>

Wednesday, October 21, 2009

Selamat Menerima Ijazah

Selamat menerima ijazah kepada Maya. Semalam berlangsungnya majlis konvokensyen sidang ke 8. Sidang petang. Kami pergi dah agak lewat, bertolak dlm kul 3 ptg. Sampai kat UITM pon dh pukul 4. X sempat nk tgk Maya naik pentas, sbb dia naik awal, sbb duk depan skali. Sy pergi ngan mak ngan anak sy 2 org tu.

So sampai sana trus cari tempat org jual bunga. Permintaan dari Maya nk 2 jambak bunga. Wahhh kemain lagi mintak2. Lama jugak la sesi memilih bunga ni. Bunga plastik lagi mahal dari bunga hidup. So ktorg beli la bunga hidup, satu bunga ros+bear dan satu lagi bunga ros+bunga orkid. Adib ngan Syasya x duk diam la time tu. Dua dua buas. Adib x leh letak kat bawah, pantang, mesti lari. Bukan ape, takot hilang. Sebab dah dengar kes ade budak usia 8 bulan hilang pg td, tu yg takot tu.

Sebab kami dah sampai lambat, time selesai beli bunga tu, majlis kat dalam dewan pon tamat. So kiteorg pon tgu la depan dewan tu. X lama lepas tu muncul la Maya. So dia pergi bergambar ngan kawan2 dia dl. Lepas tu kami balik ke Putrajaya. Maya cadangkan nk ambil gambar kat Putrajaya je, sbb kat sana sesak sangat. Lagipon, Adib ngan Syasya ni x leh lama2 kalo duk tempat org ramai ni. Rimas.

So kami bertolak balik ke Putrajaya and then bergambar kat area Perbadanan Putrajaya, depan mahkamah tu. Time tu dh kul 6 lebih. Cuaca dah mendung. Ambil gambar dh gelap sket. Sy x pandai guna flash, haha. X pe janji ade gambar utk kenangan Maya di hari konvonye.

















Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment