sbb sejuk. Kali ni kami sempat pegi ke strawbery farm, kaktus farm. X banyak tempat pegi sebenarnya. Sbb misi utama adalah makan strawberi. Tu je. Taun lepas dh ronda2 banyak tempat sbb pegi dengan pakej. So taun ni just jalan2 n rehat je la.

Esoknya kami pulang ke rumah. Sampai kat umah pon dh kul 4 lebih. Ahad adalah masa untuk basuh kain baju dan kemas rumah. So duk umah je la. Esoknya kan nak keje. Kenduri kawen cousin kat Kuantan pon dah x sempat nk pegi. Ape2 pon cuti kali ni enjoy.

Harap2 hujung minggu ni dapat g jalan2 lagi, ermm. Masih kabur2 nk pegi mana.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, November 13, 2010

Weekend dan Unifi

Hehe x de ape yang menarik utk weekend kali ni. Cuma baru balik dari Nilai 3, saje jalan2 cari tikar dan karpet utk umah.

Esok plak ada org nak dtg buat wiring utk pasang unifi. Skrg ni kami pakai streamyx. Amek yg pakej Combo 1Mbps. Sebulan bayar RM110. Tak sampai setahun pakai dh nak tukar pakai unifi plak. Husband la yang beriya2 nk pakai unifi ni. Nak laju kan, try la unifi lak. Lepas ni syok la dia duk download movie malam2. Kami amek pakej vip 5, 5Mbps. Ha kite tgk lepas ni laju ke x laju. Sesape dh try unifi ni syer la, best ke x?

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 7, 2010

Update

Salam semua, dh lame x update kat blog ni. X de ape yang menarik nk dikongsikan. Cuma bulan lepas adalah bulan yg penuh dugaan. Anak2 demam berlarutan sampai sebulan. Seminggu demam, seminggu ok, pastu seminggu plak demam. Tiap2 minggu ke klinik utk dapatkan rawatan dan ubat. Lebih 20 botol ubat berjaya dikumpul. Seb baik klinik panel. Jumpa pakar pon 2 kali. Siap buat ujian darah dan x-ray lagi.

Alhamdulillah skarang dh ok. Walaupon x betul2 ok lg. Hingus masih ade, tapi badan dh pulih. Berkat ubat dari doktor dan juga air jampi (usaha cara traditional).

Bulan ni bulan ke-3 anak2 duk nursery. Mula hantar masa 1 sept ari tu. Nursery berdekatan area rumah, tapi diorang x serasi duk sana, kejap demam kejap ok, so 2 bulan saje disana. Kemudian saya pindahkan ke nursery opis bermula 2 Nov. Dekat ngan opis la. Bayaran pon lagi murah dari nursery2 kat luar sana. Setakat ni tahap kesihatan ok. Cuma diorang masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di nursery. Ye la sebelum ni duduk kat rumah saje. Skang dh duk nursery, kejutan persekitaran la plak. pagi2 masa hantar memang diorang akan nangis. Harap2 x lama la diorang cm tu.

Bulan ni jgk adalah bulan besday saya, dh nak masuk 28 tahun. Hehe. Sesapa yang nk kasi hadiah di alu2kan, hehe ade ke? Celebrate? X de kot, pegi cuti2 malaysia, maybe. Dekat2 saje.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Saturday, November 6, 2010

Meriahkan Tudung Raya Dengan Kerongsang

STICKY POST. Sila scroll ke bawah utk entry terbaru.

Dapatkan segera untuk musim perayaan!!!


juga terdapat gelang...



Untuk lihat banyak lg kerongsang klik >>SINI<<

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaa sila email ke: biecute[at]gmail[dot]com

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, October 8, 2010

Demam berlarutan

Dah lebih seminggu anak2 demam. Ulang alik ke klinik x tau dh bape kali. Ubat demam dh bape botol dh abis. Ari ni ubt demam pon abis lg. Terpaska ke klinik lg pg td. Rasanya dalam 2 3 mingu ni, dh 3 4 kali ulang alik ke klinik.

Hari Rabu yang lepas dapat surat refer ke klinik pakar. Amek darah, x-ray sume. Pastu dr bagi ubat yg kuat sket. Harap2 ok la. Dr kata ade infection. X tau sgt terrm2 dr ni. Dia kata lg, platlet darah kecil2. Sbb tu muka Adib pucat. Kurang zat besi. Syasya plak dh 4 kali amek nebulizer, still ade kahak lg. Sepanjang 1 minggu lebih ni, dh 2 kali EL. Sume keje tergendala. X leh amek cuti lama2 nanti kang keje x siap. Rabu depan kalo x ok dr suh dtg lagi, maybe nk kena masuk wad and dr akan monitor.

Mungkin persekitaran taska menyebabkan demam diorang ni on-off-on-off. Sbb bila sehari demam, esok nya ok. Pastu lusa demam balik. So bile sy chek buku kehadiran kat taska ni, ramai jgk la yg demam, batuk selsema. Ada dalam 4 5 org. Tu blum termasuk 2 org anak saya. Harap2 2 3 hari ni diorang akan sembuh la.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, September 24, 2010

Hadiah

No no bukan sy dapat hadiah or sy nak bg hadiah kat org. Ni hadiah sendiri buat. Sape lagi kalo bukan Adib. Nama pon anak laki kan. Buas kemain lg. X sampai sebulan duk nursery. 2 hari lepas amek dia kat nursery, teacher dia ckp Adib langgar meja. Benjol kepala. Teacher dia kata, dia kejar teacher, pastu cm mana dia leh terlanggar plak meja. Adib mmg cm tu, kalo lari mmg laju. Pastu x tgk depan. Kalo jalan pon cm tu gak, bukannya nk tgk depan, sibuk nk tgk kiri kanan.

Semalam bawak chekup ke klinik. Semua org duk tanya apasal kepala dia benjol tu. Agaknya ingt ibu ngan ayah dia dera kot. Memang pelik la tgk muka dia tuh, cm alien pon ade, hehe.

yang ni gambar masa hari kejadian, besar kan benjol
ni semalam kat klinik, dh kurang sket, tapi merah2. Seb baik x de muntah2. Dr ckp kalo dia ngadu pening2, muntah2 kemungkinan ade darah beku. Seb baik x de.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, September 21, 2010

Gambar Aidilfitri 2010

Tahun ni kami beraya di Terengganu. X banyak gambar yang diambil. Ni pon dari kamera adik ipar. So layans.

Kita mulakan dengan gambar yg kurang sopan, hehe. Macam2 aksi ade. EnHubby lak pening kepala tgk diorang sume.
Kami berdua. Tahun ke 4 beraya bersama. Makin hari makin bulat lak kami. Tema kaler taun ni last minit tukar. Baju sy tu minggu terakhir g cari kain. Sib baik jahit sendiri. Sempat la siap n basuh sebelum balik kampung.
Syasya x de, dia lari x nak amek gambar. So tinggal bertiga je la. Perasan x seluar adib sama ngan seluar ayah dia. Kain pelikat ayah dia sy potong n jahit buat seluar. 1 untuk ayah 1 untuk adib, hehe.
Ade seorang je x de dalam gambar, adik lelaki.
Hijau VS Merah
Atuk dan cucu2nya. Nasib la, ade 2 org cucu je kalo x byk la kena kuar duit raya. Hehe.
Depan pintu pon nk posing gak.
Aksi gedik Syasya
Ayu nya anak ibu ni.
Yang kanan skali tu anak jiran depan umah.
Ibu n Syasya
Ayah dan Adib
Ibu dan Dina
Kami 3 beradik perempuan. Paling kanan no 2 dalam keluarga, sy no 3, dan kiri sekali tu no4. No 1 dan no 5 adalah lelaki. Kami di apit di tgh2. Masa kecik dulu slalu gadoh. Tarik rabut, cakar muka sampai berdarah. Hingga skrg ade lg parut kat muka ni. Ganas wooo. Kalo beli baju tu sure berebut nk pilih dl. Dan yang pastinya sy la yg slalu mengalah ok. Baik x sy masa kecik2 dl. Pastu masa kecik2 dl kakak sy yg paling putih, sy yg paling hitam. Sumpah x tipu. Tapi skang sape paling hitam? Mengaku cpt, haha. Yang belah kanan tu la paling hitam skang. Haha gelak jahat. So lepas ni pakai la produk Sri Mawar kalo nk putih balik cm dulu, hehe.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua. Ampun Maaf dipinta. Mana2 terkasar bahasa, terkecil hati, mana2 yang terkurang, minta maaf dari hujung rambut hinggan hujung kaki. Hati2 dijalan raya, hati2 masak didapor, hati2 ketika bakar lemang, jaga diri dan keluarga. Jaga kesihatan baik2 supaya dapat sambut raya bersama sanak saudara dan bukannya di hospital ye.

Salam Aidilfitri 2010 dari kami sekeluarga.

Yeay esok pagi balik kampung.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, September 6, 2010

Persiapan Raya

Macam mana persiapan raya korang? Sume dh siap? Saya lum siap lg.

Mula2 nk citer persiapan raya utk anak2. Untuk adib ngan syasya baju melayu dan baju kurung dh siap. Saya jahit sendiri je. Tema taun ni adalah hijau. Last minit kaler ni dipilih. Sbb awalnya EnHubby x mo baju melayu taun ni. Last2 dia beli jugak kaler hijau. So anak2 sy buat kaler hijau, pakai kain yg dh ade kat umah. Buat sepasang sorang je, diorang ni x suka pakai baju melayu ngan baju kurung. Lg la syasya tu, suka pakai seluar je. Untuk baju kemeja ngan jeans, awal2 lg dh beli masa poney warehouse sale. Amalkan sifat berjimat, so harusla beli masa sale je. Hehe. Pastu ade la beli lg sepasang br ni utk syasya. Adib x beli sbb dh ade 2 pasang baju poney. Makngah plak bg sorang selai baju. Makuda pon bg selai sorang. So dh bape dh tu. Kasut plak beli masa balik kedah ari tu. So utk depa sume dh cukup la.

Untuk EnHubby lak, dia beli baju melayu kaler hijau. Baju je dia beli. Sluar x beli sbb dia x suka pakai kalo seluar tu bkn macam sluar slack. So saya jahitkan dia seluar untuk pakai ngan baju tu. Guna kain pelikat sy buat seluar. Pastu kasut raya dia beli kat kelantan ari tu dah pakai pon, hehe. Sluar jeans dia dh beli. Baju kemeja rasanya x de kot. Sbb baju dia dh byk sgt.

Untuk sy lak, ala kadar je.3 pasang je? ape? 3 pasang? Huhu nk dijadikan citer, mulanya 2 pasang je. Pastu dh ade tema hijau, baju lak beli kaler lain. Kelam kabut la nk cari kaler hijau. Ari tu pegi nilai, ingt nk cari baju siap. Cari punya cari langsung x berkenan. So sudahnya beli kain jahit sendiri.2 pasang dh siap. Ade 1 je lg kain lum berjahit ni, malam ni kena gigih siapkan la. Baju dh jahit, kain je blm. Tudung pon sume dh beli. Cuma taun ni kasut x de. Pakai je kasut lama, hehe. X pon pakai selipar jepun. Taun ni EnHubby x sponsor baju raya sbb dia belikan sy air-cond ngan washing machine baru. Motif? X de kaitan ngan raya pon tapi dia dh byk berhabis duit.

Kuih lak, ade buat 2 3 jenis je, popia gulung, karipap mini. Kuih beli pon ade, tapi kebanyakkannya dh habis makan lepas buka pose. Haha.

Zakat fitrah EnHubby dh pon bayar.

Kereta? Baru je servis, ok la.

Duit raya? x tukar pon. Pakai mana yang x habis utk taun2 sudah. Tiap2 taun tukar duit raya, mesti ade belen2 yg x abis kan.

Langsir? Balik raya umah mak kan, x payah la nk tukar2 bknnya ade dtg beraya pon kat sini kan, hehe.

Rasanya sume dh ready. Ala kadar je. X elok berlebih2han. Cuma tinggal nk packing ngan kemas umah kat sini sblm balik raya.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, August 29, 2010

Kerja Kerja

Belintas langsung dari opis. Semalam dan hari ni kena keje. Hari Merdeka pon kena keje. Hari Nuzul Quran ari tu pon sepatutnya kena keje. Tapi site kat Selangor cuti, so kami pon cuti la. Tiba2 kul 1 lebih ade org call suh dtg keje. WHAT? Last minit panggil suh p keje. Macam on-call lak. Nasib la mmg x pegi keje la Jumaat tu. Sbb masa org call tu ade kat luar. Selamat la. So dtg hari sabtu je la. Bos kata nk bg xtra cuti. Tapi boleh ke pakai xtra cuti tu? Nanti lepas raya pon banyak keje gak ni, nk kena TOT utk user UPM. Yang keje skang ni sbb ade presentation utk MOF. Nasib la kena keje.
Anak2 husband jaga. Pagi tadi dia mandikan budak2 tu. Jarang dia mandikan anak2. Sekali sekala x pe la kan. Demi mencari sesuap nasi.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, August 24, 2010

Mengapa Perlu Makan Menggunakan Tangan?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Sumbangan : http://myhalal.blogspot.com

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, August 23, 2010

Membentuk jantung sihat

ADAKAH jantung anda berkeadaan baik ? Soalan itu perlu difikirkan setiap wanita, apabila penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia - malah lebih berbahaya daripada kesemua penyakit kanser secara keseluruhan. Dari 1990 sehingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita telah meningkat sebanyak 135 peratus. Pada 2006, 23 peratus kematian wanita disebabkan penyakit jantung.

Soalan tersebut memerlukan satu tindakan yang segera. Jadi, sesihat manakah jantung anda? Di sini beberapa cara untuk memberitahu anda.

Risiko pinggang besar

Adakah anda tahu, lemak di sekeliling pinggang dan kawasan perut (lemak abdomen) membawa risiko lebih besar berbanding lemak di dalam sebahagian bawah tubuh badan? Ini bermakna wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'epal' iaitu lemak tertumpu di dalam perut berbanding punggungnya mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih besar daripada wanita yang mempunyai bentuk badan 'pear', wanita yang mempunyai punggung yang lebih besar dan pinggul yang kecil.

Anda juga boleh mengetahui berapa banyak lemak abdomen yang anda miliki dengan mengukur lilitan pinggang anda. Letakkan satu pita ukur di sekeliling perut anda di atas pusat. Ukuran melebihi 32 inci (80 sentimeter) menandakan anda obes dan mempunyai risiko besar untuk mendapat sakit dada, sakit jantung ataupun strok dan diabetes.

Indek Jisim Tubuh (IJT)

Indeks Jisim Tubuh anda menunjukkan hubungan antara berat dan ketinggian, iaitu berkait rapat dengan lemak badan dan risiko kesihatan. Bahagi berat anda dalam kilogram dengan dua kali ketinggian anda dalam meter (kilogram / m2). Indeks jisim tubuh 25.0 hingga 29.9 adalah berlebihan berat badan dan lebih daripada 30 adalah obes.

Berlebihan berat badan atau obes menjadikan fungsi metabolik anda dalam satu keadaan huru-hara dan membawa kolesterol darah yang tinggi, glukosa darah yang tinggi dan tekanan darah tinggi - tiga faktor utama kepada penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi masing-masing. Paling teruk apabila anda mempunyai salah satu daripadanya, ia mengambil masa yang tidak lama untuk mendapatkan dua yang lain.

Kolesterol

Paras kolesterol anda juga dapat menentukan samada anda berisiko mendapat penyakit jantung.Penyakit jantung merupakan ancaman serius dan kita perlu mengambil langkah-langkah untuk melindungi jantung dan kesihatan kita hari ini. Di sini, tedapat beberapa tip berguna.
1. Rendah & Tinggi yang betul
Langkah pertama adalah mengamalkan diet yang memastikan jantung anda sihat dan berkeadaan baik. Dua prinsip mudah untuk anda ingat: rendah lemak, tinggi serat. Kurangkan makanan berlemak dan cuba dapatkan makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau digril. Pada masa yang sama, buat pilihan makanan yang tinggi serat. Mulakan mengambil sayur-sayuran yang dimasak sedikit, mengambil buah-buahan dengan kulit mereka, memilih bijirin dan roti gandum penuh. Dan adakah anda tahu, satu sumber makanan yang kaya dengan serat? Ia adalah oat! Di sini diterangkan mengapa.
2. Faktor oat
Oat adalah 100 peratus makanan semula jadi yang boleh membuat satu perubahan yang besar untuk kesihatan jantung anda. Menurut Pentadbiran Makanan Dan Pentadbiran Ubat-Ubatan AS (FDA), 'Diet yang tinggi dengan bijirin oat atau bran oat serta diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.'
Oat adalah makanan yang kaya dengan serat larut (beta glukan), sejenis serat yang telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Ia akan mengikat bendalir hempedu yang sarat dengan kolesterol di dalam perut anda dan menghalang kolesterol daripada memasuki aliran darah, menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Selain merendahkan paras kolesterol anda, oat membantu dalam mengurangkan berat badan juga. Sebagai satu sumber tenaga yang rendah lemak, oat memerlukan masa lebih panjang untuk dihadamkan. Bermaksud anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang dan tidak akan menyebabkan anda makan secara berlebihan.
3. Nutrien lengkap
Memandangkan serat larut oat adalah amat penting, terdapat tiga nutrien lain yang harus di ambil oleh wanita sebagai keperluan harian mereka. Nutrien ini adalah kalsium, zat besi dan asid folik.Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah dan peredaran darah yang sihat. Asid folik merupakan satu kemestian untuk semua wanita di peringkat usia subur. Asid folik bukan sahaja boleh menyokong penghasilan sel darah merah dan menghalang kekurangan darah, ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat bayi anda dengan satu kecacatan tiub neuron. Jadi jangan tunggu sehingga anda mengandung untuk mula mengambil Asid Folik sebaliknya mulakan hari ini.

Walau berapa pun umur anda, tidak pernah terlambat untuk mula berfikir tentang jantung anda. Mulakan sedikit langkah dan berusaha.

Artikel ini adalah sumbangan daripada Quaker Smart Heart Programme.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, August 17, 2010

Kuih Raya Home Made

Tahun ni kuih/biskut raya x beli cam taun2 sudah. Taun ni mmg nk buat sendiri. Tapi br je 2 malam start buat kuih. Budget 1 malam 1 jenis kuih jadi la. Bukannya ramai yg nak makan pon. Kami sekeluarga je. Lg pon sape la nk dtg beraya kat umah Putrajaya ni kan. Lain la kalo buat open house ke. Tapi x buat kot, x de org nk uruskan, nak masak sume. Budak 2 org tu bkn leh duk diam, ade yg kaco nanti.

Berbalik pada kuih. Sblm pose ari tu dh test buat kuih dh. Buat 2 jenis, biskut dahlia ngan sarang semut. Tapi tinggal sket je lagi, sbb dh abis makan. Nama pon buat sblm pose. Harus la tiap2 hari nk makan kan.

So, malam kelmarin buat biskut kelapa. 1 adunan dpt dlm 200 biji ++. Semalam lak buat kuih yg paling senang, x yag bakar2. Cornflakes Strawberi. Ala, cornflakes gaul ngan coklat perisa strawberi. Hehe. Gaul2 masuk dlm cup pastu sejukkan dalam peti ais sekejap sbb nk bagi coklat tu keras balik, so cornflakes tu melekat la. Dapat la dlm 150 biji +- smlm.

Ni la hasil utk 2 malam. kejap je buat, kul 9-10.30 dh settle. Sbb buat sket2 je. Tapi nk byk jenis. Xde la nk berjaga malam buat kuih kan. Buat utk makan sendiri, bkn nk jual.

Erm malam ni nk buat kuih ape lak ye. Alamak, buat kuih je, baru raya pon x siap jahit lg. Baju dh siap, tapi kain lum. Tu pon br sepasang. Baju kurung dan baju melayu anak2 lum settle lg. Taun ni sume buat sendiri, kuih, baju raya.

biskut kelapacornflakes strawberi, letak banyak2 nanti makan 1 cup pon dh kenyang, hehe

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, August 11, 2010

Kisah Raya

Puasa baru hari pertama. Berbuka pon belum. Dah nak citer pasal raya plak kan. Bukan ape, sebagai panduan supaya x gaduh2 time nak balik raya. Umah sape nk raya dl kan. Kena bertolak ansur dan adil. hehe. So ni sedikit kisah raya untuk sy semenjak bergelar isteri.

Raya tahun pertama : Sudah semestinya kat Terengganu, kg sy. Masa tu awal2 peknen, ade la dalam 4 bln lebih cm tu kot. Tema baju kaler purple. Tapi baju raya x siap. Cam ne nak raye? Rembat baju raya mak saya. Raya pertama x de gambar. Lupa nk amek kot.

Raya tahun kedua : Beraya kat Kedah. Masa ni Adib lum blh merangkak lg. Masa ni jugak sy peknen. Awal2 jgk, dalam 4/5 bln. X ingt la. So dua taun berturut2 x tinggal puasa. Raya ke-2 balik Terengganu sbb kakak sy, Nojiey bertunang. Perjalanan balik dari Kedah ke Terengganu mmg mencabar. Jam x ingt kat kelantan. Lenguh 1 badan duk dalam kete.Tema baju raya Kaler oren. Ni gambar raya tahun ke2.
Raya tahun ketiga : Giliran taun ni Terengganu la plak kan. Anak dah 2. Minggu ke-2 puasa dh anta anak2 dan mak balik Terengganu. Raya ke-2 balik Kedah. Kena antar anak2 balik sana, mak mertua jaga sekejap sbb kakak sy nk kawen lepas raya. So mak saya x leh jg sbb banyak keje nk kena buat kan. Perjalan balik ke Kedah pon mencabar. Jam jugak. kat Kelantan. Sbb tu je jalan nak ke utara. Kalo ade highway baru la best kan.Tema utk raya kaler biru turqoise. Ni plak gambar raya taun ke3
Raya taun keempat (taun ni la) : Plan balik Terengganu je. Balik 1 kg je, jimat kos dan masa. Baju x de tema. Baju raya lum beli pon lg. Rasanya taun ni colurfull la jawabnya. Tapi plan taun ni x sure la jadi ke x sbbnya slalu last minit blh ubah fikiran nk balik mana. Kuasa di tangan saya EnHubby. Gambar harusla x de lg kan.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER