>

Wednesday, August 19, 2009

Upin & Ipin di Presint 14C2

Sebenarnya minggu lepas kawasan kejiranan sy telah mengadakan Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Majlis ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan tamat jam 12.30. Kami hanya sempat join sehingga jam 10 pagi je. Sebabnya nak pegi amek kunci rumah. Pejabat tutup kul 12.30. So sempat la ktorg brekpes, tgk pertandingan mewarna dan mengunjungi gerai jualan dan pameran yang dibuka. Dan yang paling seronok, budak-budak la. Semangat diorang tunggu Upin & Upin. Dalam kul 9 lebey keluar la Upin & Upin. Terus diorang serbu. Mak ngan bapak budak pon serbu.

KRT di kejiran sy ni diwujudkan selepas beberapa buah rumah dipecah masuk oleh pencuri. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, diorang pakat2 tubuhkan KRT untuk menjaga keselamatan. Sekarang ni jadual rondaan dikeluarkan utk penghuni disini. Setiap rumah ade hari rondaan masing2. Dan rondaan bebas boleh dilalukan pada hari Jumaat dan Sabtu. Setakat ni EnHubby baru je sekali turun buat rondaan. Dah tido x de la plak terjaga nak bangun pegi buat rondaan. Ermm, harap2 diorang ni bekerjasama la bile ditugaskan utk rondaan. Untuk keselamatan semua penghuni. Takot bile dengar ade pencuri.

Berikut gambar di sekitar tempat kejadian, rugi, Adib x de masa tu, dia balik kampung, kalo dia ade mesti dia seronok jumpa Upin & Ipin tu.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment