>

Friday, November 13, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Sedar x sedar dah bulan November. Dan untuk bulan November ni, MBP menganjurkan contest dengan tema Cutest Baby in Nature. Sila klik >>sini<< untuk mengetahui tentang contest ini.

Dan untuk kali ini sy pilih gambar anak sulong saya iaitu:

Muhammad Adib bin Mohamad Roshidi
Umur: 1 tahun 7 bulan


Gambar2 di atas ni diambil ketika percutian ke Cameron Highlands. Memang sangat suka tempat ni sbb sejuk je. Pemandangannya pula, mmg sangat menarik. Malaysia mmg banyak tempat menarik untuk dilawati. Wah macam jurucakap Cuti-Cuti Malaysia plak. Tapi apa salahnya kan promote negara sendiri. Hehe. Kat Cameron ni mmg banyak kawasan hijau, ye la kawasan ladang teh. Sy mmg suka. Semasa berkunjung di Cameron kami sempat ke ladang teh, ros farm, strawberi farm, gunung brinchang dan macam2 lg la.

Di Taman Warisan Pertanian
Di Taman Botani

Di Taman Putra Perdana
Gambar2 ni plak diambil masa jalan2 sekitar taman di Putrajaya. Kami memang beruntung tinggal di Putrajaya sbb banyak taman di sini. Taman Botani, Taman Putra Perdana, Taman Warisan Pertanian, Taman Wawasan dan macam2 lg la. Kalau ada masa terluang mmg sy akan membawa family ke taman2. Taman2 kat sini mmg sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

-Ibu bapa memang patut membawa anak2 bersiar atau beriadah ke tempat yang mempunyai alam semulajadi seperti taman2, air terjun, pantai dan sebagainya. Aktiviti yang dilalukan bersama ini lah yang menjadi pengerat hubungan kekeluargaan. Ini yang paling penting.

-Anak2 belajar dari persekitaran. Banyak yang perlu anak2 kita perlu pelajari dari penglihatannya sendiri. Tentang tumbuhan, haiwan, matahari, langit dan lain2.

-Sebagai satu didikan untuk mencintai alam kita. Cintakan tumbuhan, haiwan, persekitaran yang bersih dan menarik.

Ini saja untuk kali ini. Dan jangan lupa..............
V
V
V
Contest ni di anjurkan oleh MomBloggersPlanet :
http://www.mombloggersplanet.com/


Dan Contest ni juga di anjurkan oleh:

AliceWonders : http://www.alicewonders.com
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment