>

Wednesday, November 25, 2009

Pujangga / Sasterawan

Mungkin ade kaitan nama dan maksud nama dengan perangai anak. Dulu masa bg nama ni kat anak, x de pon niat nak suruh dia jadi seperti pujangga / sasterawan.

Semalam balik umah cam biasa. Lepas masak, duk lepak2 kat sofa sambil menonton tv. Sambil2 tu duk main ngan Adib. Tiba2 terpandang kat dinding belakang sofa. Beristifar kejap. Apa sudah jadi ni? Tanya kat ma, dia pon kata x tau. Dah sah2 kerja si budak Adib ni. Mana dia dapat pensel ni pon x tau. Siap la dia ayah dia balik nanti.

muka org bersalah, pandai ye control...
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, November 23, 2009

5 hari sblm bulan ke 9

Skrg Syasya dah banyak kerenah and ragam. Maklum la usia dh nak masuk 9 bulan. Bila org tinggikan suara, dia pon x nak kalah. Ooo tersangat la manja okey. Suka menari. Bila sebut ta-tih, dia menari, bukan nak jalan. Tapi dh boleh berdiri tanpa bantuan dengan lama. Tapi takot nk jalan. Kalau org pegang baru berani jalan.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, November 22, 2009

Weekend @PD

14 hb yang lepas, kami ke PD. Menginap di Tiara Beach Resort. Pegi ni pon sbb aktiviti anjuran project team. Team untuk projek SMPUPM. So pegi hari Sabtu balik ari Ahad. Kami bertolak dah tengah hari. Siap bawak bekal nasi minyak kononnya nak berkelah tepi pantai. OTW ke sana hujan la plak. Lebat lak tu. So makan kat dalam bilik hotel je la. Kami org 1st sampai sana. Trus chek in, sampai bilik trus makan nasi minyak. Lapo plak hujan2 ni. So tunggu hujan reda sbb dah x sabar nak main air nih. Kat sana sgt sesuai utk bawa anak2 main air. Mak bapak pon sesuai jgk main air kat sana, cuma utk mak bapak air dia cetek je la, nak berenang pon x puas, hehe berlagak sbb mentang2 pandai berenang. Ptg tu hujan dh reda trus masuk air. Tapi x lama, sbb hujan trun balik. So naik la bilik lepak2.

Malam tu plak ade aktiviti makan2. Game pon makan2 sbb nk abiskan makanan. Ade cabutan bertuah. Sume dapat hadiah. So malam tu mmg aktiviti makan2 jela. Makan sampai buncit kenyang perut la.

Esoknya plak awal2 dh bangun, sebabnya nak main air lagi. Haha. Sementara tunggu bekpes sampai kami mandi la dl kan. Bekpes sampai, naik makan, pastu sambung balik mandi sampai kul 10 pagi. Pastu balik bilik bersiap2 nak balik la. Cuaca hari ok, panas. X sempat nak singgah pantai PD sbb dah keletihan. OTW tu singgah Nilai, shopping ape yang patut. Pastu trus balik umah.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Apa Sudah Jadi?

Macam ni la jadinya bila bg anak makan sendiri. COMOTTTT. Habis kena salin baju semula.

Oh my doter... Sudah besar rupanya kamu.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, November 18, 2009

My Sweet Little Shop Giveaway

Giveaway ini telah dianjurkan oleh My Sweet Little Shop sempena pembukaan online babyshop oleh http://mysweetlittleshop-mirahaziq.blogspot.com


Tarikh tutup 30 November 2009. So ape tunggu lagi kawan2, jom la join.

Syarat2 mesti ada. Ni perkara wajib contest. So ape syarat2nya, jom kite tgk.

1. cambiasa mestilah kena jd follower my sweet little shop n add my sweet little shop dlm bloglist korang
2. letak banner atas ni kt sidebar korang n link sekali ke giveaway nih
3. wat entri psl giveaway nih
4. jgn lupa link back ke blog nih..
6. tgalkan link da siap kt ruangan komen bwh ni..

Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah...so nie cam lucky winner ler...Seramai 3 orang pemenang bertuah akan dipilih..so kawan2 tunggu aper lagi..moh ler join my giveawaynie...

Dan siap contest, cukup mudah bukan untuk join contest ni. Ape tunggu lagi, jom la JOIN.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, November 16, 2009

Update Pekembangan

Dah lama x update pasal perkembangan anak-anak. Entry kali ni nk update sket pasal perkembangan anak2 sy plak.

Syasya, dah 8 bulan lebih dh umurnya. lg 8 hari nak masuk 9 bulan.
-merangkak, dr usia 7 bln dah start merangkak
-dah pandai berdiri dengan memegang objek seperti sofa/meja/tiang/tangga/sliding door
-dah pandai berdiri sambil melepaskan tangan, tapi x lama sbb takot lg
-dah pandai jalan dengan bantuan walker yang 2in1 baby step
-suka makan kertas, pantang nampak kertas
-dah makan nasi, mmg diajar makan nasi, bubur sekejap je bg ari tu sbb dh pandai makan nasi
-1 hari 10 kali makan, hehe. dia nye time makan + orang lain nye time makan dia sapu jgk
-suka main dalam bilik air, pantang nampak pintu bilik air terbuka
-dah pandai panjat tangga ke tingkat atas
-pandai panggil org terutama nenek dia
-pandai ckp sket2 dan mula paham apa org cakap


Adib, dh 1 tahun 7 bulan ++
-gigi taring baru mula tumbuh
-pandai ckp sket2, sket2 je x banyak
-suka tgk cartoon, pg2 bukak tv cari chanel cartoon
-makin makan banyak dan x memilih makanan dah, kalo dulu mmg dia x suka makan
-kalo bab lumba lari mmg no 1
-hari2 mesti bawak ronda2 naik kete, hari2 jgk la sy bawak dia naik kete sebelum ke tempat kerja, kadang2 je x bawak kalo dh lambat nk masuk keje


Pengalaman 2 org anak mmg berbeza perkembangan diorang. Syasya nampaknya lebih cpt perkembangan berbanding si abang. Maybe persekitaran. Sbb dulu Adib sorang2 je kat umah pengasuh n kat umah pon dia sorang2. Skrg Syasya banyak belajar dari apa yang dilakukan oleh abang dia, so sbb tu cpt sket perkembangan.

mangsa buliDah penat main, kita minum dulu...ni budak yang keletihan mandi dan berenang di kolam, x dan nak pakaikan baju dah zzzzz...
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, November 13, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Sedar x sedar dah bulan November. Dan untuk bulan November ni, MBP menganjurkan contest dengan tema Cutest Baby in Nature. Sila klik >>sini<< untuk mengetahui tentang contest ini.

Dan untuk kali ini sy pilih gambar anak sulong saya iaitu:

Muhammad Adib bin Mohamad Roshidi
Umur: 1 tahun 7 bulan


Gambar2 di atas ni diambil ketika percutian ke Cameron Highlands. Memang sangat suka tempat ni sbb sejuk je. Pemandangannya pula, mmg sangat menarik. Malaysia mmg banyak tempat menarik untuk dilawati. Wah macam jurucakap Cuti-Cuti Malaysia plak. Tapi apa salahnya kan promote negara sendiri. Hehe. Kat Cameron ni mmg banyak kawasan hijau, ye la kawasan ladang teh. Sy mmg suka. Semasa berkunjung di Cameron kami sempat ke ladang teh, ros farm, strawberi farm, gunung brinchang dan macam2 lg la.

Di Taman Warisan Pertanian
Di Taman Botani

Di Taman Putra Perdana
Gambar2 ni plak diambil masa jalan2 sekitar taman di Putrajaya. Kami memang beruntung tinggal di Putrajaya sbb banyak taman di sini. Taman Botani, Taman Putra Perdana, Taman Warisan Pertanian, Taman Wawasan dan macam2 lg la. Kalau ada masa terluang mmg sy akan membawa family ke taman2. Taman2 kat sini mmg sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

-Ibu bapa memang patut membawa anak2 bersiar atau beriadah ke tempat yang mempunyai alam semulajadi seperti taman2, air terjun, pantai dan sebagainya. Aktiviti yang dilalukan bersama ini lah yang menjadi pengerat hubungan kekeluargaan. Ini yang paling penting.

-Anak2 belajar dari persekitaran. Banyak yang perlu anak2 kita perlu pelajari dari penglihatannya sendiri. Tentang tumbuhan, haiwan, matahari, langit dan lain2.

-Sebagai satu didikan untuk mencintai alam kita. Cintakan tumbuhan, haiwan, persekitaran yang bersih dan menarik.

Ini saja untuk kali ini. Dan jangan lupa..............
V
V
V
Contest ni di anjurkan oleh MomBloggersPlanet :
http://www.mombloggersplanet.com/


Dan Contest ni juga di anjurkan oleh:

AliceWonders : http://www.alicewonders.com
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, November 12, 2009

Air Asia... kini sesiapa boleh terbang

Sy bukan jurucakap untuk Air Asia ye. Semalam la, opismate pagi2 lg dh bg tau Air Asia ade bg ticket free. Booking 11 Nov 2009 - 15 Nov 2009. Tempoh penerbangan plak 1 May 2010 30 Oct 2010. Lambat lg la... Dah nama pon free kan. So redha la. Tapi nak jugak pergi bercuti naik flight. Selalunya naik kete je, dh kat semenanjung je kan. So alang2 dh naik flight ni nak le merentas lautan. So tanya la pendapat EnHubby dl. Hehe , hajat di hati nk g Jakarta tapi skang isu Malaysia Indonesia plak. Bahaya nak g sana. So Jakarta cancel, Kota Kinabalu je la yang paling jauh pon nak terbang.

Semalam duk sibuk book ticket je, last2 masa nk confirmkan pembayaran blh plak hang. Apa la nasib, so x dpt la semalam nak book. Tapi usaha tangga kejayaan. Balik umah malam tu try book lg, alhamdulillah berjaya gak dapat ticket free tu. Ticket dh dapat , cuti lambat lg nk apply kan, taun depan, hehe. So book untuk kami 1 family ngan mak sy skali. Bawak dia jalan2 makan angin. Masa muda dl x sempat nak jalan2 sbb jaga anak2. Skang bila anak dah besar, anak la pulak kena bawak mak kan. Ayah? keje. Rasanya dia x dpt pegi.

So sempat lagi la nak simpan duit untuk shopping kat sana. 6 bulan lg...

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Diet Minggu 1

Minggu pertama diet turun 1kg. ok la kan. At least turun jgk. Tapi rasanya turun berat air. Makan macam biasa, brekpes. Tapi lunch x amek. Pastu minum ptg ngan beberapa keping biskut je. Pastu dinner makan nasi tapi 3/4 daripada biasa. Minggu ke-2 kalo blh nk amek dinner 1/2 daripada biasa lak.

Exercise??? x sempat la, hehe.

Harap2 lepas ni dpat turun lg 1 minggu= 1kg.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, November 3, 2009

Weekend Yang Sibuk

Sibuk ke??? Haha saje je letak title tu.

Weekend baru ni, Sabtu kami pergi ke mydear warehouse. Hajat dihati nak beli safety gate untuk dapur. Ye la, anak 2 org tu suka sangat main kat dapor. Bahaya. So sampai sana cari la safety gate, mula2 tgk yg dia display x menarik. X de yg macam kami nak tu. Pastu g ronda2 tgk barang, amek baju syasya 2 helai. Pastu g tgk2 lg, berkenan plak kat walker, kat umah sebenarnya dh ade 1 walker, tapi besar, cm x best je syasya duk dalam tu, nk gerak pon susah. Lg pon adib suke tumpang skali duk dalam tu. Walker ringan yang lama tu dah patah satu roda dia . Lg pon harga walker tu murah je, RM25, jadi la kan, bukan nak duk lama pon dalam tu. Syasya skrg pon dh 8 bulan, dah bangun dengan bantuan kerusi2, meja2. Panjat tangga ke tingkat atas pon dh lulus. Maybe sebulan dua lg leh la jalan kot. Harap2 la kan. Dah ambil waklker tu baru nampak ade safety gate yg kami berkenan kat situ. Tu pon ade satu jek, ape lg amek je la trus skali ngan extension. Pastu tgk plak baby chair, senang nak bg makan. So mmg berbaloi2 la beli masa warehouse ni kan, jimat.

Then Ahad plak g kenduri kawen je, ade 2 kenduri. 1 kenduri x-opismate. 1 lg kenduri opismate. So pegi yg dekat dl la kat dewan MPOB then baru g ke semenyih. So Selamat Pengantin Baru buat Jiha and pasangan ngan ida ngan pasangan, semoga berbahgia ke akhir hayat. Balik kenduri plak g Alamanda, beli pampers ngan susu anak 2 org tu la. Tgk harga drypers murah la plak, so ape lg, rembat la 4 trus. Limited 2 pack per family. So sorang baya utk 2 pack la . Kalo x harga normal la jawabnya.

So tu je la citer weekend, xde la busy pon. hehe. Layan gambar sket kat bawah cm besa ye.

seronok dapat walker baru...
monyok je muke...
kereta yang dh nak hancur...layan tv...
nota kaki: gambar kabur amek pakai henpon jek
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, November 2, 2009

Azam Baru

Apa hal ni, taun baru blum tiba lg la. Huhu disebabkan masalah berat yang semakin meruncing, kena la pasang azam. Yeeee, sy mau kurussss. Oleh itu mulai hari ini sy kena mulakan program menurunkan berat badan. Sy mau kurang 11 kg ok. Banyak tu. X pe slow2 la. Dah mmg org yg kawen dan ada anak ni akan mengalami masalah ini. Sy rasa salah satu punca kenaikan berat badan sy adalah sbb perancang keluarga yg sy amek. Ye la sejak makan perancang tu selera makin menjadi2. Huhu x pe la, so mulai hari ni sy akan update program menurunkan berat badan ni. Bukan tiap2 hari ye, seminggu sekali dh le. X de nya berat nk turun sehari 1kg kan. So untuk permulaan sy mulakan ngan ticker ni. Harap2 next ticker ada la penurunan.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER