>

Tuesday, September 15, 2009

Mood Raya Bermula

Alhamdulillah dh 25 Ramadhan rupenya. Mood raya membuak2. Nak buat keje pon dh malas. Ingat nak balik kampung jer, haha. X sabarnya nak balik. Bukan ape, nk jumpa anak2 yg dh lama ditinggalkan di kampung. Dah 2 minggu diorang kat sana, sejak hari merdeka ari tu.

Last keje b4 raya Khamis ni. So lg 2 hari le keje. Esok ngan lusa. Tapi baju melayu adib lum jahit lagi. Harap2 sempat la nk menjahit ni. Baju raya anak2 sume dh beli, Ibu ngan Ayah nya ala kadar je, asal ade je. Mmg raya budak2 la paling sronok. Dah beranak pinak ni, tumpang anak2 gembira je la.

Isyhh x sabarnya nak balik kampung...... lalalalalala....

===========IKLAN PERCUMA=========

Perjalanan percuma di lebuh raya karak, LPT

15/09/2009 12:24pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Semua pengguna Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati perjalanan percuma tanpa tol pada 18 dan 24 September ini.

Perjalanan percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada hari berkenaan.

Demikian diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmi Khalid.- Utusan

===================


Wahhh, ini sudah bagus.. tapi mampu ke nk drive pagi2 buta, huhu. Tgk la nanti cm ne. Nak jimat nye pasal kan.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment