>

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Banyak kisah suka dan duka. Banyak pahit dan manis. Banyak cabaran dan dugaan. Akhirnya dapat dilalui dengan penuh liku. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sedar x sedar kita dah berada di penghujungnya.Tahun 2009 berada pada hari terakhir pada hari ini.

Dan untuk taun ni, aku dikurniakan seorang lg cahaya mata, girl, Syasya Qasrina. Terima kasih Tuhan atas kurniaan mu. Dan kenaikan pangkat EnHubby, mmg rezeki kami sekeluarga untuk hidup lebih selesa. Pengalaman bercuti di Jepun mmg tidak akan dilupakan. Terima kasih EnHubby kerana sudi bawa dan taja sume perbelanjaan saya. Dan cuti2 Malaysia juga mmg seronok. Harap tiap2 taun dpt pegi bercuti, insya'allah kalo ade rezeki.

Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan Nya. Atas limpah rezeki yang diberikan oleh Nya. Kita manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa. Berkat usaha, kesabaran dan doa, taun ni dapat la sket bonus. Terima kasih buat comp eNc. Semoga dpt untung bergunung2. Dapat la kitorang rasa sikit2.

Dan 'part time' job selama 2 jam membuahkan hasil 4 angka jgk. Alhamdulillah. X yah pening2 nak kumpul duit untuk cuti2 Malaysia taun depan. Tiket dah beli, duit belanja pon dh cukup, tgu hari nye saje.

Mungkin tahun 2009 ni merupakan taun yang paling manis atau tahun yang paling pahit. Tapi harap2 taun2 yang akan datang lg baik dari taun 2009 ni. Selamat tinggal 2009.

p/s/: to EnHubby, nak kasut adidas/bum boleh?


Klik DISINI untuk ORDER

4 comments:

  1. isyh asie, programming job la, jgn pikir yg bukan2 lak

    ReplyDelete
  2. hi sal, remember me? hehe
    2 jam dpt 4 angka..hebat tu.
    nyway, hepi new year

    ReplyDelete
  3. hahaha
    programming?
    lor.. tak tau plak
    teringin nak dapat figure camtu gak~

    ReplyDelete