>

Monday, September 28, 2009

Mandi Manda di Tupah



Masa cuti hari raya ari tu, kami sempat ke Lubuk Tupah. Saje nak suruh Adib main air kat situ. Dia kan suka sangat berendam. So bawak pegi sana mmg seronok la dia. Main air sampai menggigil and biru kuku. Dah x tahan sejuk sangat baru nak keluar dari air.





DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sunday, September 27, 2009

Raya Raya Raya

Kisah Ramadhan dh berlalu, kisah Syawal menjelma. Hari ni dh 8 Syawal, sy dh balik kl semalam. Sampai rumah dalam kul 11 malam. Bertolak dari Kedah kul 4 ptg. Sy balik berdua ngan EnHubby je. Anak2 ditinggalkan di Kedah plak. Sian diorang, merata ditinggalkan. Huhu nak wat cm ne, dh terpaksa.

1 Syawal kami beraya di Terengganu. Tak lekat kat rumah la ari tu p beraya rumah sedara mara. Malam baru balik rumah.

2 Syawal kami bertolak ke Kedah. Bawak Adin ngan Syasya. Car seat ade 1 je, letak la salah sorang dalam tu. Gilir2 duk. Tapi dua2 x mo duk dlm tu. Si Adib nk membuas dalam kete, dh le perjalanan jauh, ngan jam lg. Syasya plak nk beriba je kejenya. Sabo je la. Akhirnya sampai le jugak kat Kedah dengan keadaan huru hara dalam kete. Seb baik kesabaran masih tinggi.

3 Syawal-7 Syawal kami beraya di Kedah la. Beraya sana sini, org dtg beraya. Ok la raya taun ni, lama jgk la cuti, puas la berjalan. Anak2 pon dpt la duit raya sikit sorang.

8 Syawal balik Putrajaya.

Anyway, kami akan balik ke Terengganu lg pada 9/10 ni. Sbb Nogee akan mengadakan hari kebesarannya, kaweeeen daaa.... Majlis pada 10/10. So 9/10 tu baru leh balik. Masa tu anak2 kat Kedah, x bawak balik Ganu. Nanti 17 hb kenduri sebelah pihak lelaki kat Penang baru wat balik anak2.













DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, September 15, 2009

Mood Raya Bermula

Alhamdulillah dh 25 Ramadhan rupenya. Mood raya membuak2. Nak buat keje pon dh malas. Ingat nak balik kampung jer, haha. X sabarnya nak balik. Bukan ape, nk jumpa anak2 yg dh lama ditinggalkan di kampung. Dah 2 minggu diorang kat sana, sejak hari merdeka ari tu.

Last keje b4 raya Khamis ni. So lg 2 hari le keje. Esok ngan lusa. Tapi baju melayu adib lum jahit lagi. Harap2 sempat la nk menjahit ni. Baju raya anak2 sume dh beli, Ibu ngan Ayah nya ala kadar je, asal ade je. Mmg raya budak2 la paling sronok. Dah beranak pinak ni, tumpang anak2 gembira je la.

Isyhh x sabarnya nak balik kampung...... lalalalalala....

===========IKLAN PERCUMA=========

Perjalanan percuma di lebuh raya karak, LPT

15/09/2009 12:24pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Semua pengguna Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati perjalanan percuma tanpa tol pada 18 dan 24 September ini.

Perjalanan percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada hari berkenaan.

Demikian diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmi Khalid.- Utusan

===================


Wahhh, ini sudah bagus.. tapi mampu ke nk drive pagi2 buta, huhu. Tgk la nanti cm ne. Nak jimat nye pasal kan.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, September 11, 2009

Ramadhan

Dah lama rasanya x hapdet blog ni. Penyakit M semakin menular. Maklum la di bulan yg penuh keberkatan ni perangai sebenar mula menonjol la. Syaitan2 pon dh kena ikat. So x de la plak suara2 jahat tu mengusik suh "hapdet blog, hapdet blog, jgn buat keje". Haha ade ke macam tu?

So sedar x sedar ayat formal dh masuk hari ke-21 dh kite berpuasa. Tahun ni puasa berdua je ngan EnHubby. Anak2 dh pos menggunakan pos express balik kampung masa hari merdeka ari tu. Tahun ni dapat la relaks masa bulan pose. Mak kat kampung tunggang langgang jaga anak sy 2 org tu, haha.

Aktiviti bulan pose sy adalah tiada aktiviti, makan tidor je menjahit baju. sambil berfacebook. Tu je yang mampu buat. Masak langsung x. Hehe. Masak air je la. Bulan pose kali ni boleh dikatakan tiap2 hari berbuka di luar. Cume sekali dua je berbuka di rumah. Sbb menghadiri undangan majlis berbuka puasa or ada kawan2 EnHubby yang belanja. Hari2 makan buffet. Mungkin tahun ni ramai yg bermurah hati nk blanja kami, hehe. Harap taun depan silalah belanja lg okey. Terima kasih daun keladi. Badan pon makin berisi. Oh no. Sahur lak just minum air ngan roti. X lalu nak jamah nasi time sahur.

Baju raya sendiri ngan anak2 lum jahit lg. Baju raya EnHubby dah siap beli. Baju melayu, seluar jeans, baju kemeja. Pantang sale mesti nk g membeli. Baju anak2 pon dh ready before raya. Baju kurung moden sy je la lum siap + baju melayu adib + baju comel syasya, maybe nk buat blouse + seluar utk syasya sbb dia kecik lg, kesian tgk kalo pakai bj kurung. Dan tema taun ni adalah biru turqoise betul ke eja ni?

Persiapan raya? Tiada sangat utk tahun ni. Kuih raya x beli. Balik kampung lenggang kangkung. Duit raya utk budak2 pon pakai yg taun lepas yang x abis. Semalam pegi bank, duit raya utk tukar dh abis. Tahun ni beraya di Terengganu n Kedah. Balik ganu dl pastu raya ke-2 dh balik kedah. Putrajaya-Terengganu, Terengganu-Kedah, Kedah-Putrajaya. Round 1 Malaysia. Sejajar ngan tema kemerdekaan tahun ni, 1 Malaysia. Raya pon kena la pusing 1 Malaysia tidak temasuk sabah, sarawak dan selatan.

Kerajaan x de bonus taun ni, bonus hanya utk kumpulan sokongan je. My company lak x sure ade ke x. Sbb baru masuk comp ni. X tau pasal bonus kat comp ni cm ne. Taun lepas ngan comp lama dpt rm800. Harap2 dapat la taun ni. Leh tampung duit minyak+tol+makan+minum.

rindunya kat tembam+bulat ni
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER